Saturday, May 22, 2010

Kalau Dia Datang Semula Dalam Hidup Kau, Kau Akan Patah Balik Dan Nikmati Kenangan Lama?

 
Diam.
Malam tadi didatangi oleh seorang teman.
Wanita.

Berbual dan saling tingkah bicara. Aku biarkan dia bercerita tentang hidupnya. Lebih menarik disebabkan dia sudah menempuh pelbagai ranjau dunia. Seronok mendengar walaupun hakikatnya mata aku sudah bagai terlekat kuat. Demi seorang teman, aku gagahkan juga. Siapa yang tidak mahu ukir wajah bahagia bukan? Dan, bila topik yang aku takut muncul tiba-tiba terselit juga, memang pasti tidak akan dapat lari daripadanya.

Dia : Kau masih dengan dia?
Aku : Siapa?
Dia : Kau jenis manusia setia, apa sudah berubah hati?
Aku : Aku kurang mengerti.
Dia : Mahu aku sebut nama dia?
Aku : Kalau kau ingat.
Dia : .......



Aku : Oh, itu.
Dia : Masih?
Aku : Tidak.
Dia : Kenapa?
Aku : Terlampau panjang kisahnya. Lagipun, aku sudah belajar untuk melupakan. Kisah silam bukan untuk aku kenang lagi.
Dia : Terpulang. Kau sungguh perahsia.
Aku : Mungkin.
Dia : Jadi, sekarang ini dengan siapa?
Aku : Penting ke mahu tahu?
Dia : Bukankah sepatutnya di antara kita tiada rahsia? Telus segalanya.
Aku : Penjaga amanah, itu aku. Dia amanahkan aku jangan umum siapa dia.
Dia : Tiada petunjuk bagi itu?
Aku : Oh, ada.
Dia : Cepat, beritahu.



Aku : Dia manusia yang aku ukirkan nama di pasiran pantai.
Dia : Tapi hanya punya nama kau.
Aku : Yang ada nama dia bukan untuk tatapan semua. *ketawa*
Dia : Ah, kau memang.
Aku : Ya, aku memang.
Dia : Bayi menangis, mahu susu. Aku pamit dulu.
Aku : Aku fikir bapanya yang mahu susu. *ketawa*
Dia : Keji. *ketawa*

...dan itu yang menjadikan kami lebih manusia dari selalunya. Sakit, pening dan pelbagai lagi pernah diharungi bersama. Walaupun hanya beberapa kali bersua muka, tetapi hakikatnya wanita yang bekerjaya itu mampu memikat hati seorang yang kerdil seperti aku ini. Aku dijaga dengan baik walaupun dia hanya muncul sekali sekala. Dari zaman dia bujang, hingga dia sudah mengendong anak pertama.

Dan kami, masih bersama.

Nota Kaki :
1. Seksanya tidak boleh tidur berguling ke kiri malam tadi.
2. Mentari aku belum muncul lagi.
3. Seseorang mengucapkan selamat tinggal dan aku cuma harap kau selamat teman.
4. Senyum sendirian menanggung kesakitan, ah, itukan ujian?

Zara : Otak simpan dalam peti. Gunakan akal, bukan sekadar ikut kata hati. Siapa akan sakit, siapa akan rasa dikhianati? Kau jawab sendiri.


[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)

10 comments:

azieazah said...

Yang best, dia masih ada sedikit waktu untuk kamu, walaupun kamu tidak begitu bersedia...

Ummi Aini said...

nikmati kenangan agar kamu tidak mneyesali

NAZ said...

zara wanita cair atau akan beku semula? haha entah

Anonymous said...

aku bebesar hati mahu patah balik dan mengimbau kenangan lama.
tak kisah betapa loser aku rasa.
:)

Mrs Nurul said...

URM...CINTA YANG MERUMITKAN ;( ko cite sal kasut ke?

Sharinginfoz said...

memang tension kalau tak boleh tidur kan

Jom Pizza Tesco

eNaSaN said...

cinta iTu dtG & pergi...

fasham said...

hai marilah join giveaway ni:

http://fasham87.blogspot.com/2010/05/1st-giveaway-of-fasham87-blog.html

Nurul said...

wah suka lah ngan tajuk sis ni.. nanti nak pinjam tajuk ye :)

dah macam baca novel pulak perbualan tu.. oh ye.. gambar tu kat kolej kan??

rizputra7 said...

aloh...kesian kat dia sebab tak leh tidur...