Siapa yang mahukan musibah dalam hidup?
Siapa yang mendoakan kecelakaan dalam hidup sendiri atau manusia kesayangan mereka?
Siapa yang mendambakan kemalangan dan kemusnahan pada harta kesayangan?
Siapa yang menginginkan ujian yang mendesak jiwa?
Tiada siapa aku rasa dalam dunia ini menginginkan perkara sedemikian terjadi. Dan semalam, 20 Julai 2011, aku menerima satu lagi musibah. Tidak, langsung tidak dirancang dan apakah aku gila mahu merancang perkara buruk terjadi pada aku? Sudah tentu tidak.
Demi mengelakkan dari terlanggar seekor kucing yang melintas mengejut, kereta aku, si Adam Awraq terbabas dan menghentam pokok. Kemusnahan jangan cakaplah, aku keluar dari kereta dengan keadaan menggigil - walaupun langsung tiada air mata yang mengalir. Adam langsung tidak boleh bergerak, tayar terus pecah dan entah apa-apa lagi. Aku lihat ada air menitis dari kawasan yang remuk teruk akibat rempuhan - mungkin air dari sistem penghawa dingin - ibarat Adam menangis kesakitan. Pilu. Sumpah pilu.
Dan, alhamdulillah, aku bersyukur disebabkan otak aku dapat berfikir dengan tenang bila berlaku kemalangan semalam, perkara pertama aku buat telefon Puan Mulia dan seterusnya Perodua, bagi menyelamatkan Adam. Ya, itu sedikit sebanyak rentetan yang dapat aku berikan. Yang lain, masih seperti biasa, aku kena elakkan dari menjadi kelam kabut - sesuatu yang aku mahu tabik diri sendiri semalam (secara peribadi) disebabkan aku dapat mengatur apa yang aku mahu lakukan. Terima kasih pada latihan yang aku terima sepanjang aku bekerja 2 tahun ini, sifat itu sudah mula dapat dikawal.
[Sumber gambar] - Berapa lama agaknya aku akan terpisah dengan Adam sepanjang tempoh pemulihan dia? |
Dan ya, aku tidak letak gambar kecelakaan Adam Awraq di Mukabuku. Menghormati permintaan Puan Mulia yang enggan cerita ini tersebar ke mulut-mulut yang tidak sepatutnya. Ada benarnya juga, cuma semalam, aku berkicau di Twitter sahaja. Di Twitter aku lebih asyik memandangkan tidak semua orang mengenali aku seperti di Mukabuku. Sekurang-kurangnya, aku lebih kenal diri aku dan mereka yang berkicau di samping aku.
Dan sekarang, aku perlu bergerak pergi melunaskan segala perkara berkaitan urusan Adam Awraq. Abah marah-marah sahaja, jerit aku suruh ke sana ke mari. Ya, aku rasa dia mungkin risau, tapi dia sendiri tidak mengerti cara meluahkannya. Mungkin.
Nota Kaki :
Alhamdulillah. Masih bernyawa. Masih punya banyak peluang untuk perbaiki diri (dan Adam). Untuk yang mengirimkan doa, terima kasih tidak terhingga. Yang mendoakan aku makin celaka, terima kasih juga.
Zara : Masih punya manusia-manusia yang mengingatkan aku bahawa ini semua adalah tertulis dalam Sunnatullah. Ya, aku akur.
11 comments:
alhamdulillah takda cedera2 serius.moga 'adam' pon cepat2 SIHAT. ;)
jaga diri baik-baik dik zara.
ada luka-luka tak?
sabar lah zara. kita sama-sama tahu, setiap yang berlaku punya hikmahnya kan. berjauhan dengan adam dah tentu tentu menguji. bertabahlah.
pling plntingnya, empunya badan tu sihat.
moga cepat sembuh ya....:)
alhamdulillah kalau semua masih selamat. ada hikmah disebalik apa yang berlaku
orang kate bila kita dah ade keta mesti ade sekali kite akan accident. huhu. takpelah kak, jadikanlah dugaan ini satu peluang untuk meningkatkan kesabaran dan mengawal keadaan. insyaallah semuanya akan baik2 belaka. rehat banyak2 yer adam awraq..hehe
;/ alhamdulillah..Yang penting tiada kecederaan serius.. Kalau Adam tak boleh jalan, masih boleh gunakan wang.. Kalau cik sebelah tidak boleh menulis, ramai akan rasa apa itu 'hilang'.. t'care cikgu..
MOGA CEPAT SEMBUH
kdg-kdg mmg berlaku kmlgn tanpa diduga. syukur la zara selamat. hrp adam pun cpat sembuh (:
moga 'ADAM' cepat sembuh..alhamdulillah msh pnya peluang utk trs mnghirup udara di bumi Allah...
Alhamdulillah Kak Zara tidak cedera teruk. Harap dalaman Kak Zara juga kuat menghadapinya. Semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah. ;)
Post a Comment