Salam semua.
Hujung minggu yang ceria dicemari dengan insiden mual.
Kadangkala dalam perbualan, kalau tersalah bicara, boleh makan dalam dibuatnya.
Ketawa memang boleh diluar.
Dalamannya?
Ludah ke tanah pun tidak boleh hilangkan rasa sengsara.
Tadi menerima satu panggilan telefon, dari kawan lama. Mula-mula nampak nombor yang tidak dikenali, terfikir juga mahu angkat atau tidak, tetapi mengenangkan setelah menukar telefon tempoh hari, banyak nombor yang hilang, maka aku jawab sahaja.
Kawan : Kau kat mana sekarang?
Aku : Kat Muar juga. Tak berganjak.
Kawan : Kerja dah kan? Jadi cikgu.
Aku : Ya.
Kawan : Kenal aku lagi tak?
Aku : Siapa ya? Maaf, aku hilang banyak nombor telefon orang lah.
Kawan : Aku H.
Aku : Oh, mestilah ingat. Kenapa telefon?
Kawan : Aku nak jemput kau datang kenduri kahwin aku.
Aku : InsyaALLAH. Berapa haribulan?
Kawan : 5 Jun. Datang tau?
Aku : 5 Jun pun ramai kawan aku kahwin. InsyaALLAH, kalau sempat, aku pergi. Kau hantar je alamat pada aku nanti.
Kawan : Baik. Kau bila lagi?
Aku : Oh, lambat lagi kot.
Kawan : Lupa pula. Kau kan macam jantan sikit. Patutlah tak kahwin lagi.
Aku : Dulu je kot.
Kawan : Ada yang berubah ke? Suara macam jantan, nama panggilan pun macam jantan, perangai pun macam jantan dulu, kasar je.
Aku : Suara aku dah Allah bagi, tak boleh tukar dah pun. Nama panggilan, orang panggil aku Shafaza atau Zara sekarang ni. Perangai aku rasa dan cukup baik. Dulu bukan sampai aku bunuh orang pun. Mempertahankan diri dari dibuli je ada la kot. Kau dah tak tengok aku yang sekarang ni.
Kawan : Pada aku, kau tetap macam jantan.
Aku : Kalau aku macam jantan, kenapa kau tak kahwin dengan aku je kan?
Kawan : Takkan sentap kot?
Aku : Tak, biasa je.
Dan, aku bercadang tidak mahu ke majlis perkahwinan dia. Bukan apa, aku takut di majlis persandingan, sewaktu pengantin sedang diarak, ada kejadian tidak diingini mungkin berlaku. Contohnya, aku tiba-tiba bersilat di hadapan pengantin dan seterusnya menampar manusia yang sedang berdiri berpegang tangan di hadapan aku. Contohlah kan?
Kasar macam mana pun aku, ada pakai baju begini kan?
Hebat tak?
Buat H, selamat pengantin baru. Awalnya aku berikan ucapan kan? Aku hanya mahu bertanya satu soalan kepada kamu wahai H. Ah, macamlah kamu baca blog aku kan? Tapi kalau kamu baca, alangkah baiknya. Soalannya, adakah kamu akan terkejut kalau yang datang ke majlis perkahwinan kamu adalah seperti gambar di bawah ini?
Ya, suaranya masih kasar macam jantan.
Sesiapa yang pernah mendengar suara aku, boleh buat komen.
Jodoh dan pertemuan itu di tangan Yang Maha Esa. Cepat atau lambat itu urusanNya. Aku hanya boleh berdoa dan kau tidak layak untuk mengata sesuka hati bagaikan kau yang bisa mengaturkan segalanya.
Nota Kaki :
1. Baru pulang dari rumah nenek.
2. Masih belum menggarap Legasi Cinta Alisia.
3. Tangan kiri masih dalam kesakitan.
4. Mentari milik peribadi sudah muncul dan menyuluh sinar kegembiraan pagi tadi.
5. Mahu rendam perasaan dalam gula.
Zara : Ada masa kurang dari 24 jam untuk melunaskan sesuatu. Saat terakhir hampir tiba. Setiap detikan jam membunuh rasa. Cepatlah pulih wahai tangan kiri, tanpamu aku pincang mahu teruskan usaha yang panjang berjela.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)
25 comments:
hai sharifff hahahaah
kalau naik mercedez..jangan mengata org naik kancil.kalau dah nak kawin..jgn mengata org yg belum nak kawih...aiyark.
tgk gambar mcm feminin..cuba kau upload video kau karaoke ke?
Latest Entri : Peristiwa Subuh
sabar je zara
tuh laa!
org pon slalu kene kutuk kasar cam laki, sore cam laki!
hmm tak pek laa.
asalkan tak kacau org dah laa!
anyway, ayu ngat aih!
mane de cam jantan pon!
mane ade suare akak mcm jantan?
suare akak serak2 kot.
haih.
kalau tak suka tuh semua nak kutuk. betul tak?
nnt bila dia dpt anak dwi jantina haa baru tahu.
ahha.
mungkin dia bergurau kot.
tapi agak kasar gurauan tu.
dan dia mungkin tak perasan telah mengguris hati cikgu zara.
hehe.
;)
adat berkawan.
eh eh jodoh pertemuan di tangan Allah.
lambat atau cepat je.
tunggu.
;)
nang u..
salam dik..eeee tensen gile baca conversation kat atas tu, jgn nak mengata org boleh tak..suke suki je nk kata suara org..eee sengal!
kak zara ~~
dh lme tak jenguk blog nie..;)
xbaek la org yg ckp cmtu kt kak zara.ish3..
agaknya dulu dia selalu ckp lepas kt ko kot..masa tu ko tunjuk x kisah..agaknya la..x pyh la pegi klu x nak k :)
perghhhhh ayat kawan kamu tuuhhhhh...bangga sungguh dia nak kahwin ye...
hehe.sabo jelah..kalau dulu kasar, tak mustahil berubah jadi feminin kan.. ;)
Zara... pa terima zara seadanya...tidak mintak lebih dan tidak mintak kurang. Kita harus jadi kita yang terbaik di hadapan-Nya.
Zara... pa terima zara seadanya...tidak mintak lebih dan tidak mintak kurang. Kita harus jadi kita yang terbaik di hadapan-Nya.
sabar aje la... silat jangan tak silat.. ahaha
die tak taw kelebihan bersuara jantan nih.. haha.. takpe kak zara, org mcm kita (yg org sibuk kate suare jantan nih) mmg sgt dijeleskan ! kite kan HOT! haha =p
>yg memahami..< =p
ok..mmg sore ko lagi jantan dari jantan tu..mcm la aku penah dgr sore mamat tu..hahahaha
kerepek kerepek kerepek...
Zara, i tak kisah la suara awk mcm mana pun... tapi Alhamdulillah tu suara awk.. also mmg suara u suara wanita la.. (kenapa dia tau nak beza)
kasar ke tak?? apa nak peduli...
sorry tapi tgk Nik Madihah.. muka dia kasar (ada kesan dia bekerja kuat untuk keluarga), tangan i am sure kasar sbb buat byk kerja.. but tgk her... wanita yg mmg boleh disanjungi...
anyway tak yah la pergi H punya wedding.. mmg dia nak cari pasal pun dgn u...
pity u been judge wrongly but what to do.. biasa la manusia.. atau maybe dia dengki sbb suara u sedap =P
akak punya sepupu bank officer,tak kawin lagi,org suka tanya2 dia kenapa tak kawin2 lg,kerana kesian selalu akak tlg jawapkan.akak kata
org lelaki ni ada jual kat pasar tak?kalau ada saya nak beli lah.nak suh kawin dgn sepupu saya ni.biasanya lepas akak cakap camtu sepupu slalu give me ten dgn akak..kikkih....
geram la dengan orang2 yg macam tu.
sora den pun kasar gak.
tapi nape dipertikaikan ek?
suara tu kan dah anugerah Dia bagi.
saya pasti dia kan terkejut tgk zara datang dengan ayu gitu.
haha~
senangnye judge org brdasarkan suara yer..ingat kalo suara jantan tak bley brubah jadi feminin ker?kalo org wat slah x bley brubah jd baik ker..org2 mcm nilah yg slalu buat masalah. Membuat kesimpulan melulu tanpa berfikir..sabar yer zara..
xpe...yg penting c00l...huhu
Pernah juga jumpa perempuan yang suara lelaki....doktor locum tempat aku kerja.
Tapi ada je suami. Jodoh masing2.
mcm jantan?
hahaha
sama beb
I don't think I would go too. Kocik ati den. Tau la ko nak kawin, tapi jangan nak memperkecilkan orang lain.
Once, a friend [A] encountered something else but similiar with another mutual friend [B]. A kawin a year dulu than B but B got pregnant dulu:
Pertanyaan B kepada A:
"Kenapa you tak pregnant lagi? You all tak pandai buat eh?"
Reaksi: Gua semangat nak kasik lempang pompuan tu... kalau tak dia ngandung...
Ya. Semua rezeki tersebut adalah rahsia Allah kepada kita. So... Apakah...?? Mende betul.
Post a Comment