Salam semua.
Setiap pagi biasanya Bonda yang akan memandu dari rumah.
Aku duduk di sebelah sambil mengintai peluang untuk merampas kedudukan sebagai pemandu pertama.
Dan itu adalah mustahil untuk perjalanan pagi.
Muram.
Bonda akan memandu hingga ke sekolah dia sebelum aku mengambil alih.
Bonda memang akan berzikir dan membaca ayat-ayat suci ketika memandu.
Aku ada juga baca sedikit, dan tidak sebaik Bonda tentunya.
Malu.
Bonda memang akan berzikir dan membaca ayat-ayat suci ketika memandu.
Aku ada juga baca sedikit, dan tidak sebaik Bonda tentunya.
Malu.
Oh, ada sebab mengapa Bonda tidak membenarkan aku memandu di pagi hari.
Sebab aku kuat 'berzikir' di dalam kereta.
Ya, berzikir sambil mendengar Ikim.fm ada juga.
Tapi lebih banyak 'berzikir' bila pemandu lain melakukan kesalahan di jalan raya.
Senang kata, lebih banyak mengamuk dan mungkin menyumpah bila perlu.
Ketawa.
17 Mei 2010 - Perlawanan bola jaring yang berakhir dengan 9-2.
Kumpulan aku menang ya. Sila berikan tepukan.
C untuk Cikgu.
CC untuk Cikgu Comel. *sila muntah hijau*
Kelihatan muka tidak berapa ganas dan membahayakan. Betul kan? Ada sesiapa percaya gadis ini akan menurunkan tingkap di bahagian penumpang sebelah pemandu dan menjerit marah kepada penumpang luar? Tiada? Bagus, sebab anda silap. Ketawa.
Pemandu perlahan dengan kelajuan 20 km/j pada jam 6.30 pagi.
Biasanya aku dan Bonda akan keluar rumah awal. Jam 6.30 pagi antara waktu kami sudah berada di atas jalan raya. Masa lebih kurang satu jam aku perlukan untuk sampai ke sekolah (dengan kelajuan normal), tapi biasanya 45 minit sudah boleh tiba. Tapi disebabkan ada sesetengah kenderaan yang memandu dengan sangat 'laju' begini, memang membuatkan aku tidak sabar. Walaupun Bonda yang memandu tetapi aku yang disebelahnya yang sudah meracau keberangan.
Pemandu yang mengacah-acah untuk memotong.
Bila kenderaan sudah berderet-deret mengekori kereta yang lambat sedemikian rupa, kita memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berdoa agar kenderaan dihadapan akan memintas kereta tersebut. Ada kereta yang mengacah-acah mahu memotong, tetapi berundur semula kerana kurang yakin. Memang, kau boleh kata, gelap lagi. Tapi, kalau tak nak memotong, bolehkah anda izinkan saya memotong anda? Untuk merapatkan jurang dengan kenderaan depan.Kalau hanya ada satu atau dua kenderaan dihadapan, pasti boleh dipintas, tapi kalau sudah sembilan? Adakah mulut aku akan senyap sunyi sambil menekan telefon bimbit sahaja di tepi? Kelihatan agak mustahil di situ.
Lori tanah, lori pasir, lori simen, lori balak, segala jenis lori.
Bas sekolah, bas pekerja, bas ekspres, bas awam, segala jenis bas.
Kalaulah aku dan Bonda terlambat walaupun seminit untuk berada di atas jalan raya dalam waktu yang sudah kami tetapkan, kami harus tabah mengekori segala jenis lori yang bersaiz memenuhi jalan raya serta mempunyai muatan yang berlebihan. Hobi aku adalah mencatat nombor plat kenderaan tersebut, tidak mengira apa jenis lori dengan harapan aku akan menyerahkan kepada pihak berkuasa. Oh, ketika Bonda benar-benar berzikir menyebut kalam Allah, aku sudah terperuk menekan telefon genggam sambil menjeling geram ke arah kenderaan berat di hadapan. Sakit jiwa.
Bas sekolah lebih hebat. Berhenti tanpa isyarat. Brek mengejut. Lebihan penumpang sehingga terjuntai-juntai kaki pelajar di anak tangga. Padat, sarat dengan penumpang. Gila.
Motosikal yang terlupa mereka sepatutnya di barisan tepi.
Biasanya yang ini berlaku selepas kereta bertukar pemandu. Bonda sudah selamat tiba di sekolahnya, dan aku sudah mengambil alih pemanduan. Kadangkala, dari jauh aku fikir adalah kereta disebabkan cahaya yang terpancar adalah dua, tetapi rupa-rupanya motosikal yang dipandu beriringan dengan laju. Kebanyakan adalah pelajar sekolah. Walaupun banyak kenderaan di tepi, mereka langsung tidak berganjak dan setakat ini aku sudah merekodkan, empat buah motorsikal dibawa secara berangkai di atas jalan raya. Hajat hati memang mahu memaki, tetapi apakan daya, mereka pasti akan dapat mengenal pasti aku adalah anak Bonda. Maka aku hanya boleh marah seorang diri.
Perokok yang menambahkan kabus serta menyangka pagi adalah waktu bersiar-siar.
Ini memang membuatkan aku cukup sakit hati. Dan ya, aku pernah menurunkan tingkap dan menjerit ke arah pemandu sebegitu. Panggilah aku keji sekalipun, ini antara sebab aku marah pada orang yang tidak memikirkan orang lain juga punya urusan di pagi hari. Bawa kenderaan dengan sangat perlahan sambil menghisap rokok dan menghembuskan asap kepul tidak membantu manusia lain yang berkejar ke tempat kerja untuk mencari rezeki. Eh, kenapa nak merokok tak boleh tutup tingkap? Takut mati lemas dengan asap ke? Geram.
Kereta mahal tetapi memandu uji di waktu pagi.
Oh, ini memang buat aku membebel kuat. Kereta mahal, baru tetapi dibawa dengan sangat perlahan. Menikmati pagi yang indah memang mengasyikkan, tetapi akal pasti boleh diguna bila melihat pemandu lain sedang berkejar dengan masa. Adakah manusia begini tiada otak atau otak diletakkan di punggung? Maksud aku memandu uji di sini adalah bawa dengan perlahan, berbual-bual mesra sedangkan hon sudah bertali-tali dibunyikan oleh pemandu kenderaan lain.
Bonda : Ada orang beritahu yang Along bawa kereta laju.
Aku : Eh, mana ada Mak.
Bonda : Orang semua kenal kereta kita.
Aku : Tak laju mana pun.
Bonda : Berapa kelajuan kereta?
Aku : ........
Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku coretkan, tetapi biarlah sampai di sini sahaja buat kali ini. Oh, ini baru kenderaan pagi. Akan ada edisi kenderaan tengah hari pula selepas ini, rasanya. Ketawa.
Nota Kaki :
1. Menunggu wajah kesayangan muncul.
2. Kertas peperiksaan sudah siap semuanya.
3. Mendambakan hujan lebat untuk menyirami tanah yang kering kontang.
Zara : Usai tiba di rumah. Langit mendung umpama lukisan jiwa yang tiada warna. Mencari Sang Matahari penyinar hati, kemana geranganmu wahai Empunya Marga? Aku sedang menanti. Pasti.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. Terbuka hingga 31 Mei.
12 comments:
bonda zara. 140km/j
haha.
macam hampir sama dengan zami la.
ahha.
;)
zami bawa laju sampai kawan2 mengucap dalam kereta wakakaka~
c for cantik...=)
Cik Zara "Berzikir" seperti ayah dan abangku.
Mak pula sabar dan syukur aku lebih mengikut mak.
hahahaha
pemandu 20km
itu suruh dia naik basikal
lagi pantas
hahahaha
samelah~ asal naek kete "berzikir". huhuhu
C utk Coli. kekekeke~
fuyoo laju tue hehehee
sangat alergi bila nampak sejenis kereta yang bernama teksi. menatang teksi ni suka memandu macamlah mereka sahaja di atas jalan raya..
kmph~
hahahaha...
sy sangat setuju apa yang cik zara bagitahu tentang pemandu tuh. tambah-tambah part lori dan yang besar segala. memang sangat annoying bila kita nak cepat dan mereka di depan.. boleh dapat darah tinggi jika ia kerap terjadi. huh!!!!
lagi satu,cukup geram kereta yang lebih besar dari kereta sy, tapi bawak macam siput.. ape guna kereta besar jika hanya mampu bawak 60km/jam argh!!
tetiba emo..done..
Bab berzikir dalam kereta tu dah macam perkara wajib buat pemandu di Malaysia :P
Post a Comment