Thursday, September 06, 2012

Beza #02.


Bukankah dia pernah kata bahawa perbezaan yang menyatukan manusia? Perbezaan yang mendekatkan dua manusia yang langsung tidak pernah kenal diri ataupun rupa? Ya, perbezaan yang mengikat dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak pernah memerhati. Dalam diam, bertahun tapi rupanya hati mereka sedang berkongsi tanpa mereka sedari.

Mereka saling tidak sama.
Baik dari fizikal yang bagai bumi dengan angkasa.
Ataupun dari segi limpahan jiwa.

Dia pernah tumpah air mata.
Kerana takut kehilangan rasa.
Hilang pergi tanpa dia sempat jamah bayangnya.
Entah apa lagi yang dia risau dan berjaga-jaga.

Awak.
Kalau dia kata suka, apa yang bermain dalam otak?
Bukan dia mahu berlagak.
Tetapi manusia macam dia kadangkala tidak tahu berlawak.
Yang ada hanya jadi manusia patuh tidak bergerak.

[Sumber gambar]

Kadangkala benda yang nampak lama lebih bermakna.
Daripada benda baru tetapi tidak diguna.

2 comments:

Mohamad Fathi said...

Huhuhu... jiwang2... Wooott2

reenapple said...

Perbezaan itu kadang-kadang tidak semestinya menyatukan dua insan. Aku sedar itu satu ketika dulu. Dan mungkin sedang kembali percaya perbezaan itu menyatukan manusia. Entah.. =.=