Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa [Pertandingan Kembara Mencari Cinta]


Salam hujung minggu semua.
Selamat Hari Belia Negara buat semua hari ini.
Ya, 15 Mei 2010 adalah Hari Belia Negara.

Tema : Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.
Aku ada menulis tentang ini di penulisan ini.

Desiran angin bertiup menuju utara,
Hempasan ombak mencuit marga.
Selamat Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya,
Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.

Selamat Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa.
Buat kali pertama tahun ini aku akan menyambut Hari Guru secara rasmi. Ya, rasmi wahai teman-teman sekalian. Setelah melaporkan diri pada 26 Oktober 2009, sudah hampir enam bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang guru yang banyak mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa serta tabah menghadapi pelbagai cabaran di dunia.

Tahun ini, sama seperti tahun lepas, masih menggunakan tema yang sama iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.
Soalan yang pasti akan ditanya adalah, apa maksud negara bangsa. Aku tinggalkan kalian untuk mencari dengan jelas maksud disebaliknya. Sebelum itu, izinkan aku menyatakan apa yang ditakrifkan berdasarkan Wikipedia - Negara Bangsa.

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat  bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. 

Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya  berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.



Sejujurnya kerjaya ini memang dekat di hati aku. Melihat Abah dan Bonda yang sudah menjadi guru lebih daripada dua puluh tiga tahun membuatkan aku kagum dengan ketabahan mereka menghadapi kerenah yang pelbagai dalam sektor pekerjaan ini. Bangun seawal pagi untuk menyumbangkan sesuatu buat anak didik telah memotivasikan aku sejak dari kecil walaupun hakikatnya minat ini aku pupuk secara perlahan setelah menjejakkan kaki di Kampus Selatan.

Ucapan terima kasih yang tidak terkira buat mereka-mereka yang bergelar pendidik sejak aku dilahirkan sehingga kini. Sungguh, tidak mengira ia adalah pembelajaran formal di dalam kelas atau santai dengan sesiapa sahaja, selagi kamu menyumbangkan sedikit ilmu pengetahuan kepada aku, ya, aku kira mereka adalah seorang guru.

Ucapan Khas.
Buat mereka-mereka yang bergelar guru, ini landasan perjuangan kita. Anak murid adalah pelanggan kita. Sama ada mereka setia atau tidak, yang pasti ia akan bergantung bagaimana kita memberikan yang terbaik buat mereka. Jika diberikan layanan yang baik, insyaALLAH, kalau tidak sekarang, pasti akan ada sedikit balasannya nanti. Moga kebaikan dan ilmu yang kita curahkan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Pertandingan Sempena Hari Guru 2010 : Cikgu Zara dilanjutkan hingga 20 Mei 2010. Eh, Kembara Mencari Cinta - adakah satu tema pertandingan aku?
Kembara Mencari Cinta adalah tema pertandingan ini. Ketawa. Tidaklah wahai sahabat sekalian, itu adalah nama novel di dalam cerita Adamaya. Seperti yang pernah aku war-warkan sebelum ini, pertandingan ini sedang berlangsung dan berita baik untuk semua yang mungkin punya kekangan masa, aku sudah melanjutkan masa hingga 20 Mei 2010. Ya, masih ada beberapa hari lagi untuk menghantar penyertaan. Sangat-sangat dialukan.

 

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Aku sangat menyukai lagu itu dan telah dihafal sejak zaman persekolahan. Memang gilakan? Senyum. Gembira dengan keadaan diri yang memilih laluan kerjaya yang membuatkan aku tenang dan mengenali lebih jelas tentang siapa aku dalam dunia ini.
Nota Kaki :
1. Berada di sekolah hari ini - sekolah ganti.
2. Mata bengkak seperti panda disebabkan bertugas malam tadi. Ya, tidur di surau sekolah.
3. Pelajar mahu aku menyanyikan lagu juga sempena Hari Guru Isnin ini. *Pitam*
4. Sesiapa yang belum membaca Legasi Cinta Alisia Bab 20?

Zara : Kepenatan selepas gotong-royong perdana. Sudahlah dengan mata bengkak yang terpaksa disolek secara gelap untuk mengelakkan murid merenung nakal, bertambah lagi dengan menghayun cangkul sebentar tadi. Betul-betul buat aku tersenyum bila Pengetua mengajar menanam pokok dengan betul tadi. Ah, lulusan Sains Pertanian. 

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

13 comments:

NAZ said...

selamat hari guru kawan :)

Aku X-PO said...

selamat hari guru..hehe

Anonymous said...

selamat hari guru....

joegrimjow said...

ada masa ku join ok
hehe
macama da masa je ni
so
bleh la join
;)

Anna R. said...

selamat hari guru, cikgu zara! semoaga tabah dan terus bersemangat waja mendidik anak bangsa ya!

mesti cikgu zara dapat banyak hadiah nanti kan. heee. dari kecik dulu saya suka hari guru sebab nanti ayah saya bawa pulang banyak hadiah dan saya lah tukang bukak hadiah tu. hehe. tapi sekarang ni tugas tu dah beralih ke budak kecik bernama adib. heee

oh saya pun hafal lagu kami guru malaysia tu dari kecik jugak! heee

selamat hari guru! :)

♥♥ eija ♥♥ said...

selamat hari guru adik zara :)

sama-sama kita mengajar untuk anak didik kita :)

Adziim said...

owh masa dilanjutkan lagi..bru ingat nk buat hari ini.
hehe~
tangguh lgi jawabnya.

Munsyi said...

selamat hari Guru zara.

em, dah bape entry penyertaan? nk start tulis dh ni. xde idea nk wat post br..wakaka

enyheartsdiamond said...

selamat hari guru zara! <3

eNaSaN said...

SelaMaT hari GurU & hari belia tuk kaMU..


moga sentiase sukses

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

esok hari kita zara
selamat hari guru juga buat kamu

senyumlah..
:)

Anem Arnamee said...

Selamat hari guru untuk zara syg :)

tilmiz said...

Selamat Hari Guru buat Cikgu Zara :-)