Thursday, July 19, 2012

Biskut.


Sekejap datang.
Sekejap hilang.

Sekejap muncul.
Sekejap tenggelam.

Sekejap sayang.
Sekejap terbang.

Sekejap perlu.
Sekejap lesap.

Sekejap rindu.
Sekejap tidak tahu.

Sekejap rasa macam milik sendiri.
Sekejap rasa macam bukan lagi.

Sekejap rasa masih cinta.
Sekejap rasa nyah kau sahaja.

Sekejap ada.
Sekejap tiada.

[Sumber gambar]

Apa kau fikir perasaan manusia itu bagaikan iklan biskut di peti momokan bersuara? Sekejap ada, sekejap tiada. Datang dan pergi bila kau suka? Sentuh dengan kasih sayang sekejapan cuma dan mengharapkan kesannya akan kekal selama-lamanya?

Apa kau fikir perasaan manusia itu bagaikan almari baju? Kau buka, capai apa kau mahu, simpan apa kau perlu dan hanya buka kembali bila kau mahu ambil sesuatu? Ini bukan perkara main-main. Kau kacau jiwa manusia yang padanya setia adalah tunjang utama, tapi kau sailang hatinya dengan senjata kata-kata. 

Dia bukan perwira.
Dia bukan adiwira.

Dia cuma marhaen muda.
Dia cuma anak biasa-biasa.

6 comments:

AsyieqiN Rkey said...

eh kebetulan pulak..

sedang berhadapan dengn manusia versi biskut..

sabarlah hati ini..haihhh

Sara said...

i love your entry. banyak persamaan dengan hidup ini. sebelum ini follow tapi takpernah baca pun. tapi sekali dah baca tertarik sangat. =)

shandye. said...

aku tak ada kata yang mahu disisakan sebagai komentar.

nah.

tengok saja sini.

sanvirus said...

Dekat dgn rasa ini.
Setiap entry memberi kesan krn setiap apa yg ditulis semua nya berlaku pada aku.

MoonBulan said...

bila dh berhadapan dengan manusia begini..terasa mcm nk pergi jauh terus..xjumpa pun xpe..huhuhu

Anonymous said...

zara! u're the best la! hehe nice entry. i feel really close to this entry :)