Friday, July 29, 2011

#FF #04 : Projek Tadarus Al-Quran 2011 Kembali.


Salam semua.
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan 1432H akan menjelma. InsyaALLAH, 1 Ogos 2011 kita semua akan mula berpuasa. Seperti tahun lepas, tahun ini, Dunia Sebelah Zara akan meneruskan projek tadarus bersama rakan maya. 

http://farm6.static.flickr.com/5161/5358374166_5d20992de8.jpg
[Sumber gambar]

Diambil dari tulisan aku pada tahun lepas :

Ini adalah satu cadangan. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi aku ataupun tinggalkan komentar kalian di sini bersama dengan cadangan penambah baikan ataupun lain-lain. Aku bercadang untuk mengumpulkan sesiapa yang berminat, tidak kira kamu adalah penulis blog, pembaca blog,  pengguna Twitter, ataupun sekadar terjumpa penulisan ini untuk sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan dengan projek ini. 

Cadangan yang mahu diutarakan :

1. Mengumpul sesiapa yang berminat untuk menyertai projek kecil ini.
2. Membahagikan juzuk-juzuk Al-Quran untuk dibaca. Kalau ada yang mahu mengajak ahli keluarga ataupun sahabat handai untuk turut serta adalah digalakkan, jadi ada seseorang untuk menyemak bacaan anda.
3. Peringatan : Harus jujur dalam pembacaan. Ini elemen penting memandangkan kita semua jauh daripada antara satu sama lain.
4. Menetapkan satu tarikh agar semua orang sudah tamat dengan tugasan masing-masing.
5. Majlis khatam Al-Quran - Baiklah, aku bercadang untuk mengirimkan sedikit saguhati ataupun cenderamata kepada sesiapa yang sudi menyertainya. Kalau ada kesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai, aku akan berusaha untuk menjayakannya. [Yang ini tidak dapat dilaksanakan tahun lepas]

Baiklah.
Itu cadangan aku.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama mereka di ruangan komentar di sini. Kalau ada sebarang penambah baikan kepada projek ini, boleh utarakan pendapat juga. Boleh juga diwar-warkan di blog masing-masing agar lebih ramai menyertai projek ini. Selain itu, maaf kalau ada yang tidak menyukai projek ini.

Terima kasih.
Salam sayang daripada aku.
1. Anda boleh kongsi (baca : Share) kalau anda minat.
2. Anda boleh 'tweet' kalau anda suka untuk mengajak yang lainnya.
3. Tiada tujuan mahu riak atau apa sahaja sifat yang tidak baik, ini cuma cadangan kalau ada sesiapa berminat.

**********
Jika berminat : Sila terus ke sini.

[29 Julai 2011]
Salam semua.
Alhamdulillah, menjelang Ramadhan pada tahun ini, projek tadarus khas penulis blog, pembaca akan dibuka semula. Dan tidak juga lupa kepada pengguna Twitter dan lain-lain yang berminat untuk menyertai kami. Penerangan mengenai projek ini boleh dibaca di pautan tahun lepas dan aku mungkin akan kemaskini di penulisan lain juga. Tetapi tiada masalah. Boleh sahaja kalau berminat. Caranya mudah.
1. Tinggalkan komentar anda beserta nama, tarikh dan kumpulan serta juzuk yang anda berminat di laman khas projek ini. (sila rujuk carta tahun lepas di sana)
2. Tinggalkan juga alamat surat elektronik (baca : email) ataupun pautan Mukabuku (baca : Facebook), ataupun Twitter anda.
3. Ahli keluarga, sahabat handai yang berminat juga boleh.
Contoh : 

Nama : Lord Zara
Tarikh : 29 Julai 2011
Kumpulan : 1
Juzuk : 1-3
Baiklah. Itu sahaja.
Kalau perlukan penerangan lebih, boleh sahaja hubungi aku di mana sahaja - FB, Twitter ataupun ruangan komentar di sini atau di laman projek tersebut. 

Nota Penting : Projek akan berlangsung sepanjang Ramadhan. Terbuka sampai sebelum 28 Ogos 2011. Secara rasmi akan bermula pada 1 Ogos 2011.

KUMPULAN A [2011]
1. [Juzuk 1-3] :
2. [Juzuk 4-6] :
3. [Juzuk 7-9]
4. [Juzuk 10-12]
5. [Juzuk 13-15] :
6. .....

Nota Kaki : Sila rujuk LAMAN KHAS untuk slot juzuk yang masih kosong ya? Terima kasih.

Zara : Itu sahaja buat hari ini. Terima kasih atas perhatian anda semua.

16 comments:

belog|amiyo said...

Allahumma ballighna Ramadhan...

shahirahkhairudin said...

count me in dear :)

BlueIceCube said...

Nama : BlueIceCube or Tweet @nadhra
Tarikh : 29 July
Kumpulan : 1 (kot?)
Juzuk : 4 - 6

oreo oreo said...

oreo oreo
kumpulan 1
juzuk 4-6

aqel said...

mahu turut serta boleh?
nama: aqel
tarikh: 29 jul 2011
kump: mana-mana je
juzuk: 25-27
terima kasih.

Mra Mastura said...

Salam sis. Mra berminat
nama : Mra Mastura
tarikh : 29/7/11
kumpulan: 2
juzuk: 4-6

:)

Anak Muda said...

salam.
kak zara, sy berminat join program akak la. Ramadhan lepas sy ada join juga. jadi, Ramadhan kali ni, saya nak join lg skali. bkn apa, perkara baik apa salahnya kita sertai. kan kan kan.... :)

che amyza/ miza
kumpulan 2
juzuk 19-21
29 julai 2011

akak, sy nk tnya la. apa sy kena baca juzuk yg sama mcm Ramadhan lepas ke?? ok kak, semoga ramai yg sertai program kali ni ye. wslm~

Miszcahye said...

Salam...


Nama : Miszcahye
Tarikh : 29 July
Kumpulan : B
Juzuk : 28-30

Guru said...

saya join...

kumpulan : tak tau . mana2. inform me.
juzuk: letakkan je lah mana2 zara.

but inform me.

nama: cikgu normah
alamat: normahmispar@yahoo.com

Munn Jaafar said...

nak join sempat lagi tak zara?

nama: munna
email: poca_hontas87@yahoo.com

kump 1, no 7 juzuk 19-21

inform tau =)

Mrs Ijam said...

nama : nik
kumpulan:b
juzuk:22-24
email:hatisamronkin@yahoo.com
twitter:@hatisamronkin

yonna said...

Nama : Yonna
Tarikh : 29 Julai 2011
Kumpulan : mana2 pun boleh :)
Juzuk : 1-3 (tapi kalau dah full,boh je mana2 slot yang kosong. aku okay je :)
email : iamyonna@gmail.com
twitter : @yonna

Moon said...

salam..nak join jugak..


Nama : fiza aziz
Tarikh : 29 Julai 2011
Kumpulan : mana2 pun boleh
Juzuk : mana2 pun boleh
email : fizaziz2301@yahoo.com

ASniza said...

nama : asniza ( @asniza )
tarikh : 30 Julai 2011
kumpulan : tak kisah mana2 pun
juzuk : 1-3
email : sweetjaja@gmail.com

Anis Azalea said...

ini amalan yg baik. malangya zara i takde yg tukang dengar untuk betulkan tajwid.rindu zaman tinggal di asrama dan zaman membesar bersama adik-beradik.

riak menghapuskan pahala. benar. tapi menguar2kan perkara baik kan dapat pahala. aku puji cadangan kau ni.

Penulis Hingusan said...

Assalamualaikum Kak Zara.
Tahun lepas, Syaza x dpt join, insyaAllah tahun ni Syaza nak join.

Nama : Syaza Syafeeqah
Tarikh : 31 Julai 2011
Kumpulan : mana2 pun xpe.
Juzuk : 22-24
Emel: syazasyafeeqah_ajja@yahoo.com.my
FB: Syaza Syafeeqah