Setiap orang bermimpi.
Mempunyai impian yang kadangkala kita sendiri tidak dapat pastikan hinggalah kita terjaga dari tidur dan cuba menggapainya, ia hilang begitu sahaja. Ya, hidup ini memang aneh dan menyimpan pelbagai persoalan. Kita yang perlu merungkainya walaupun acapkali kita bertindak menjauhkan diri dengan alasan - sakit kecewa itu bukan sedikit atau ringan tanggungannya.
[Sumber gambar - Salahkah bermimpi?] |
Kita dihidangkan dengan sajian penuh nikmat daripada dapur yang dikatakan lazat.
Kita hidu bau aroma hidangan dengan penuh semangat.
Tapi, bila saat mahu mencuba, kita liat.
Kita takut hidup jadi palat.
Lihat?
Satu tahap dalam kehidupan kita, pastinya kita mengharapkan mimpi-mimpi yang datang dalam lena kita menjadi kenyataan. Sudah tentunya, mimpi itu mimpi yang baik, mimpi yang membuatkan kita terjaga dari tidur dengan senyuman penuh di wajah walaupun kurang lima minit selepas itu kita mula mengukir wajah duka. Benda yang kita harapkan menjadi realiti rupanya fantasi akibat hormon yang saling berperang tatkala kita kepenatan seharian dan terlena di ranjang sendirian.
A : Saya suka awak.
B : Betul ke?
A : Betul, saya sangat suka awak. Cinta awak itu lebih tepat.
B : Sebenarnya saya juga cinta awak - dan saya harap kita dapat berkongsi rasa ini.
A : Ternyata, saya juga mengimpikan benda yang sama.
B : Terima kasih kerana benarkan saya bahagia.
[Sumber gambar] |
Dan, kita terjaga hanya untuk menyedari perbualan penuh bahagia itu hanya satu cebisan mimpi yang menyentak tidur dari terus berpanjangan. Penggera berbunyi mematikan lamunan dan muka diraup - meninggalkan ranjang sambil terkenangkan mimpi sewaktu mengosongkan usus besar yang bekerja sepanjang hari sebelumnya.
Kita layak bermimpi. Setiap orang layak punya impian masing-masing. Setiap dari kita mengimpikan sesuatu yang baik dalam hidup. Apa yang kita perlukan untuk mengejar mimpi dan impian tersebut? Kita perlu memahami apakah sebenarnya impian tersebut dan bekerja keras untuk mendapatkannya. Ingat satu benda iaitu selagi kita percaya bahawa tiada benda yang mustahil, kita akan berjaya.
Salahkah kita untuk bermimpi?
Tidak.
Impian kita ibarat mimpi indah yang kita mahukan dalam menyempurnakan hidup kita. Impian itu bagaikan bintang yang walaupun kelihatan mustahil untuk kita sentuh dan pegang, tetapi jika kita mengikutinya dan kekal berada di landasan yang betul, tidak mustahil kita akan berjaya menggapainya.
Dan aku mungkin sedang bermimpi saat ini.
Satu pinta aku, jangan kejutkan aku dari mimpi ini - ia mungkin akan jadi pengakhiran paling menyakitkan hati.
Aneh, aku masih suka mimpi siang hari.
Ketawa geli hati.
Nota Kaki :
Makan durian dalam kuantiti tidak terkawal menyebabkan otak aku berkecamuk. Keluar mengayuh sebentar hari ini sebelum bekerja pada hujung minggu yang ceria.
Zara : Sesuatu yang sangat menarik mengenai mimpi adalah ia sebenarnya satu sempadan antara lena dan jaga, dan kita kadangkala tidak dapat mengasingkan antara realiti dan fantasi dan kita tidak tahu sama itu adalah sekadar mimpi atau sebaliknya hingga kita tersedar dan lihat mana sebenarnya kita berada.
7 comments:
pernah saya bermimpi melihat dua ekor anjing hitam . seekor darinya menggigit kaki.
benar seperti yang ditafsirkan.
percayakah saya? sedangkan benar nabi yusof itu seorang pentafsir mimpi yang baik. adakah wajar saya menidakkan.
cuma, kini saya percaya, kadang-kadang , mimpi yang mengusik jiwa kita cuba memberi tanda dalam hidup.
suka dengan pos ni =)
mimpi kadangkala terlalu indah untuk berlaku
baru lepas mimpi kena tembak guna senapang, lepas tu pengsan. HAHA :D
zara, aku jg msh enggan kembali dari mimpi di siang hariku, dan aku takut tdk terjaga langsung...
mimpi, sesuatu yg sukar ditafsirkan....
kdg kala kita menganggap ianya hanyalah mainan tidur...
namun kdg kala kita akan memikirkannya dgn serius...
pabila mimpi itu agak aneh buat kita mahupun mimpi yg berulang-ulang kali...
mimpi, adalah suatu misteri...
suka entry zara ni. akak tak suka mimpi yang buat rasa hati tak tenteram lepas bangun tidur. especially bila mimpi tu ada kaitan dengan masa lampau :( kalau boleh nak mimpi yang indah je
kadang2 mimpi ni menakutkan. saya pernah bermimpi dah meninggal dunia. semua orang x nampak saya dan bila saya nak cakap xde orang dengar. sedih sangat time tu. nasib mimpi je. takut pun ada.
Post a Comment