Showing posts with label Viva. Show all posts
Showing posts with label Viva. Show all posts

Monday, July 05, 2010

Dan Entah Sejak Bila Aku Merasakan Senyuman Itu Mampu Melunaskan Semua Kesakitan


Demam.
Belum berkurang.
Mahu makan lagi ubat.
Dan hari ini aku pergi ke sekolah.
Tempat terbaik dalam membina aku menjadi lebih manusia dari sebelumnya.



Aku terjumpa gambar di atas tatkala membelek album-album lama. Rindunya aku pada diri aku yang begitu. Diri yang kuat dan sentiasa tersenyum tanpa memikirkan apa kesannya pada diri sendiri. Lebih kepada berdikari dan menjaga hati manusia di sekeliling aku. Masa dihabiskan dengan membaca, mengikuti usrah, kuliah-kuliah terbuka dan sebagainya. Aku kehilangan itu semua bila tahun akhir aku mula sibuk dengan tuntutan kerja dan tugasan yang menimbun. Alasan sebenarnya, kerana saat itu aku sudah lemah, dan terpaksa memilih kesihatan diri yang merosot secara tiba-tiba. Demi diri sendiri, aku jauh dari mereka-mereka yang aku sayangi dan mengejar duniawi.



Ini gambar setahun selepas itu atau setahun sebelum ini. Sakit dan dihimpit kesusahan, tetapi aku masih tegar mengukir senyuman dan berusaha kuat untuk diri sendiri. Perubahan belum nampak dengan jelas, cuma yang pasti aku memburu setiap apa yang aku mahukan dengan berusaha segigih mungkin demi cita-cita yang aku dambakan. Satu persatu aku tempuh, untuk lebih berjaya dan aku sedar, di situ aku mula tamak dalam menikmati saat tamat pelajaran.



Ada seorang teman yang menyatakan kepada aku, dia menyukai aku yang dulu. Aku yang sebelum ini. Bukan suka dalam erti kata mencintai, tetapi suka dalam istilah menyenangi aku yang dulu. Aku yang lama mungkin tanpa perhiasan, tanpa secalit solekan (walaupun sekarang ini pun jarang mengenakan solekan kecuali perlu) tetapi masih aku yang ceria. Masih aku yang suka ketawa, aku yang masih mempertahankan prinsip yang tersimpan di dalam diri.

Aku yang hari ini banyak berubah. Terlampau banyak hingga aku mungkin tidak kenal diri aku sendiri. Aku biarkan kesakitan memenuhi diri demi kepuasan manusia di sekeliling aku. Aku kuatkan diri dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan berdikari kerana aku sudah punya kudrat mencari rezeki. Kelemahan aku tutup dengan senyuman dan gelak tawa yang acapkali aku sulamkan dengan kepahitan yang tersekat di kerongkong, saluran nafas penyambung nyawa. Senyuman aku, demi memastikan semua orang merasa bahagia.

Dan hari ini, seperti dua hari sebelumnya, aku masih sakit. Belum pernah aku demam seteruk ini setelah aku meninggalkan bangku sekolah. Tetapi, aku bukan aku yang 7 tahun dahulu yang akan membiarkan diri terbaring di kamar apabila sakit. Aku sudah jadi manusia beku yang melawan segala kesakitan dan bangkit menelan kepayahan demi menjadi diri sendiri. Aku takut menjadi lemah di hadapan manusia lain.

Kisah aku, ceritera seorang manusia yang sering digelar itik hodoh. Aku mungkin tidak akan bertukar menjadi angsa putih yang mengembangkan sayap, megah dengan kecantikan, kerana aku tetap akan kekal menjadi itik. Cuma yang pasti, aku tahu aku akan kuat berusaha untuk berubah walaupun perubahan itu mungkin memusnahkan diri dan sedikit apa yang aku pertahankan selama ini. Betapa aku rindu kepada aku yang dulu. Sungguh.

Shafaza, maafkan manusia yang kini bernama Zara. Topeng baru dicipta agar aku mampu melunaskan segala kepahitan dan menggantikannya dengan senyuman yang wajar dan bahagia. Mungkin kamu akan menangis melihat aku yang kini, meraung melihatkan aku mula culas berkelubung seperti dulu, tetapi ketahuilah, di dasar hati aku, tidak pernah ada sesuatu pun yang berubah. Aku masih seperti dahulu, cuma luaran sahaja mengikut pemahaman aku yang gila.

Nota Kaki :
1. Ini mungkin catatan aku yang agak panjang sebelum aku mengundurkan diri.
2. Maaf atas segala kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang aku menulis.
3. Tiada Legasi Cinta Alisia Bab 30 seperti yang dijadualkan hari ini. Maaf, aku terikat dengan tanggungjawab hakiki.

Zara : Membaca karya seorang teman tadi membuatkan aku hanya mampu mengukirkan senyuman sahaja sebagai ulasan dan komentar kepada apa yang ditulisnya. Pengajaran yang ditulis terlampau hebat dan aku, agak terasa dengan kebodohan diri selama ini.

Saturday, April 18, 2009

Baju Dalam Dia Wajib Formal, Baju Luar Tidak Perlu...


Masih bicara mengenai Viva aku.
Maaf, pembentangan projek akhir aku.
Projek adalah tugasan.
Baiklah!

Kalau kamu ingat tulisan aku yang ini,
harus sahaja kamu ingat aku perlu berpakaian formal.
Bila aku berpakaian formal,
dia juga mahu berpakaian formal.

Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung aku?
Sean.
Ya!
Aku cinta Sean.
Lebih dari aku cinta kekasih gelap aku.
Kerana Sean yang menemukan kami berdua dahulu.
*mengelipkan bulu mata sebagai tanda aku pemalu*

Kamu sudah lihat aku berpakaian formal bukan?
Mari kita lihat Sean dan pakaian formalnya pada hari itu.
Bukan baju luarnya,
tetapi baju dalamnya.
Baju dalam Sean harus formal.

Mengapa baju dalam harus formal?
Ini disebabkan oleh baju dalam Sean yang perlu ditayangkan pada semua.
Baju luar dia memang selalu menarik perhatian lain.

Aku suka baju dalam Sean untuk Viva aku ini.
Simbolik.

::Baju Dalam Sean Khas Untuk Viva Aku::

Perbezaan siang dan malam itu membuatkan aku selalu lupa.
Ada perbezaan?
Aku tidak begitu pasti memandangkan jadual waktu aku kurang teratur.



**Gambar Hari Kejadian - Viva**

Baju dalam Sean menjadi tontonan umum.
Sean bangga.
Aku bangga sebentar dalam kegigilan.
^______^

Lebih gambar, tekan sini.

Friday, April 17, 2009

Aku Memang Nakal Secara Menggila, Jadi?


Orang kata mereka tidak memahami cara penulisan aku disini.
Maaf.
Ini diri aku yang serba kekurangan.

Memang sebolehnya aku menggunakan tatabahasa yang betul.
Disebabkan itu juga aku mempunyai pengertian tertentu tentang beberapa perkara.
Kalau kamu membaca tulisan-tulisan aku dengan sekali imbas,
mungkin hatimu akan tersentap.

Cuma pintaku,
hayati makna yang tersirat.

Ingat tentang tulisan aku dibawah ini?
Sila alihkan mata dan sudut pandangan kamu kepada tulisan aku sebelum ini.
Ya.
Aku ada meletakkan alamat "MukaBuku" aku disitu.
Memang terdapat pelbagai gambar yang aku pamerkan.
Bukan apa.
Blog Dunia Sebelah Zara ini malas aku penuhi dengan gambar-gambar aku.
Nanti kamu meluat.
^_________^

Oh ya,
nampaknya ada gambar yang menarik perhatian sesetengah pembaca.
Aku suka bila kalian tidak mahu menulis di blog aku, malah rajin menghantar surat elektronik.

Gambar pertama serta komen yang aku dapat.



  • Adakah ini menunjukkan kamu seorang yang sungguh pandai bermain bersama dua-dua jantina?
  • Adakah kamu memanggil dia sebagai sayang juga?
  • Lengan kamu agak besar. (aku suka komen yang ini)
  • Aksi ini tidak sepatutnya dibuat untuk tontonan umum. Kurang baik. Boleh menimbulkan khabar angin. (Perhatian, Ann sudah ada kekasih)
  • Kamu kelihatan menarik di dalam warna merah jambu. (Terima kasih buat Mak yang belikan aku baju itu)
::Gambar Kedua::



Ramesh dan Zara
  • Zara, kamu kelihatan baik.
  • Zara, tudung kamu menarik.
  • Kamu berdua kelihatan secocok bersama. (oh, maaf! Ramesh juga sudah ada kekasih hati).
  • Tangan kamu kelihatan gemuk. (aku suka yang ini)
::Gambar Ketiga::



  • Senyuman yang menawan.
  • Kamu duduk di luar negara ke Zara, sampai bawa selendang itu?
  • Pakai dah ayu serta comel, kamu bawa beg seperti itu? Tak sesuai langsung.
  • Pipi kamu tembam.
  • Tangan kamu sungguh gemuk. (aku suka yang ini).

::Gambar Keempat::



*Gambar Tiga Anak Arab*

  • Abang Kasut ke itu?
  • Abang Kasut sangat kacak.
  • Abang Kasut itu comel.
  • Kening kamu bertiga tebal.

Sekian sahaja.

Aku sedang membaca nota Kimia OrganoLogam (baca: Organometallic Chemistry).

Sebelum berpisah, hati aku sedang dipenuhi dengan lagu ini.

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Selamat Berhujung Minggu Buat Kalian.

Playgirl Itu Budak Perempuan Yang Bermain Ke?


Satu soalan yang mudah dari aku.

"Playgirl"
(harus ditulis dengan gaya itu, supaya aku masih mempertahankan bahasa yang aku gunakan).

"Playgirl" itu adakah budak perempuan yang bermain di taman permainan ke?

Aku menerima surat-surat elektronik daripada pembaca-pembaca budiman yang menyatakan aku bersikap seperti budak perempuan yang bermain (baca: playgirl) kerana aku mempunya kekasih gelap yang cerah warna kulitnya.

Maaf.
Aku sedang terguling-guling ketawa di atas katil.
Aku dilabel sebagai itu.

Aku mahu memberikan alasan yang bersandarkan ke atas sesuatu (baca : justifikasi) ke atas penghargaan (aku gelarkan penghargaan disebabkan ianya terlalu istimewa) yang aku terima.

Di dalam pengetahuan aku yang maaf, agak dangkal ini,
aku tidak dapat mengingat kembali bila kali terakhir aku ke taman permainan,
jadi, aku tidak layak digelar seperti itu.
^____^

Kekasih gelap aku yang cerah?
Alahai.
Sudah beberapa kali aku nyatakan, dia hanyalah seorang sahabat.
Seorang yang lebih tua dari aku (baca : senior).
Jangan menuduh aku seadanya.
Kamu buat aku ketawa sayang.

Dan yang terakhir,
intipati surat elektronik tersebut,
dia bertanyakan,
"Mengapa kamu menggelar pembaca-pembaca kamu sebagai sayang, dear, darling? Ini akan merosakkan hati pembaca disebabkan kamu bersayang-sayang dengan mereka"

Jawapan aku:
Aku memang memanggil rakan-rakan aku dengan panggilan sedemikian,
tidak kira di dunia blog atau di dunia realiti itu sendiri.
Tiada siapa pernah jatuh cinta dengan aku bila aku menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
^_______^

Sebelum berpisah,



Budak perempuan yang bermain selepas membentangkan projek akhirnya pada 16 April 2009.
Kelihatan seperti menggoda ke?
Aduhai...

Lebih banyak aksi menggila, sila tekan sini.

Thursday, April 16, 2009

Viva Ku Dipenuhi Oleh Garam...


Akhirnya Viva aku telah dipenuhi dengan garam-garam.
Tidak bertaburan.
Tidak masuk ke kuah-kuah.
Tetapi disebarkan secara halus dan berhemah selama 30 minit.

20 minit membentangkan projek akhir aku.
10 minit sesi soal jawab bersama dua penilai yang baik hati.
Banyak sungguh soalan yang ditanya.

^____^

Akan aku tambahnaikkan (baca : update) selepas ini.

Nota : Salah seorang penilai aku hari ini menyatakan,
terdapat pencemaran yang berleluasa dalam pembentangan hari ini.
Aduhai, maaf Prof.

Viva Aku Telah Tiba Akhirnya...


Sedikit sorotan kajian sebelum ini :


Semalam, sebelum kelas petang yang tidak sepatutnya ada,
aku dapat satu khabaran yang agak menyentap ulu hati.

Ya, nama panel penilai untuk Viva serta tarikhnya telah diumumkan di fakulti.
Tahniah kepada diri sendiri kerana aku dapat panel yang terkenal dengan soalan-soalan membunuh (walaupun ini bukan cerita Criminal Mind).

Viva aku dijadualkan pada 16th April 2009,
dan terdiri daripada 3 panel penilai.
Salah seorangnya adalah penyelia aku sendiri yang sememangnya terkenal dengan pemikiran-pemikiran yang kritikal.
Sangat kritikal adalah ayat yang lebih tepat barangkali.

Panel utama adalah penyelaras PSM itu sendiri.
Tahniah, aku dapat lelaki yang sangat budiman.
Memang beliau adalah pensyarah yang sangat budiman,
aku kagum dengan prinsip dia dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.
Bahasa Kebangsaan aku panggil.

Panel yang terakhir adalah Penasihat Akademik aku sendiri.
Boleh dihitung berapa kali aku bertemu dia.
Penasihat Akademik terbaru aku.
Terima kasih.

Panel penilai aku terdiri daripada orang-orang Fizik.
Bagus!
Tatkala aku mahu menjalankan penyelidikan di bawah orang Fizik,
pelbagai alasan diberikan,
Nah! Sekali, penilai aku datang dari latar belakang Fizik.

Tersentap juga.

Panel Utama : aduhai, Bahasa Kebangsaan ku telah menjadi lemah.
Apakah?


Tamat sorotan kajian.

******************************************************************
Jam 2.30 petang ini,
aku akan membentangkan hasil penyelidikan aku.
Hasil yang aku tuai selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Senyuman?

Air mata?

Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat diri sendiri.
Aku mohon doa dari kalian juga.
Mungkin aku bukan teman yang terbaik,
tetapi aku masih manusia juga.

Aku telah menjalankan pemerhatian terhadap dua panel penilai itu pada hari Selasa.
Gaya mereka telah aku perhatikan.
Sepanjang hari aku analisis serta kaji mengenai mereka.
Moga semuanya berjalan lancar.

Buat teman-teman sekampus,
jika kamu ingin datang, aku persilakan kehadiran kamu semua.


Tarikh :
16 April 2009

Tempat :
C14-414-01

Masa :
2.30 petang

Panel Penilai :
P.M. Dr. Shaharom Noordin
P.M. Dr. Seth Sulaiman

Tajuk kajian aku adalah :
Kaedah Penyelesaian Masalah Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Garam.

Abstrak Kajian aku:

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian daripada aspek kognitif. Sekiranya kita mengambil kira fungsi intelektual yang paling kompleks, penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai proses kognitif tahap tinggi yang memerlukan modulasi dan pengawalan lebih rutin atau kemahiran asas. Maka, satu kajian dilaksanakan dalam mencari kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah kajian deskriptif. Ia telah dijalankan ke atas 100 orang responden meliputi tiga buah sekolah menengah dalam Daerah Ledang, Johor. Data kajian telah dianalisa secara kualitatif dan dinyatakan secara frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih menunjukkan kebolehan menggunakan kaedah aritmetik dan algoritma dalam menyelesaikan masalah. Beberapa implikasi kajian dinyatakan mengikut aspek yang menjadi persoalan kajian.

****************************************************************

Semoga aku tabah petang ini.
Salam sayang buat kalian semua.

Shafaza @ Zara

Jangan Lupa Pakai Baju Sayang...


Ingatan buat diri sendiri.

Jangan lupa pakai baju esok petang.

Maksud aku, jangan lupa pakai baju formal Zara!

^_____^