[Prolog]
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.
“Biar betul”
“Kau boleh tanya dia sendiri. Aku cuma beritahu apa yang aku nampak”
Telefon genggam segera dicapai. Nombor yang didail tidak berjawab. Pantas menekan butang, mencari pilihan pesanan ringkas. Hati yang berdebar-debar sudah membuatkan peluh dingin menitis di dahi. Afrina Afnan gadis yang begitu luhur dan baik. Tidak mungkin gadis itu akan mengkhianati dirinya. Lagipun, baru sebentar tadi gadis itu membalas pesanan ringkasnya.
“Pergi mandilah Hadif”
“Aku tunggu Afrina balas mesej aku”
“Sekejap lagi dia balas lah kot? Mandi dulu. Kau mesti belum solat lagi ni.”
“Kau dah ke?”
“Jemaah di masjid tadi”
“Sebab itu kau nampak Afrina?”
“Habis tu kau ingat aku skodeng dia ke Hadif oi?”
Hadif Hafuza ketawa perlahan. Faiq Faisal adalah orang terakhir yang dia akan letak dalam senarai syak wasangka kalau ada apa-apa yang berlaku. Irama di telefon menandakan satu pesanan ringkas diterima. Segera diterjah ke katil sambil menahan tuala yang hampir terlerai. Faiq Faisal menggelengkan kepala.
“Teruk betul kau angau”
“Syhh, diam. Yeah! Afrina hantar mesej!”
“Apa dia kata?”
“Abang dia lah. Aku nak telefon dia. Sila keluar dari bilik”
“Eh, kau yang keluar. Aku pula yang kena. Tak nak.”
“Aku kalau keluar dengan tuala ni, mesti ramai budak-budak gatal mata nanti. Maklumlah, badan yang bersusun enam ketul roti ni”
“Ceh! Aku pergi mandi dulu”
Faiq Faisal mencapai tuala kuning di tempat penyidai. Mata dikerling ke arah Hadif Hafuza yang tersengih-sengih. Lelaki itu telah banyak berubah setelah mengenali Afrina Afnan. Sesuatu yang dia amat bersyukur dan sentiasa mendoakan agar hubungan itu dibawah rahmat Yang Maha Esa. Betapa dia enggan melihat Hadif kembali bergelumang dengan kisah silam yang memualkan. Sudah cukup. Baldi kecil diangkat dan Faiq keluar. Pintu dirapatkan perlahan.
Melihatkan teman sebiliknya sudah keluar, Hadif Hafuza dengan pantas menekan nama Afrina Afnan. Kepastian harus didapatkan agar jantung yang berdetak kencang ini mampu mengepam darah seperti biasa. Penat dia berpura-pura tenang di hadapan Faiq sebentar tadi. Menunggu hampir 30 saat, baru panggilannya berjawab. Suara halus di hujung talian membuatkan dia menarik nafas lega.
“Salam Hadif. Ada apa telefon saya?”
“Salam Afrina. Hadif nak tanya pasal tadi. Betul ke abang Afrina yang datang?”
“Betul Hadif. Kan Afrina pernah beritahu yang Afrina ada seorang abang. Abang belajar di Jepun. Ambil kejuruteraan.”
“Mungkin Hadif tak ingat. Maaf. Siapa nama dia?”
“Altamis Awraq”
“Namanya unik betul. Apa maksudnya tu? Hadif tak pernah dengar”
Ketawa lembut kedengaran di hujung talian. Kali pertama mendengarkan ketawa gadis itu di dalam talian. Ah, pasti mukanya sedang kemerah-merahan, penuh senyuman. Sesuai sekali dengan nama Afrina yang bermaksud putih kemerah-merahan. Bijak sekali ibu bapa gadis itu memberikan nama.
“Altamis beerti panglima, dan Awraq adalah yang memberi semangat. Kiranya, abang Altamis Awraq adalah panglima yang memberi semangat. Anak lelaki sulung dalam keluarga setelah lama Ayah dan Bonda menunggu cahayamata”
“Oh, macam tu. Maaflah, Hadif tak tahu. Tu yang Hadif tanya.”
“Nama Hafuza yang dibelakang nama Hadif itu sama makna dengan Awraq pada nama abang Altamis”
“Oh, kiranya Hadif ini pemberi semangat pada Afrina juga lah?”
“Bolehlah kot.”
Hadif ketawa riang. Pasti gadis itu sedang teragak-agak mahu menyusun kata. Kenal benar dia dengan Afrina. Tidak akan memberikan harapan kepadanya dengan ayat-ayat romantik selagi tidak diikat dengan ikatan yang suci menurut agama. Ah, kalaulah boleh menikah ketika di kolej, pasti Hadif sudah memaksa Mama menghantar rombongan meminang.
“Hadif dah solat?”
“Alamak! Belum lagi sayang.”
“Kenapa bertangguh?”
Nada suara lembut si gadis sudah bertukar tegas. Bab agama jangan dibuat main dengan gadis itu. Boleh mengundang tazkirah yang panjang berjela mengalahkan Ustaz Kamil. Lebih baik berterus terang daripada menipu.
“Tadi Hadif jatuh. Lutut lebam dan bengkak. Lepas tu Faiq balik, dia lupa bawa kunci. Maaf, bukan sengaja tangguh”
“Bukan dengan saya awak kena minta maaf. Jangan lupa tuam lutut itu ya? Jaga diri awak Hadif”
“Terima kasih Afrina. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam Hadif. Ukhuwah fillah abadan abada”
Usai talian diputuskan, Hadif tersenyum. Tenang sudah hatinya mendengar pengakuan Afrina sebentar tadi. Bagai dicurahkan timbunan salji yang ditempah khas dari Kutub Utara. Melonjak jiwa dan bersemangat kembali. Alatan mandi dicapai dan dia bergegas ke kamar mandi. Berselisih dengan Faiq Faisal yang bertuala, berlenggang keluar dari bilik air. Faiq mengangkat kening kanan dan Hadif menunjukkan jempol, tanda keadaan semuanya terkawal.
Melalui padang bola sepak yang terbentang di sebelah bangunan asrama kolej yang didiami, mata Hadif tertancap pada gadis yang sedang bermain bola keranjang bersama dengan sekumpulan pelajar lelaki. Dia merapatkan badan ke dinding dan menjenguk ke arah gelanggang hijau yang bersinar di bawah remang petang.
Hadif Hafuza menggosok mata tidak percaya. Gadis itu rakan sekuliah Afrina, yang selalu menghadiri majlis ceramah agama bersama. Biar benar apa yang dilihat, seakan tidak percaya apa yang terpampang dihadapannya. Lincah dan pantas gadis itu beraksi di gelanggang, menangkis serangan dari lelaki, tidak henti.
“Zara Zuyyin, menariknya perwatakan disebalik tudung yang melilit kepala”
(Bersambung...)
Nota Kaki :
1. Sedang menggarap Legasi Cinta Alisia Bab 22.
2. Selamat membaca.
Zara : Sedang menikmati hujan yang turun dengan lebat di luar rumah. Rindu mahu memeluk seseorang yang membuai jiwa hanya dengan suaranya. Eh,jangan kau tebak dengan soalan nakal ya? Senyum bersahaja bila ada orang yang mempertikaikan nama aku. Ketawa.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. Terbuka hingga 31 Mei.
13 comments:
wah.
nampak menarik.
;)
novel baru kah?
menarik
teruskan yea.:)
bila hujan jer mesti nak peluk seseorng. cuba kalau bila hujan jer semayang sunat ker. :P
Hizami :
Hehehe~ Kali ini namanya pelik2 sikit~
Amir :
cerpen bersiri~
=)
Wawan :
Thanks Wawan sayang~
=)
Aidi :
hahaha~
bukan betul2 pon~
=)
hem semakin menarik...huhu
best la sis.. bila nak keluar sambungannya?? :)
bagus berkarya ni...
Budak US Tak Tahu Maths??
Assalamualaikum
Cerpen bersiri yang menarik. Cepat-cepat sirinya yer.
Salam...
Asalnya hanya menjengah..
Sudahnya terjebak! J suka baca hasil kerja Zara. Semoga idea menarik sentiasa singgah di minda Zara...
Post a Comment