Wednesday, July 11, 2012

Gigit.


Habis program semalam, seorang rakan yang aku cukup kagumi, bertanyakan kepada aku satu perkara. Satu isu yang aku kira sering berlaku dalam mana-mana perhubungan, lebih-lebih lagi jika ada sesetengah manusia sukar untuk membezakan batasan antara gurauan ataupun benda itu boleh menyebabkan orang terasa. Ah, benda begini kadangkala berlaku tanpa kita sedar dan tiba-tiba sudah terjebak dalam situasi begini. Benar bukan?  Perbualan kami lebih kurang begini.

Kawan : Zara, apa awak akan buat kalau dalam situasi begini.
Aku : Situasi bagaimana?
Kawan : Kalau dulu rapat, kawan baik. Tiba-tiba ada benda jadi, lepas tu rasa macam dah lain. Mungkin tiada orang sedar, tapi mungkin orang yang buat tu sedar yang persahabatan tu dah tak macam dulu.
Aku : Oh, macam kawan baik, lepas tu terasa hati dan susah nak kembali pada keadaan asal?
Kawan : Memang benda begini tak boleh kembali asal kan?
Aku : Untuk jadi macam kali pertama kenal, mustahil kot?
Kawan : Jadi, kalau awak, apa awak akan buat?
Aku : Saya akan gigit bibir saya, senyum dan buat macam tiada benda berlaku. Walaupun mungkin hati kita akan mendongkol sakit, tapi saya percaya bahawa itu lebih baik.
Kawan : Itulah. Mungkin begitu lebih baik.

http://farm5.staticflickr.com/4088/5047724175_60475e8d41.jpg
[Sumber gambar]

Kadangkala kita terperangkap dengan perkara sebegini. Tidak kira kawan baik, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, atau sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita sebagai manusia - kita terjebak dalam situasi yang kita sendiri tidak mahu. Dari hubungan yang baik, secara tiba-tiba menjadi kurang selesa atas perbuatan mereka (yang malangnya, tanpa mereka sedari). Jadi, apa yang perlu dibuat sekurang-kurangnya? 

#01 - Gigit bibir (metafora) dan senyum macam biasa.
Itu yang aku biasa lakukan. Teruskan hidup macam biasa dan berpura-pura bagaikan tiada apa yang berlaku. Aku percaya, ini lebih baik untuk diri sendiri dan jaga hubungan dengan manusia keliling walaupun aku sendiri menyedari (kalau aku) - perasaan yang aku rasakan pada orang itu akan terus terpancar di wajah. Ya, kalau aku kurang gemar, wajah aku akan terus tunjuk. Wajah adalah cerminan perasaan aku. Tapi kadangkala, wajah boleh menipu kan?

#02 - Abaikan manusia begitu.
Ya, kita boleh abaikan manusia begitu. Anggap dia tidak wujud, dan segala benda yang berkaitan dengan dia kita hapuskan dalam kepala. Supaya keadaan tidak sesak dan dia hanyalah secebis kenangan yang tidak ingin kita ingati. Malangnya, kalau manusia itu dekat dengan kita - perkara itu agak sukar dilakukan. Ala, macam kalau kau berpisah dengan kekasih yang bekerja di dalam satu jabatan, kebarangkalian untuk asyik bertembung kan tinggi?

Itu contoh.

#03 - Berhadapan dengan manusia itu dan luahkan.
Aku percaya, hanya manusia yang berani mampu lakukan ini. Kalau aku, aku lebih rela simpan seorang diri sebab aku tidak mahu timbulkan masalah (mungkin) walaupun terdapat kebarangkalian masalah akan selesai kalau berterus terang (dan juga terpusing menjadi lebih buruk kalau tidak dilakukan dengan baik). Luahkan apa yang tidak berpuas hati supaya segala yang keruh menjadi jernih. Tapi, Nescafe keruh sedap oh. Eh.

Itu adalah beberapa cadangan yang boleh diutarakan (mengikut pendapat peribadi aku). Pilihan di tangan masing-masing. Buat kawan dalam situasi di atas, saya sayang anda sangat-sangat dan terima kasih sudi berkongsi dengan saya. :)

7 comments:

dayah said...

Apapon kawan..tetap kawan:-) jgn musuh la

reenapple said...

biasa aku buat yg no 1.. =D

faraakucas said...

sedang melalui situasi ini. buat seperti takde ape-ape berlaku dan teruskan idup. orang lain mungkin perasan tapi skarang tak mungkin boleh sama macam dulu balik =)

Rohainah said...

saya sedang mengalami nya..

Unknown said...

Sgt suka.. Cadangan pertama mjd pilihan..

Unknown said...

Sgt suka.. Cadangan pertama mjd pilihan..

Unknown said...

hurm biarkan ajer .. tp kan ade 1 tahap sy akan rindu saat2 yg bahagia. tp yer la.. bila dah masing2 jauh2 .. susah la nk jadi seperti sedia kala kann