Malam.
Emosi aku sudah rosak teruk.
Tubuh badan longlai dan aku sudah tidak punya daya untuk bangun.
Hatta untuk mengukir senyuman.
Pertengahan malam.
Terjaga dan merenung diri sendiri.
Refleksi pada cermin panjang tidak memuaskan nafsu, tidak puas hati.
Sepi.
Awal pagi.
Bangkit dengan semangat yang langsung hilang entah ke mana.
Senyuman tampal sudah jatuh tercicir.
Mencari kartu baru untuk dilukis.
Manusia baru.
Yang tiada rasa.
Itu aku.
Ada yang melayah jatuh dari ranjang malam tadi.
Aku langsung tidak mencapainya naik kembali.
Biar ia jatuh kerana aku tidak mahu menikmatinya buat masa ini.
Biarlah ia merajai hati.
Seorang manusia beku yang sepi.
Kicauan mergastua.
Aku sudah kehilangan separuh dari nyawa.
Tinggal semua.
Nota Kaki :
Terima kasih atas segalanya.
Zara : Terbaring di sebuah lembah sepi sambil menmbiarkan rakaman suara bergema di dalam kamar dan membaca semua pesanan yang dititipkan sebelum ini. Aku ranap sekali lagi.
8 comments:
baca entry ni teringat kat m nasir
die suke buat ayat pelik2 dalam lagu
hajime eta... bla bla
;)
lagu best lagi
jeles!!!
i knw it's hard.bt be strong ya...
kak..... you're always unhappy. CHANGE IT! where's the happy old you.....? dah hilang ke mana... i dont likeeeee. =(
cheer up...love you.
bab2 puisi ni sy kalah skit..hehehe
bila separuh nyawa sudah hilang, masih ada separuh lagi yang harus kamu pertahankan..shafaza zara bukan seorang pengalah, be strong ok :)
napa nie zara..sedih je..
Post a Comment