Sunday, July 04, 2010

Eksklusif : Cinta Pertama : Pernah Bermula Dan Telah Berhenti Pada Satu Perhentian Waktu


Hujan. Sejuk.
Kahlil Gibran pernah menyatakan, jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

Aku ditebak dengan soalan, pernahkah aku bercinta sehingga aku boleh menulis kisah cinta seperti Legasi Cinta Alisia dan juga Runut Irama Jiwa Kita. Tersenyum sendirian aku dengan soalan yang berbentuk peribadi begitu. Ketawa riang juga dengan pendapat yang menyatakan  Legasi Cinta Alisia adalah kisah cinta manusia yang bergelar Lord Zara. Atas dasar apakah soalan itu boleh keluar ya? Senyum.

Dan, untuk menjawab soalan itu, aku rasakan tidak perlu. Baik untuk aku, baik untuk kenangan yang sudah aku tinggalkan suatu ketika dahulu. Tiada lagi perasaan menyesal, sedih atau sebagainya kerana aku sudah mengajar diri aku apa yang pernah Abah beritahu aku suatu ketika dahulu.

Ya, Abah dan Bonda tidak pernah bercakap mengenai ini di rumah. Tentang cinta dan sebagainya. Semuanya aku belajar sendiri melalui pengalaman kawan-kawan dan juga pembacaan. Jadi, bila aku pertama kali merasai apa itu cinta, aku belajar untuk menjaganya sendiri dan tidak mengkhabarkannya pada mereka hingga suatu saat, cerita itu terbongkar dengan sendirinya. Ah, lucu juga bila mengenangkan bagaimana rahsia yang tersimpan kemas itu terbongkar.

Setelah diketahui oleh mereka, Abah dan Bonda hanya menasihatkan aku supaya tidak mengabaikan pelajaran. Oh, cinta pertama hadir pada usia 18 tahun. Mereka tidak bertanya apa-apa pun tentang itu sehinggalah musim perpisahan berlaku. Aku ketika itu, berusia 20 tahun. Sedang menjalani latihan mengajar. Seperti kata seorang kawan, aku adalah pelakon yang hebat. Di sekolah, tiada garis duka di wajah tetapi bila pulang ke kamar sendiri, aku melampiaskan kesedihan.

Dan mungkin itu dapat dihidu oleh Abah dan Bonda. Masih aku ingat lagi apa yang dituturkan oleh Abah pada petang hampir seminggu aku kehilangan cinta pertama. Tatkala itu Abah dan Bonda berada di tempat letak kereta di laman rumah, sedang mahu menaiki kenderaan ke sekolah Bonda. Ada solat hajat buat pelajar.

Abah : Kau kenapa ni Along?
Aku : Kenapa apa?
Abah : Apa yang kau sembunyikan?
Aku : Mana ada apa-apa.
Abah : Kau tunggu Abah balik, siap nanti.
Aku : (dengan deraian air mata yang cuba ditahan) Along dah tiada apa-apa dengan dia!
Abah : Oh, itu ke?
Bonda : Ingat benda besar tadi. Dah, masuk rumah.

Senang kan? Dan malam itu, usai pulang dari sekolah, Bonda memanggil aku masuk ke biliknya. 

Bonda : Kenapa dengan kau ni?
Aku : Tiada apa-apa.
Bonda : Kenapa boleh berpisah pula?
Aku : Entah. Malas nak fikir lagi.
Bonda : Kalau malas nak fikir lagi, jangan fikir. Tumpukan pada pelajaran sahaja lepas ni.
Aku : Baik.

Mudahkan Bonda beri nasihat pada aku? Senyum. Esok pagi, Abah pula memanggil aku di dapur. Apa yang mahu diberitahu pada aku sudah terang lagi bersuluh. Pasti tentang hal petang itu.

Abah : Duduk sini, Abah nak cakap sikit.
Aku : Tak payah cakaplah Abah, Mak dah cakap malam tadi.
Abah : Kalau dengan anak murid Abah, Abah boleh cakap, tapi kenapa dengan anak sendiri tak boleh? Duduk.
Aku : Ya.
Abah : Abah tak nak tahu kenapa boleh jadi macam ni.
Aku : Ya.
Abah : Abah cuma nak cakap, kalau cinta itu datang kerana Allah, sejauh mana pun ia pergi, kita akan dapat balik. Kalau cinta itu kerana nafsu, suka-suka, mula-mula memang sakit, lepas itu tiada apa-apa. Dah, masuk bilik.
Aku : Ha?

Abah juga memberikan penyelesaian yang sangat mudah pada aku. Aku memilih untuk percaya pada Abah. Disebabkan itulah, aku boleh bergerak semula. Membina diri aku yang baru. Oh, itu peristiwa tiga tahun lepas. Kali pertama aku bercinta dan mungkin juga kali terakhir. Entahlah. Senyum.


10 Januari 2007 - Kenangan masa silam kali pertama bersua muka.

Dan perbualan aku dengan seorang teman lama tadi hanya menimbulkan ketawa mengenangkan diri masing-masing yang kurang matang sewaktu melayari kehidupan suatu ketika dahulu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, kami mungkin telah menendang diri masing-masing dengan kuat agar tidak berlaku sebarang kesilapan. Senyum. 

Tidak.
Ini bukan untuk mengenang kisah silam kerana aku bahagia dengan diri aku saat ini. Cuma, untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pembaca blog ini serta berkongsi sedikit tentang daripada mana ilham itu diolah. Oh ya, untuk jawapan tepat, aku pernah bercinta dengan manusia bukan muhrim suatu ketika dahulu. Walaupun begitu, cinta itu tidak akan melebihi cinta pada keluarga, agama dan Maha Pencipta.

Nota Kaki :
1. Keadaan bertambah baik agaknya.
2. Kesihatan diri sudah di tahap otak beku bercampur manisan hijau.
3. Tersenyum bila mengenangkan pesanan ringkas bertimbun petang tadi dari seorag kawan.

Zara : Teringat yang semalam juga ulang tahun ke-23 seseorang itu. Selamat ulang tahun buat kamu. Kalau kamu baca ini, mahu kamu tahu yang hidup sedang diteruskan demi kesinambungan apa yang telah dilalui bersama suatu ketika dahulu. Senyum, kerana kamu tahu apa hati kamu mahu.

14 comments:

Unknown said...

Kak Zara, dari belakang, lelaki tu nampak macam Fahrin Ahmad. Hee :P

Thoha said...

salam..setuju dengan apa yang (abah)cakap..cinta kerana Allah itu indah sekali..cinta kerana nafsu akn membawa kerosakan..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ju :

Fahrin Ahmad?
Aww~
If and only if he read this. XD

Thoha :
Yup.
=)

Adziim said...

Pelakon terbaik ye Zara, mak ayah sahaja yang boleh baca fikiran anak.

AinComei said...

Hadis Rasulullah, "Perelokannlah cara kamu dalam perkara dunia. Sesungguhnya setiap orang adalah dipermudahkan berdasarkan ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya"

~mahu meminjam kata2 abahmu utk di post ke dalam mukabuku.. bolehkah? :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Adziim :

pelakon yang hebat dalam sembunyikan kesakitan sahaja~ =)

Ain :
silakan~
=)
sila tag nama zara~
he he he~

Secret Drifter said...

wow Zara u have really sporting parents !!!

kudos to u !!

AinComei said...

thanks~ sudah di post :D

rhapsody LiN said...

wow... 10 January.. my birthday!
:)

Verdict said...

agak touched dengan pesan abah. kalau datangnya dari ya rabb, cinta tu akan dtg balik.. kalau dtg kerna nafsu..mmg sakit..tp nt takkan rasa ap2 lagi..
*sigh*

Oh Malaysia said...

suka nasihat ayah zara tu.. :D

khasyikelvin_ said...

kenapa menghadap belakang!
haih!

Jard The Great said...

=p

err... apsal omar messy private blog? tibe2. eheheh

Bazzstary said...

abah walaupun jarang bercakap..tp once die stat ckp sal hal gini..trus menusuk ke kalbu~