Thursday, May 20, 2010

Runut Irama Jiwa Kita - Episod Empat. Hana Hayfa - Ada Orang Nak Kahwin Dengan Hadif Hafuza Ke?




Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.
“Ouch!”

    Beg yang terlerai dari tangan sebentar tadi dicapai kembali. Nafsu memuncak, kemarahan yang tidak dikawal menyebabkan lelaki itu hilang kesabaran yang menipis. Sementelahan cuaca yang terlampau panas membuatkan emosi tergugat sekali. Tidak mengira jantina, Hadif Hafuza melepaskan geram yang tiada penghujungnya. Puas sedikit hatinya melihat gadis itu terbaring di atas jalan. Dasar manusia manja, menggeletis tidak bertempat. Memalukan latar belakang keluarga kononnya korporat, tetapi hakikatnya keparat.

“Bodohlah U Hadif! Sakitlah!”

“U yang bodoh, tak faham bahasa. Berambuslah Adriana!”

“Muka I berdarah ni Hadif, U tak kesian langsung ke?”

“Kalau U mati pun I tak kisah. As I told you just now, go away bitch!”


    Hadif Hafuza melangkah, berpaling dan mahu terus menunggu pemandu keluarga datang mengambilnya. Menyumpah di dalam hati dengan sikap Adriana yang hanya baru beberapa kali bertemu. Kesal dengan sikap terburu-buru dia di parti Cheryl sebelum ini. Zaman kegelapan yang sudah ditinggalkan sejak mengenali Afrina Afnan yang ternyata mengubah dia menjadi manusia baru.

“Hadif!”

    Hadif melangkah pergi, enggan menghiraukan manusia jalang yang tidak tahu erti malu. Baru sebentar tadi jatuh ke bumi, masih ada hati mahu memanggil namanya lagi. Manusia atau apa betina itu? Terik matahari tidak dihiraukan, kaki terus melangkah pantas. Mencari tempat teduhan yang lebih menyamankan. Jeritan suara ratu syaitan di belakang mematikan hayunan kaki tegap milik jejaka berusia lapan belas tahun itu.

“Hadif, balik nanti sampaikan salam I pada Dato’ Haidar Hail”

“Apa kaitan U dengan Papa I?”

“Sampaikan salam pada dia. Cakap dengan dia, Adriana menunggu kedatangan dia di Bazooka minggu depan”

“Bazooka? Kelab Bazooka?”

“U ingat lagi? Baguslah. Dato’ Haidar is a really a great man. Good in make love too. U mesti waris tu dari dia kan Hadif?”

“Shut up slut!”


Adriana ketawa nyaring, mengilai. Puas dapat membuat lelaki yang berang itu bertambah sakit hati. Biar dia tahu, kalau bukan dia, pasti ada lelaki lain yang dapat memuaskan nafsu yang mendambakan belaian kaum Adam setiap masa. Teringat dengan telatah Dato’ Haidar yang romantik, buatkan dia sudah mula melupakan semua lelaki muda yang merapati. Semuanya hanya sampah berbanding Dato’ Haidar yang tidak pernah berkira.

“Apapun Hadif, see you around. I pasti U tak akan bertahan lama dengan cubaan U konon-konon mengawal nafsu.”

“Pergi matilah jahanam!”

Skreet!!!!


*******

Afrina Afnan memandang keluar tingkap kereta dengan wajah tidak percaya. Tergamak Hadif Hafuza memukul seorang perempuan? Apakah yang terjadi sebenarnya? Kereta yang dipandu dengan kelajuan sederhana oleh abangnya membolehkan dia terlihat peristiwa yang cukup pantas sebentar tadi. Kepalanya berdengung dengan hon kenderaan yang bertali arus, dan itu yang membuatnya menebarkan pandangan mata keluar. Tidak disangka itu yang terlihat. Hatinya berdebar memikirkan segala kemungkinan.

“Afrina”

Tiada sahutan.

“Afrina”

Sunyi.

“Afrina Afnan Afif Ahnaf!”

“Ya bang”

    Tersentak Afrina dengan suara Altamis Awraq. Tegas bila panggilannya tidak berjawab sebentar tadi. Abangnya itu tersenyum. Ada sesuatu yang berlegar di kepala satu-satu adiknya itu. Pasti benar dengan telahannya. Suara yang rancak berbual sejak meninggalkan gerbang kolej matrikulasi itu tadi serta merta sirna selepas melalui stesen bas yang sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan yang berpusu-pusu. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kesibukan kecuali orang yang benar-benar dapat menguruskan masa dengan baik.

“Termenung kenapa?”

“Eh, tiada apa-apa bang.”

“Abang panggil pun tak sedar.”

“Khayal sikit kot.”

“Khayal, termenung, terlalai tu bukan sama ke? Jangan berkhayal dan termenung selalu dik. Itu tempat yang subur untuk iblis dan syaitan mengacau serta menanam fikiran yang tidak elok pada kita dik”

“Terima kasih mengingatkan bang. Cuma ternampak seseorang. Astaghfirullah ‘al azim”


    Afrina Afnan melafazkan istighfar beberapa kali. Sungguh, tadi dia terbuai dengan perasaan melihatkan perbuatan Hadif Hafuza yang sungguh tidak disangka. Lelaki itu begitu lembut padanya, malah telah menyiram benih cinta berbunga dalam hati yang selama ini dijaga dari dijajah oleh mana-mana teruna sebelum melangsungkan nikah, sesuatu yang disuruh agama. Impiannya untuk bercinta selepas berkahwin nampaknya tidak terlaksana, maka yang ada ini harus dijaga segala batasannya. Moga terpelihara dari nafsu dunia.

“Nampak siapa tadi dik?”

“Kawan”

“Istimewa?”

“Sekadar kawan di kolej. Istimewa itu kena tunggu kebenaran Bonda dan Ayah”

“Pasti lelaki yang hebat. Mampu menguasai pemikiran Afrina Afnan kesayangan kami semua”

“Hati dan pemikiran ini masih milik Yang Maha Kuasa bang. Dia itu manusia biasa, hadirnya memberikan sedikit cahaya dan suntikan kasih sayang buat hati yang keseorangan”

“Ah, adik abang sudah atur bicara. Harus abang mengalah. Apa pun, jika punya masalah, jangan pernah simpan fikiran negatif. Tanya terus tuan badan, agar segalanya dapat diselesaikan. Boleh?”

“InsyaALLAH bang”


    Telefon genggam berwarna merah jambu dicapai dari dalam beg. Ada benarnya nasihat abang sebentar tadi, harus segera ditanya dari membiarkan persoalan itu terus membelenggu diri. Bukankah punya kemudahan teknologi yang harus dimanfaatkan untuk menyenangkan diri. Jari pantas menekan butang, menaip aksara untuk Hadif Hafuza. Moga segala persoalan bakal terungkai hendaknya. Setelah membaca apa yang telah ditaip, pesanan ringkas segera dihantar. Menunggu balasan dari lelaki yang memakai baju hijau sebentar tadi. Bersandar dan terus merenung panorama gunung, menikmati kehijauan alam.

*******

“Tunjang, kenapa muka merah padam?”

“Panas kak. Eh, kenapa bukan pakcik yang datang ambil?”

“Kak cuti hari ini. Menjunjung titah Datin Hadirah Hafiy yang rindu teramat sangat pada anak teruna dia ni.”

“Mama memang macam tu. Selalu risaukan Hadif. Dah besar pun.”

“Dah besar tu yang Mama risau. Kak kata dengan Mama, kamu budak lagi, sebab tu Mama risau”

“Dah 18 tahun ya kak? Dah boleh kahwin. Jadi bukan budak lagi.”

“Ya lah tu Tunjang. Ada orang nak kahwin dengan awak ke?”


    Belum sempat kata-kata Hana Hayfa dibalas, nada pesanan diterima keluar dari poket seluar Hadif Hafuza. Hana Hayfa mengerling lembut dan meneruskan pemaduan. Telefon segera diambil dan dibaca. Dari Afrina Afnan. Ah, gadis itu ternampak perbuatannya pada si jalang Adriana rupanya.

Hatinya berdebar-debar, memikirkan apa yang patut diperkatakan. Hendak dibalas pesanan itu, bimbang tidak tercapai maksudnya. Hajat mahu menelefon gadis itu dipendam sebentar. Takut kalau diberitahu sebabnya, kisah silam penuh noda bakal terbongkar dihadapan kakak yang tidak tahu apa-apa. Afrina sendiri tahu serba sedikit dan gadis itu sudah menerima dia seadanya. Ah, persetankan kemungkinan, dia tidak mahu perasaan gadis itu terdera. Nombor gadis itu didail. Menunggu penuh debaran.

 “Assalamualaikum”

“Waalaikummussalam Hadif. Kenapa?”

“Saya malas nak taip SMS. Terus telefon. Tak menganggu ke?”

“Dalam kereta dengan abang Altamis. Boleh sahaja kalau mahu bicara.”

“Tentang yang awak tanya tadi tu, perempuan tu kenalan lama dari kisah silam saya. Jumpa pun hanya sekali di majlis kawan saya. Awak pun tahu, sekarang ni saya ada awak, maka saya tak perlukan orang lain”

“Faham, tapi kenapa awak tolak dia di khalayak ramai tadi?”

“Dia ajak saya melakukan zina. Perlukah saya bertindak dengan lembut lagi lepas saya sudah cakap dengan cara baik dan dia tak dengar malah terus memaksa?”

“Astagfirullah. Moga awak dan saya terpelihara dari keburukan seperti itu.”

“Moga-moga. Jadi, apa rancangan awak cuti ni?”

“Jumpa Zara Zuyyin. Ada hal pasal tugasan.”

“Zara Zuyyin?”


*******

“Damn! Something chill up my spine.”

“What happened babe? You probably just caught cold”


Zara Zuyyin merenung keluar tingkap. Ada sesiapa yang sedang berbicara tentang dia? Terganggu dengan emosi yang mendesak di dalam jiwa, sebuah novel yang tergeletak di lantai kereta dicapai. Kulitnya yang berwarna jingga menarik perhatian gadis yang tidak pernah kenal erti cinta. Khayalan semata dan omongan kosong, itu yang dirasakannya.

Swing!!!

(Bersambung...)

*******

Nota Kaki :
1. Afif Ahnaf - Punya harga diri dan yang berpegang teguh pada ajaran agama, lebih suci.
2. Keluarga Hadif Hafuza dan Afrina Afnan masing-masing hanya empat orang sahaja.
3. Keluarga Hadif Hafuza terdiri daripada pangkal nama HH, manakala keluarga Afrina Afnan adalah AA.
4. Kebanyakan watak mempunyai pangkal nama rangkaian dua. AA, HH, TT, ZZ, FF.

Zara : Diam bukan tanda aku terima segala yang kau lungsurkan pada jiwa seorang hamba.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. Terbuka hingga 31 Mei.

8 comments:

Hizami Li said...

ahha.
cambest pulak cerita ni.
;)

Adziim said...

Cambest2...suka cerita ada perempuan jalang ngan datuk gatal. haha~

P/s : Cm tak percaya...Cik Zara main game...main game apa?

tOm said...
This comment has been removed by the author.
tOm said...

wahh nama watak bukan main glamor lagi ye..

Flashmob Dan Pabila Jariku Menari Di Atas Keyboard....

aLya maNip said...

ske la mizz zara nye cte..syOk!!hehee
4 da 1st time alya addict ngan on9 mvie..
thanx!!!

Sharinginfoz said...

apa lagi bukukan le..

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

p i j a h said...

zara. masuk la js writer.

penulisan dia kebanyakan gaya sama saperti kamu.

best citer nih. do ur best! ;)

Kniedaz said...

teringin nak kenali "Zara Zuyyin" lebih lagi.. ^_^