Monday, July 05, 2010

Dan Entah Sejak Bila Aku Merasakan Senyuman Itu Mampu Melunaskan Semua Kesakitan


Demam.
Belum berkurang.
Mahu makan lagi ubat.
Dan hari ini aku pergi ke sekolah.
Tempat terbaik dalam membina aku menjadi lebih manusia dari sebelumnya.



Aku terjumpa gambar di atas tatkala membelek album-album lama. Rindunya aku pada diri aku yang begitu. Diri yang kuat dan sentiasa tersenyum tanpa memikirkan apa kesannya pada diri sendiri. Lebih kepada berdikari dan menjaga hati manusia di sekeliling aku. Masa dihabiskan dengan membaca, mengikuti usrah, kuliah-kuliah terbuka dan sebagainya. Aku kehilangan itu semua bila tahun akhir aku mula sibuk dengan tuntutan kerja dan tugasan yang menimbun. Alasan sebenarnya, kerana saat itu aku sudah lemah, dan terpaksa memilih kesihatan diri yang merosot secara tiba-tiba. Demi diri sendiri, aku jauh dari mereka-mereka yang aku sayangi dan mengejar duniawi.



Ini gambar setahun selepas itu atau setahun sebelum ini. Sakit dan dihimpit kesusahan, tetapi aku masih tegar mengukir senyuman dan berusaha kuat untuk diri sendiri. Perubahan belum nampak dengan jelas, cuma yang pasti aku memburu setiap apa yang aku mahukan dengan berusaha segigih mungkin demi cita-cita yang aku dambakan. Satu persatu aku tempuh, untuk lebih berjaya dan aku sedar, di situ aku mula tamak dalam menikmati saat tamat pelajaran.



Ada seorang teman yang menyatakan kepada aku, dia menyukai aku yang dulu. Aku yang sebelum ini. Bukan suka dalam erti kata mencintai, tetapi suka dalam istilah menyenangi aku yang dulu. Aku yang lama mungkin tanpa perhiasan, tanpa secalit solekan (walaupun sekarang ini pun jarang mengenakan solekan kecuali perlu) tetapi masih aku yang ceria. Masih aku yang suka ketawa, aku yang masih mempertahankan prinsip yang tersimpan di dalam diri.

Aku yang hari ini banyak berubah. Terlampau banyak hingga aku mungkin tidak kenal diri aku sendiri. Aku biarkan kesakitan memenuhi diri demi kepuasan manusia di sekeliling aku. Aku kuatkan diri dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan berdikari kerana aku sudah punya kudrat mencari rezeki. Kelemahan aku tutup dengan senyuman dan gelak tawa yang acapkali aku sulamkan dengan kepahitan yang tersekat di kerongkong, saluran nafas penyambung nyawa. Senyuman aku, demi memastikan semua orang merasa bahagia.

Dan hari ini, seperti dua hari sebelumnya, aku masih sakit. Belum pernah aku demam seteruk ini setelah aku meninggalkan bangku sekolah. Tetapi, aku bukan aku yang 7 tahun dahulu yang akan membiarkan diri terbaring di kamar apabila sakit. Aku sudah jadi manusia beku yang melawan segala kesakitan dan bangkit menelan kepayahan demi menjadi diri sendiri. Aku takut menjadi lemah di hadapan manusia lain.

Kisah aku, ceritera seorang manusia yang sering digelar itik hodoh. Aku mungkin tidak akan bertukar menjadi angsa putih yang mengembangkan sayap, megah dengan kecantikan, kerana aku tetap akan kekal menjadi itik. Cuma yang pasti, aku tahu aku akan kuat berusaha untuk berubah walaupun perubahan itu mungkin memusnahkan diri dan sedikit apa yang aku pertahankan selama ini. Betapa aku rindu kepada aku yang dulu. Sungguh.

Shafaza, maafkan manusia yang kini bernama Zara. Topeng baru dicipta agar aku mampu melunaskan segala kepahitan dan menggantikannya dengan senyuman yang wajar dan bahagia. Mungkin kamu akan menangis melihat aku yang kini, meraung melihatkan aku mula culas berkelubung seperti dulu, tetapi ketahuilah, di dasar hati aku, tidak pernah ada sesuatu pun yang berubah. Aku masih seperti dahulu, cuma luaran sahaja mengikut pemahaman aku yang gila.

Nota Kaki :
1. Ini mungkin catatan aku yang agak panjang sebelum aku mengundurkan diri.
2. Maaf atas segala kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang aku menulis.
3. Tiada Legasi Cinta Alisia Bab 30 seperti yang dijadualkan hari ini. Maaf, aku terikat dengan tanggungjawab hakiki.

Zara : Membaca karya seorang teman tadi membuatkan aku hanya mampu mengukirkan senyuman sahaja sebagai ulasan dan komentar kepada apa yang ditulisnya. Pengajaran yang ditulis terlampau hebat dan aku, agak terasa dengan kebodohan diri selama ini.

9 comments:

Mimi Azira said...

cheer up zara~

Anonymous said...

big hug

kalau Allah kata kau mampu, kau pasti mampu;)

cheers ...


inai malam pengantin

Hizami Li said...

cikgu zara tetap sama.
cuma mungkin perubahan itu seiring dengan usia.
:)

vidadarisakura said...

aibeliu zaraaaa. woo

Anonymous said...

2 gambar atas tu tak lawa.

Khaizarien said...

kadang2 kita lupa jauh man akita berubah walau pada dasarnya kita rasa kit amasih sama....

Khaizarien @ atie Blog

Jard The Great said...

=)

dah lama demam rupanya..

Fuz said...

hadapi dengan senyuman-dewa.

molliesa said...

zara, gambar ke2 tu mcm muka bestfren saye. wah!! rindu kat dia!!