Tidak semua yang kita mahukan akan kita dapatkan.
Kadangkala kegembiraan yang tersaji di hadapan kita membuatkan kita seronok dan penuh dengan bahagia walaupun kita menyedari ianya sementara. Kita pegang prinsip, setiap orang perlu gembira, layak menikmati gembira dan mampu ketawa.
[Sumber gambar] |
Dalam satu peringkat, kita akan menemui hubungan yang bermasalah. Bukan setakat cinta antara lelaki dan perempuan, malahan juga termasuk hubungan keluarga, rakan sekerja dan sebagainya. Kita melihat sesuatu yang sangat menakutkan dan di situ kita mula lihat ujian yang kecil boleh membawa kepada malapetaka yang tidak mampu dibayangkan dengan benak minda.
Saat itu kita akan terhantuk (mungkin) dan tertanya - apakah bila suatu hubungan itu berantakan, apa yang perlu kita lakukan? Kekal disamping mereka (dan mungkin juga atas kebaikan sendiri) ataupun lari sahaja dari masalah yang mungkin akan menjejaskan kita.
Pilihan di tangan kita.
Zara : Hidup ini, kita yang tentukan. Jangan pernah harap orang lain akan buat keputusan.
12 comments:
'jangan pernah harap orang lain yang akan membuat keputusan' (:
Masalah itu ada Ujian yg Allah turunkan kepada hambanya. Masalaah akan datang dalam berbagai bentuk dan keadaan. Jika kita ada wang maka Allah bagi masalah keluarga atau masalah kawan. Kalau keluarga ok Allah beri masalah kewangan dan sebagainya. Cuma kita kena selalu ingat dengan firman Allah yg lebih kurang maknanya "tidak kamu beriman selagi belum diuji" makanya setiap masalah itu adalah ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang. Mereka yg sabar, redha dan ikhlas dan kembali kepada Allah apabila menghadapi masalah maka meningkatlah imannya sedikit. Apabila selesai masalah tersebut Allah akan uji pula dengan masalah yg lain.
Kalau sesuatu hubungan tu baru kita akan suruh kawan kita tinggalkan pasangan dia jika tiada cara lain. Namun jika pasangan itu dah lama, berdekad mungkij usianya maka kita akan minta mereka tawakal dan bersabar. Kita akan cuba sekolahkan yang bermasalah tu sbb mana tau dia berubah. Tapi kalau masalah mereka melibatkan penderaan fizikal dan emosi terlampau maka kita akan suruh tinggalkan saja Si jahat sebelum maut datang menjemput mangsa. Yela kalau dah trhimpit tekanan ada yang bunuh diri atau membunuh pula kang.
tapi macam mana kalo orang lain mengongkong untuk kita membuat keputusan??
Yup, pilihan di tangan kita. Apa yang kita nak sewarasnya. Pertimbangkan baik buruk sewajarnya. Jangan letak emosi lebih dr segalanya.
boleh tak nak nangis??
http://neyralove.blogspot.com/2011/07/untuk-awak-anak-muhammad-itu.html
komunikasi...
itu yg penting....
jgn disangka bahawa hanya dgn manusia sahaja kita perlu berkomunikasi....
tetapi juga dengan tuhan...
dan bagaimana mahu berkomunikasi dengan tuhan?
antara caranya ialah dengan berdoa dan solat...
itu antara cara untuk kita berkomunikasi....
(rasa mcm ckp dekat diri sendiri pula)
pilihnya berlari.
baiki diri.
tapi hanya gigit jari.
gagal!
Hidup itu antara kebahagiaan dan kesedihan, antara kesenangan dan kesusaha, antara surga dan neraka....... Warning.......! jangan sampai salah jalan apalagi salah dalam memilih. Asiif-asiif......
jgn prnh harap orng lain yg buat keputusan...adehhh~susahnye nk buat keputusan...
masalah adalah rencah kehidupan. pasti ada....kalau pandai mencanai dan menyukatnya, sedap tak terkira
Sukar disingkap mana dalam perhubungan....lain orang lain caranya...
MENUJU PERJALANAN PULANG
Post a Comment