Tuesday, April 10, 2012

#09 : Ini Cerita Seorang Perempuan


Kau, kau dan kau.
Aku lakarkan ini bukan untuk buat kau terpukau.

Kau tahu dulu kenapa aku belajar bersungguh gila?
Sebab aku nak duduk sama tinggi, sama paras dengan kau semua.

Kau tahu dulu kenapa aku senyum sentiasa?
Sebab hinaan kau semua buat aku kuat dalam derita.

Kau tahu dulu kenapa aku bercampur dengan semua manusia?
Sebab aku tidak tahu aku kepunyaan siapa.

Kau tahu dulu kenapa aku budak yang tidak kenal erti bahagia?
Sebab aku tinggal bawah bayangan kau semua yang mendabik dada.

Kau tahu dulu kenapa aku budak gemuk yang kau hina?
Sebab aku akur, aku tidak menonjol cantik jelita.

Kau tahu dulu kenapa aku tenggelam dalam membaca?
Sebab buku tidak pernah mengecewakan aku macam kau semua.

Kau tahu dulu aku membesar bagaimana?
Aku membesar dengan meyakinkan diri aku depan cermin dan ketawa.

Kau tahu apa perasaan aku bila dapat keputusan peperiksaan?
Aku senyum dalam hati sebab sekurangnya kehodohan aku hilang tanpa kesan.

Kau tahu kenapa aku ikutkan sahaja gerak tarian kalian?
Sebab aku rasakan itu yang dipanggil persahabatan.

Kau tahu kenapa aku hormatkan kau semua walaupun dilayan sedemikian rupa?
Sebab pada aku, kau semua adalah manusia.

Kau tahu kenapa aku menangis sendiri bila aku jadi siapa aku kini?
Sebab aku tahu kau mengejek hidup aku yang kononnya sepi.

Kau tahu kenapa aku senyum sahaja bila kau hina kerjaya yang aku suka?
Sebab aku tahu, kalian kata si bodoh dan hodoh berdiri atas dunia.

Kau tahu kenapa aku boleh ketap bibir dan ketawa?
Sebab aku jumpa alasan untuk berdiri dan berbangga.

Sekurang-kurangnya aku sudah ada jalan cerita.
Yang aku bina sendiri walaupun berduka.

Kau semua memang layak dapat tempat atas dunia.
Sebab kau semua malaikat dalam dunia yang kau sendiri cipta.
Dan aku mungkin cebisan yang kau tidak pandang walau sebelah mata.

Tetapi aku harus akui yang aku tidak kecewa.
Bahkan terima kasih atas sebuah cerita.
Yang panjang tetapi sudah temui jalan penamatnya.

Persetankan cerita yang membawa celaka.
Aku manusia yang akan terus kekalkan watak yang kau cipta.
Penurut dalam semua aturan tanpa bicara.


http://farm4.staticflickr.com/3356/3275704573_420b4bf8d2.jpg
[Sumber gambar]

Bila cikgu bertanya kenapa aku tidak menghadiri majlis perkahwinan seorang teman, aku hanya termangu dan tutup perasaan dengan ketawa. Itu kawan sejak sekian lama dan cikgu bukan baru kenal kami setahun dua. Pertanyaan dia aku jawab dengan gelengan dan senyuman sambil mulut menyatakan aku tidak dijemput untuk meraikan hari bahagia dan gembira.

Kalaupun pengantin tidak mengundang, rakan lain yang hadir juga langsung tiada menitipkan pesanan mahu ke sana. Ah, mereka akan lagi gembira tanpa manusia hodoh yang kekal dalam sarungnya.

Maaf cikgu. 
Aku bukan bukan pelakon hebat depan kamu.
Tiada niat buat kamu tertipu.
Tapi pastinya, cikgu tidak mahu lihat anak kuat ini menangis sendu.
Sekurangnya, aku rasa begitu.

Buat persahabatan yang sejak tukar kain seragam sekolah, itu adalah 'hadiah' tidak ternilai.
'Manisnya' pasti mekar bagaikan teratai.
Kalaupun tidak layu di tengah tasik, pastinya akan teruk dikitai.

Jujur aku kata pada Puan Mulia.
Aku tidak akan datang bila tidak dijemput.
Tidak mengapa, anggap sahaja mereka terlupa kali ini.
Mana tahu mereka akan jemput kalau mereka berkahwin lagi.
Ha ha ha.

Zara : Berbuat baik dengan mereka yang tidak menyukai kita bukanlah sesuatu yang palsu atau berpura-pura. Itu mungkin bermakna kita sudah jadi semakin matang untuk bertolak ansur dan toleransi dengan sikap mereka yang tidak pernah menganggap kita manusia. (Shafaza Zara, 10 April 2012)

7 comments:

Alya Sumayyah said...

kisah hidup seakan serupa,
menitis airmata membaca setiap tinta,
kadang hati bertanya,
kenapa begini takdirnya..
tidak layakkah kita duduk bersama mereka hanya kerana tidak punya rupa..?

Bersabarlah, Allah pasti ada hikmahnya.. :(

DYatie ABakar said...

persahabatan yang terindah adalah denganNya. :)

kEy said...

kecantikan itu subjektif dan tidak kekal selamanya.

hiduplah mereka yang masih percaya dalam dunia itu dan semoga mereka bahagia dengan dunia rupa itu.

sahabat sebenar adalah mereka yang tidak kenal erti rupa, warna, bentuk atau apa pun. mereka hanya mengenal kamu, kamu dan kamu sahaja.

siapa sahaja kamu seadanya.

reenapple said...

Ah.. aku faham ini. Aku selalu alami ini. Mungkin sedang alami ini.. kadang3 keyakinan aku down sebab mereka.. mereka yang mempersendakan apa yang mampu buat aku puas. Dan sudah tentu bukan mereka.. namun aku telan sahaja kata-kata pahit. Netullah berbuat baik pada orang yg tidakmenyukai kita bukannya menjadi hipokrit.

ghost said...

cukuplah kau sudah berdiri lebih teguh di tempat kau.

cloud said...

Kalau tidak dijemput. Tak perlu pergi...

Jgn la marah rakan tu kalau dia tak jemput...mungkin dia ada alasan lain yg lebih baik:
1. Dia terlupa
2. Bajet tak cukup
3. Kawin kat hotel..space limited
4. Very close frenz and family only untuk privasi..

Jgn le cakap kawan2 tu mcm2..
Kawan yg baik, will never ask anything back in return :)

cloud said...

Kalau tidak dijemput. Tak perlu pergi...

Jgn la marah rakan tu kalau dia tak jemput...mungkin dia ada alasan lain yg lebih baik:
1. Dia terlupa
2. Bajet tak cukup
3. Kawin kat hotel..space limited
4. Very close frenz and family only untuk privasi..

Jgn le cakap kawan2 tu mcm2..
Kawan yg baik, will never ask anything back in return :)