Sunday, July 10, 2011

#HS #01 : Walaupun Pahit, Kita Telan Juga.


Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan.
Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah.
Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang.
Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh.

http://farm5.static.flickr.com/4047/4633330151_7df7f2b990.jpg
[Sumber gambar]
Ya.
Dalam hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, tetapi berapa bermaknakah hidup kita. Kalau hidup kita panjang tetapi tidak berguna, pastinya tidak ada sesuatu pun yang mahu dikenangkan. Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah - bahkan barangkali menempah rengsa yang tidak berkesudahan.

Kawan : Aku trauma untuk memulakan hidup baru.
Aku : Kenapa?
Kawan : Setiap kali aku mulakan hidup baru, cinta baru juga akan menyusul dan itu membuatkan aku akan teringat kembali, betapa kecewanya aku dengan cinta lama.
Aku : Jatuh cinta bolehkah dihindarkan?
Kawan : Jatuh cinta kan sama macam kemalangan? Boleh ambil langkah berjaga-jaga.
Aku : Tetapi, seringkali dalam berjaga-jaga, muncul juga sesuatu yang tidak diduga.
Kawan : Itukan sudah ditakdirkan.
Aku : Begitu juga dengan jodoh, jatuh cinta dan sebagainya.
Kawan : Aku tak mahu lagi jadi optimis.
Aku : Kau boleh jadi pesimis kalau mahu.
Kawan : Ah, celakanya hidup.
Aku : Kita selalunya akan salahkan sesuatu, atas semua yang berlaku.
Kawan : Aku benci dengan segala kesengsaraan, kepahitan hidup.
Aku : Walaupun pahit, kita telan juga kan?
Kawan : Ya ke?
Aku : Contohnya ubat. Ubat pahit, tetapi kita telan juga.
Kawan : Sebab ubat menolong kita cepat sembuh - usaha kita.
Aku : Sama dengan kita telan kesengsaraan. Ia tolong kita lupakan lama dan mulakan yang baru. Boleh?


Hidup kan ada sentiasa naik turun.
Macam pasaran saham.
Macam roda.
Macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya.
Dan juga mungkin berat badan.

Sentiasa ada perumpamaan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Apa salahnya kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?

Nota Kaki :
Kalau kau tak pernah belajar apa itu sejarah, jangan pernah duduk mengongoi, merengek tidak tentu hala.

Zara : Dalam kesibukan dunia, susahkah kau mahu berhenti sebentar dan bertanyakan khabar? Kesombongan kau ada bayarannya. Mungkin bukan hari ini, tetapi akan datang. Tiada siapa yang tahu.

20 comments:

Syuhada said...

maksud yang mendalam dan menyuntik sedikit kekuatan.

Sang Pencinta said...

aku kadang suka jadi 'aku', tapi perlu melalui hidup seperti 'kawan'..
Tapi. adakah 'aku' kuat seperti 'kawan' apabila melalui apa yang 'kawan' lalui.. permulaannya mesti seperti apa yang 'kawan' lontarkan..

serius atau lebih rius.. aku suka.. pahit bila mula terasa dilidah, tapi manis akan terasa apabila pahit mula merebak dalam perut akibat proses peneutrelan kimia (hentam).. wah.. aku bukan cikgu sains.. aku hanya cikgu biasa wahahah

Adziim said...

Ada 2-3 kenalan perempuan yang aku kenal,semuanya kecewa dengan cinta lama. Tak nak kenal lelaki baru. Takut kecewa.

Mrs Poyo said...

Aku suka tang berat badan tu..ahahahaha..
Dah lama jd pmbaca yg sepi..sekali sekala nk tulis komen jgk..ahaha

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

kekuatan itu ada
perlu dicari dan digali
perlu selalu dekat dengan Dia

ayin said...

jadi diri sesornag itu tidak sama, ada yang pernah bercinta cerai beberapa kali masih boleh membina hidup baru, dan melupakan apa yang berlaku... JLo umpamanya...

ishiko said...

penulisan zara selalu mmberi peransang ^^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Syuhada

Moga-moga memberi sesuatu manfaat :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Sang Pencinta

Malangnya fakta yang kamu kemukakan adalah salah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Adziim

Dan sama juga dengan lelaki-lelaki yang aku jumpa. Mereka juga begitu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Amira Amair The Poyos

Hahaha.
Kenapa sayang?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NuR si CiKGu RiBeNa

Ya, itu benar.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ayin

Pergh!
Jauh tu contohnya.

On the floor..on the floor..

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ishiko

terima kasih sayang.

:)

☆Lady Zahraa☆ said...

Woww...penulisan yg cukup mantap dan hebat.lama tak singgah sini...

Unknown said...

suka seseorang, cuma takut mencuba. nak berterus terang, takut lagi teruk. kasih baru berputik. cinta lama juga masih belum habis bisanya. aku harus apa?

Sang Pencinta said...

lord zara sungguh sarkastik sekarang.. JAHAT!!!
semua fakta aku salah.. perghh.. biasalah fakta hentam tanpa kajian, tapi penuh isi kan..maleh la nak komen pasnie...hahha
gurau-gurau manja..

Mrs Poyo said...

hahaha..
dah hg kata hidup ni ada turun naiknya..macam berat badan..

Hidup aku memang tengah turun naik skrg..turun naik berat badan aku ni haa...hahahahha

red gitarputeh said...

Whoah. First time read this page. Seriusly. You are damn good!!!

zen said...

kadang2 ubat yg kite nak cari tu diri 'dia' sndri.hmm..still xphm nape jd kat aku. :|