Tuesday, July 17, 2012

Buih.


Ditinggalkan mungkin satu perkara biasa.
Meninggalkan mungkin juga satu perkara biasa.

Dia pernah lalui kedua-dua benda.
Walaupun hakikatnya, dia ditinggalkan terlebih dahulu kali pertama.
Ditinggalkan secara tidak rasmi sebenarnya.
Dan dia meninggalkan untuk lebih jelas cerita.

Sakit yang dia hadapi sewaktu ditinggalkan buat kali pertama membuatkan dia menjadi takut untuk memulakan sesuatu buat kali kedua. Jarak masa yang diperuntukkan untuk mengubat jiwa adalah sekian lama walaupun akhirnya dia akur dan mulakan hidup baru dengan manusia lain yang mencuri jiwa. Kesakitan itu terbayang dan walaupun berhati-hati, dia jatuh hati lagi dengan manusia yang hampir serupa. Ketawa besar dia apabila ditinggalkan tanpa sepatah kata. Nanar barangkali jiwanya tatkala itu.

Kali kedua ditinggalkan, dia bangun kembali. Bangun dalam erti kata, dia mahukan hidup yang lebih baik, tanpa dia perlu ketap bibir dan bunuh jiwanya kembali - bersabar dengan pelbagai masalah dan hidup bagaikan tiada benda yang buat dia sakit hati tanpa rasa. Malangnya, kejadian sama berulang kembali tanpa dia minta. Dia ibarat mainan yang bila perlu akan diambil, dan bila bosan akan ditinggalkan serta kembali apabila mainan lain mula melalaikan. Ya, dia seperti itu - sehinggakan dia sudah mangli dengan senyuman penuh pura. Perjalanan jauh hanya diisi dengan pemikiran khayal - merangsang rasa suka dengan bahan yang dia tahu bakal memusnahkan jiwa. Tapi, dia suka.

[Sumber gambar]

"Kalau kita menangisi masalah, masalah kita akan bertambah dua kali ganda dan mungkin lebih daripada apa yang kita jangka. Tapi, jika kita belajar untuk ketawa apabila menghadapi masalah, insyaALLAH kita mampu untuk mengharunginya dan masalah itu akan hilang bagaikan buih"
(Shafaza Zara, 17 Julai 2012)

Dan, tidak ada salahnya untuk meninggalkan sesuatu yang menyakitkan.
Kita tidak akan pernah terlintas kekesalan.

6 comments:

NoorVictory said...

Ditinggal tanpa kata mungkin lebih memeritkan dan lebih mengecewakan.

Mereka memberi sebab ketika mahu terbang berpapasan, tapi mendiam bila mahu terbang berlainan arah.

Bukankah sepatutnya kata putus itulah yang memerlukan sebab musabab yang lebih utuh?

anna hashim said...

salam..
saya cukup terkesan dgn entry ni..
kerana kita serupa..
pengalaman yg sama yg saya lalui..
sama2 lah kita tabah k..
kerana mungkin kita masih belum berjumpa dgn pasangan rusuk kita..
bykkan berdoa..amin :-)

anna
@annamuzil

Etong said...

leave something that makes u sad. and go find things that make you happy :)

Anonymous said...

seriusly..im oso in this situation...keliru..tak tahu nak buat pilihan..mahu meninggalkan rasa kesian..tidak tinggalkan risau tak mampu membahagiakan..lasty..ape yg dapat? sakit....

AkuBukanLelaki said...

meninggalkan sesuatu yg sia-sia

Sara said...

yes. sedih memang sedih but percayalah, Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. masa yang menentukan segala galanya. one day, kita akan rasa bahagia jugak =) just trust Allah s.w.t ^^