Tuesday, July 24, 2012

#04 Ramadhan : Kopi O Dan Frappucino


Setiap manusia punya alasan tersendiri untuk meneruskan kehidupan. Barangkali ada yang hanya hidup sebagai tanda menghargai dikurniakan nyawa di atas dunia tanpa menghiraukan sama ada hidup mereka baik atau buruk belaka. Yang penting, menghargai nyawa. Mungkin ada yang begitu - tapi aku percaya, setiap daripada kita sangat mengerti tujuan kita hidup dan masih berusaha untuk meneruskan kelangsungan kepercayaan diri serta matlamat.

Ada yang enggan menarik nyawa sendiri sebab mereka sangat mengerti bahawa hidup ini adalah pinjaman paling bernilai dan tiada apa yang dapat mengganti. Ah, nyawa tidak dapat dibeli menggunakan harta sebanyak mana pun. Kau tidak boleh sogok malaikat maut sekalipun kau kaya melimpah ruah hingga tiada ruang mahu bergerak dalam rumah. Heh.

Dan, dalam kesinambungan meneruskan hidup - mempertahankan nyawa, mungkin kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan terlibat dalam pelbagai bentuk hubungan. Ada yang baik-baik sahaja dan bawa bahagia. Ada yang bikin hati gulau, resah dan memancarkan sinar amarah. Ah, hak masing-masing, kata namanya manusia - ujian itu hanya buat kita lebih manusia (dan juga tabah).

http://farm1.staticflickr.com/215/502500516_8aa09e6736.jpg
[Sumber gambar]

Ada orang kata, kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk mempersiapkan diri berjumpa dengan manusia lain yang lebih baik - jadi apa sahaja yang berlaku, mungkin kita sudah jadi terlampau tabah macam ada orang itu. Dan, manusia yang berbeza daripada kita - mungkin lebih baik daripada yang menyerupai kita hampir dari semua segi. 

"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Bulan puasa pun minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"
"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"


Zara : Lebih baik untuk kekal sendirian dengan alasan yang munasabah, berbanding dalam hubungan dengan alasan yang salah dan menyusahkan. (Shafaza Zara, 24 Julai 2012)

4 comments:

Unknown said...

saya pilih frapucinno java chip atau dark mocha.. hnmm... lama tak dpt ni... heee

didie noxious said...

tak guna hidup punya ikatan jika ikatan itu hanya menyakitkan.

aizatshafiq said...

like it !.. :p

LOMOmaniac said...

Cinta kopi ke?