Salam semua.
Tadi membelek harta peribadi di dalam bakul, aku terjumpa buku merah.
Ah, aku terlupa janji aku pada diri sendiri.
Ya Allah, ampunkanlah aku.
Si gadis yang menghuni tubuh gempal ini, maaf.
Niat baik kamu, pemikiran ini lupa.
Khilaf yang amat sangat.
Rindu.
Bila nak dapat tengok beg seperti ini lagi?
Mungkin disebabkan terlampau penat dengan urusan pekerjaan dan sering keletihan serta kurang tidur, membuatkan aku sudah melupakan kegiatan yang paling aku gemari ini. Aduhai. Sudah diletakkan dalam perancangan, cuti sekolah ini harus pergi menunaikan tanggungjawab tang aku suka ini. Oh Zara, sila simpan dalam otak kamu.
Rindukan perasaan dalam keadaan begini.
Bonda : Tak sudah-sudah mahu pergi derma darah.
Aku : Eh, menarik dan menyeronokkan Mak.
Bonda : Janganlah lagi.
Aku : Kalau tak beri derma darah, Along derma organ boleh?
Bonda : (diam)Dan itu menyebabkan Bonda terpaksa menerima hakikat yang aku memang gila menderma darah bila aku punya kesempatan. Cuma, tahun 2010 ini aku belum memulakan lagi. Aduhai. Terlajak aku dari tarikh yang aku sudah letak di dalam kepala.
Nota Kaki :
1. Letih.
2. Otak sedang bekerja keras mencari penamat bagi Bab 24.
3. Puisi yang dicoret di buku nota dicemari darah.
4. Menunggu seseorang muncul dengan tabah dan alhamdulillah, dia sudah muncul.
Zara : Ah, bila mahu sambung menulis ni? Badan letih macam terendam dalam larutan pemalas.
[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
22 comments:
derma dara???
wahaha.. baru sekali lepas sebagai penderma.. selalunya dokter tak bagi sebab tekanan darah rendah sangat.. itu pun masa derma hari tu kena cucuk dua kali.. yang pertama tu darah tak clear. bila sampai di hujung tiub, darah terus beku dan tak masuk ke beg.. sakit? Tak adalah.. tapi lebamnya sampai seminggu..
Wakakakaka.... Derma dara ...anyway ia merupakan suatu amalan yang amat mulia...
tak pernah derma darah..takut jarum kot..
dlu ingat derma darah
xsampai 7 minit dah penuh dah
hehe
mmg sbur dr tu cakap
tuh betis ke lengan tuh zara? :P
Aidi :
keji seh statement.
XD
alhamdulillah, bagusnya ada kesedaran macam ni
susah nak cari rakyat Malaysia yang suka derma darah ni.hehe
sy pun baru buat sekali jer.ada azam nak buat lagi next time.insyaallah
singgah pula ke
::: KAU ILHAMKU :::
entri terbaru
JANGAN NAIK KALAU GAYAT'
nnti ade mase derma lagi!~
terkejutz bace tajut tu..huhu.
kalau darah aku boleh derma kalau dara memang x pernah ada haha
nmpk mcm x layak jer :)
Post terbaru di arieyblog.com : Taskbar Thumbnail Customizer untuk pengguna Window 7
Masa mula² dulu saya kena paksa derma darah sebenarnya..
Tapi lepas tu derma dengan relanya..
Mungkin sebab dapat biskut tiger coklat..ahahaha..
bru skali aku try derma darah tpi siyes best.
takutnya nk derma darah..he2
wah, same here~ sgt puas bila dapat derma. Cuma beberapa taun ni tak dpt derma sbb alergik teruk :'(
oh, tgh pikir camna nak bincang dgn ayah utk register jadi penderma organ. Tgh doa byk2 dapat kebenaran. Amin!
*tau tak, kulit pun bleh derma bila jadi penderma organ nih. oho!
nak derma darah..
tp x leh
huk3
=(
aku xpernah derma darahhh....nak kata takut tak tp ngeri je.....hu huuuu
Pakcik tak tahan gelak dengar statement betis ke lengan tu. Bila pakcik renunng balik gambar tuh, serius susah nak teka. Boleh buat contest rasanya :P
.x leh derma
.i kurang berat bdan T__T
tak pernah derma darah sebab blood press rendah.nurse tak bagi.huhuhu.
aaaa saya tak pernah derma darah lagi. tarak berani! tengok darah banyak2 satu paket tu dah rase macam pinar-pinar dah. uhukk
waaah kamu punya hobi yg sama ngan saya~
aku pon ske derma darah.tp tula xpunya kesempatan untuk tahun ni... time ada iklan derma darah, masa tak kena , tmpt sangat jauh.
Post a Comment