Suatu ketika dahulu, harapan pernah membukit.
Tinggi dengan niat mahu mencucuk langit.
Tapi sebelum segalanya bermula, datang sakit.
Akhirnya, impian itu hilang laju bagai pelesit.
[Sumber Gambar] |
Kadangkala bila kita terlampau baik dengan orang, kita dituduh memberikan harapan pada orang lain. Membiarkan seseorang meletakkan harapan tanpa kita jangka dan akhirnya, apabila segalanya terbongkar, kita yang dipersalahkan kenapa menjadi terlampau baik dengan orang.
Dan ya, apabila Abah cakap mengenai sesuatu pagi tadi, aku hanya mampu gelak kuat sahaja. Abah, ketahuilah bahawa tiada sesiapa, diulangi, tiada sesiapa pun pernah menaruh harapan pada anakmu ini Abah. Puteri sulung yang sering dicemuh kawan-kawan sebagai makhluk yang tidak berperasaan ini memang tiada siapa yang sudi mahu ketuk pintu hati.
Dan aku lebih suka hidup begini.
Manusia beku yang dikatakan berjiwa mati.
Dan harapan adalah bahasa paling utama di dunia.
Nota Kaki :
Esok entah apa yang menanti. Aku tak mahu fikir apa-apa.
Zara : Sesuatu terjadi dikatakan ada hikmah disebaliknya. Jadi, apakah kejadian baru-baru ini mengundang hikmah yang bukan sedikit nikmatnya? Entahlah.
10 comments:
pertama..
xoxoxox..
peace;)
Sentiasa bersedia untuk ditimpa musibah, kita manusia memang akan sentiasa diuji. Yang penting be happy atau dalam erti hidup aku,masalah besar mana pun, muka rileks tak ada feeling,tak payah nak stress.
harapan perlu ada.. tawakal jangan dilupa...namun yang paling penting ialah keyakinan
kadangkala menaruh harapan itu menyakitkan...erm
mmg hikmah kak. jangan disoal ketentuan Allah. mesti akan datang akan dtg nikmat yg tak terjangkau akal kite. sesungguhnya Allah Maha Besar. peace ;)
i have learn that everything that happen is neither lucky & unlucky.
things happen, and will be followed by more things.
that's all.
thanks for writing :-)
ada manusia beku lain sedang menanti~ ya, itu adalah harapan!
sabar! masanya akan tiba nanti! hehe
wow. suka.
:)
mungkin dia tak muncul lagi sebab dia berada dengan perempuan yang salah. ahaha
mmg manusia selalu perkatakan,
setiap kejadian ada hikmahnya,
kdg2 kita sendiri tidak perasan apa nikmatnya.
begitu rumit kehidupan ini,
kdg2 terasa tewas berada di sini.
Post a Comment