Saturday, July 28, 2012

#08 Ramadhan : Pertengkaran Laman Sosial.


Salam semua.
Bulan Ramadhan, bulan yang mulia - tetapi malangnya, sejak kebelakangan ini, laman sosial sudah jadi medan pertempuran tidak habis-habis oleh mereka yang merasakan "menghentam-menggunakan-mulut-nampak-jahat-guna-laman-sosial-tiada-masalah". Jadi, laman sosial digunakan dengan harapan melepaskan perasaan (walaupun ternyata melukakan manusia lain). Ah, sebagai pemerhati - ianya hanya mengundang rasa simpati tidak berbelah bahagi.

[Amaran : Ada banyak perkataan Bahasa Inggeris yang malas aku mahu condongkan]

Sejujurnya, macam yang pernah aku tulis sebelum ini - [pautan : tahun lepas] - laman sosial kadangkala boleh bawa hasil buruk yang setiap orang tidak mahukan. Tidak perlu rasanya sebagai contoh, kau bergaduh dengan orang dan 'tag' sekali namanya. Gila apa kan? Lepas tu, ramai kawan-kawan kau 'like' dan memberikan komentar yang langsung semakin merosakkan hubungan. Apa ke bangsat sangat perangai begitu? Bagaimana dengan perasaan orang yang di-tag? Kalau manusia penyabar, pastilah dia boleh tahan dan senyum sahaja. Kalau yang pemarah?

http://farm8.staticflickr.com/7032/6521660181_60b97a7737.jpg
[Sumber gambar] : Kita tidak berada dalam kasut mereka - maka kita tak tahu situasi kan?

Aku tak rasa bahawa pergaduhan yang melibatkan hubungan rasmi seperti perkahwinan - pertunangan perlu dicanang secara terbuka di laman sosial. Perlu ke kau mencarut, memaki hamun pasangan kau di hadapan khalayak umum dan membiarkan semua orang nampak keburukan pasangan yang pernah kau kasihi dan cintai sepenuh hati - walaupun selepas memaki itu kau mahu memohon cerai ataupun putus tunang contohnya? Sudahlah benda yang sepatutnya tidak diketahui umum terus sahaja menjadi bualan - dikongsi dan diulas oleh entah siapa-siapa yang tidak mengetahui situasi kau dan dia.

Macam aku katakan, malangnya benda begini rancak berlaku dalam 'news feed' dan juga susur masa aku sejak kebelakangan ini. Lebih baik manusia yang luahkan rasa cinta tidak sudah-sudah daripada manusia yang memaki pasangannya secara berjemaah dengan kawan-kawannya. Bila si pasangannya menegur supaya berhenti secara berhemah - makin rancak dia memaki sesuka hati. Bertambah malang, golongan yang memaki hamun ini adalah wanita (Maaf kaum perempuan - jarang jumpa lelaki memaki hamun pasangan dia di laman sosial).

Di Mukabuku ada ruang untuk menghantar pesanan peribadi. Di Twitter ada ruangan DM juga. Gunalah untuk berhentam ke, berbincang ke dan sebagainya. Kasihanilah pasangan anda yang terdera mental dan fizikalnya bila semua rakan-rakan anda dan juga rakan-rakan dia serta entah rakan sesiapa yang menambah kalian berdua melihatkan pertengkaran tidak berkesudahan itu. Lagi pula, kalau hubungan serius seperti perkahwinan dan pertunangan yang pastinya melibatkan keluarga - kegilaan apakah mahu memaki ahli keluarga pasangan anda tidak tentu hala? Ternyata anda sudah buat bukti kukuh yang anda tidak layak menjadi menantu/bakal menantu -.-"

Buat pasangan yang sedang bertengkar di laman sosial - hentikanlah benda yang boleh mengaibkan diri sendiri serta keluarga. Kalaulah tak kasihan diri sendiri dan pasangan, kasihanilah keluarga. Mungkin sebab ibu bapa anda tiada Mukabuku/Twitter - maka anda sedap tekak (jari sebenarnya) menghentam mereka dengan menulis macam-macam benda. Tapi benda begitu, simpanlah sahaja. Bagi yang jadi rakan-rakan pada mereka - tidak perlu mencurah petrol dan biarkan api menjulang bagai neraka. 

Nota Kaki : Olimpik dah mula :D

8 comments:

Shahada Fauzi said...

What?serius ada ke zara org yg begini?astaghfirullah al-azim..saya cukup pantang manusia jenis begini..hal masalah rumahtgga dan ptunangan dicanangkan di laman sosial..kegilaan apakah ini?kenapa semakin ramai manusia yg tdk tahu menjaga adab phubungan mereka?haishh..(-_-")

Unknown said...

pernah terjumpa dgn situasi ni...bila masih sama2...hantar love2 bagai..bila dah gaduh...maki-maki bagai plak yg kena hantar dkt wall psgn tu...susah mcm tu. Saja mencangkan keburukan psgn. Walhal org tu juga yg pernh dia cinta sepenuh hati.

Gieyana said...

mcm2 skrg nie darlink..kdg2 amat menjengkelkan..sbb tue tu lah bila brd di dunia akhir zaman nie, org lebih suka membuka aib org lain...

Zinedine Zaiddin said...

Hari2 saya mohon agar tidak dijodohkan dgn org camtu..

Syafiq Лomoтехн said...

terlalu suka kongsi semua, hingga dalam hijab pun dibongkar sama, bila suka semua cerita yang gembira, dah benci satu baiknya pun tiada.

:)

Putih Kemerahan said...

Susah bila nafsu marah mengatasi akal fikiran. Tak dapat mengawal marah, akhirnya diri sendiri yang mendapat malu.

reenapple said...

setuju.. golongN PEREempuan yg selalu buat begini... uuu. Tapi yg aku punya ada juga aku jumpa lelaki buat sebegini.. tapi pompuan lg bnyak..

Unknown said...

lelaki dan perempuan ada juga berkata sedemikian. tabahkan hati dan kuatkan semangat.happy olimpik