Salam semua.
Otak aku sedang tidak stabil untuk menggarap Legasi Cinta Alisia.
Berpinar-pinar kepala dan aku sedang bermain-main di Twitter.
Status aku di Mukabuku tentang keinginan aku mahu menjadi Ultraman hanya kerana 3 minit diperlukan menimbulkan banyak reaksi. Sejujurnya memang mebuatkan aku ketawa sendirian juga di atas ranjang biru ini.
Maka, disebabkan hanya boleh bertahan selama 3 minit, aku memberikan soalan baru di Twitter dan sedang ketawa juga dengan jawapan yang aku terima. Oh, disebabkan bila aku mengemaskini status di Twitter, dengan sendirinya Mukabuku aku akan dikemaskini statusnya, maka aku menikmati kegilaan malam ini dengan senyum sendirian juga. Ketawa.
Tak mahu jadi Ultraman sebab 3 minit sahaja. Kena fikir untuk jadi hero lain. Tak mahu jadi heroin sebab tak mahu kesan sampingan dadah.
Maka, agak-agaknya apa watak yang sesuai untuk aku?
Ya, aku memang suka menjadi diri sendiri, tetapi kadangkala suka juga melakonkan watak lain.
Ketawa.
“Alisia, eu te amo. Só você, minha querida. Me desculpe pelo que fiz para você. Isso é apenas direito nosso passado? Quer se casar comigo?
(Alisia, saya cintakan awak. Hanya awak. Maafkan saya atas apa yang saya lakukan pada awak. Itukan kisah silam kita? Sudikah awak mengahwini saya?)” Nota Kaki :
1. Malam ini penulisan agak ringan disebabkan otak aku sedang berat.
2. Oh, ini penulisan Zara yang ke-800.
3. Mentari yang hilang siang tadi sudah muncul kembali dan bertukar menjadi bulan walaupun sekali.
4. Tangan kiri masih lenguh.
5. Hari ini hari yang menggembirakan di Twitter - aku jumpa banyak kenalan baru.
Zara : Disebabkan aku menulis suara aku seperti jantan di bawah ini, ramai pula yang mahu meminta nombor telefon untuk menguji sama ada suara aku betul-betul kasar atau tidak. Sungguh lawak kamu semua ini. Aku tidak mahu menulis senarai penulis blog yang punya nombor telefon aku, nanti jadi skandal dan kontroversi. Ketawa.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)
16 comments:
Tak perasan pula status ultraman itu.
baru paham maksud takmo jadi heroin.....hahaha
tu melompat tu mcm nak jadi frogman je,menyelamatkan org sambil melompat.....hehehe
kenapa taknak jadi suria baja hitam...tu faveret saya tu..huhu
try sailormoon
wow.
suka pic tu cikgu zara.
macam sedang terbang.
boleh jadi STORM from X-Men.
;)
dah follow n letak blog zara dalam blog list! keep it up!
jd supercikgu je..haha
senarai yg ade no fon? mesti panjang senarai tu. =)
i read ur prev entry...well said grrlll...hehehehehehe...enjoy ur life kay...tak yah la amik port manusia2 cam tu...
xdpt baca status itu..
=)
Jadi Naruto la.. Baru best.. boleh buat teknik pembahagi bayang.. best woo
Zool
lompat jgn x lompat..lompat tinggi2..ngee~
terbang dengan baju MU tu..hahaha
dah 800? bila nk 1000 pulak.. =)
cntik gmbr lompat2..he2
aku tetap sarankan ko cuba jadi gaban. sekejap je..0.05s dah boleh bertukar..
tak percaya pergi search youtube..haha
eh, aku dah up itu megan fox..kekeke :P
sorry cikgu, tak tau kenapa tgk pic ni teringat kat Faizal Tahir..
Post a Comment