Saturday, April 07, 2012

#08 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Macam perempuan lain, dia juga kadangkala mahu dimanjakan. Dimanjakan dalam erti kata diberi perhatian bila dia sakit, dia jatuh dan dia senyap sunyi dalam dunia dia sendiri. Bukan dia mengharapkan ada orang sentiasa di sisi, tapi cukuplah kalau sekadar bertanya khabar dan luangkan sedikit masa, dalam sepuluh minit atau yang setara ikut selesa - asalkan dia tidak mula membuat andaian gila dan tenggelam dalam kesakitan yang sekejap nyata, sekejap khayalan semata.

Macam perempuan lain, tatkala dia diam - dia mahukan ada manusia yang mendekati dia dengan perasaan mengambil berat yang bukan pura-pura. Mengambil berat kerana dia seorang manusia. Manusia yang nampak kuat, tapi mungkin sedikit rapuh ruang jiwa. Kental bagaimanapun dia, dia kalah bila manusia yang dia sayang, dia hormati mula mengkhianati kepercayaan yang dia beri. Tapi mungkin disebabkan sudah terlampau biasa dengan situasi, dia memilih untuk berdiam diri. Menyeksa batin dan menenggelamkan diri dalam mimpi suapaya saat dia bangun, kesakitan itu akan berlalu pergi.

Macam perempuan lain, dia juga mahu saat diluahkan rasa sayang. Rasa cinta dari manusia yang dia suka. Bukan dia sahaja yang mencari - bukan dia sahaja yang terpaksa lupakan kepedihan hati sendiri dan memulakan langkah menegur manusia yang dia cintai. Diluahkan rasa sayang, rasa cinta bukanlah satu keperluan setiap hari - tapi sesekali, dia juga mahu tahu apakah dia akn dirindui. Apakah dia akan dicari apabila malam berlabuh ataupun tirai hari yang ceria disingkap melimpahkan sinaran matahari? Dia cuma mahu tahu benda begitu, sebab dia ingin perasaan seperti perempuan lain.

Macam perempuan lain, dia mahu juga rasa dipuji seikhlas hati. Walaupun dia sendiri jauh dari penegrtian cantik manusia berjantina lelaki, dia teringin juga mahu kelihatan menarik di mata mereka - sekurang-kurangnya dia tahu ada yang memerhatikan segala pergerakannya. Sekadar mengintai sudah cukup sebab dia bukan haiwan betina yang perlu diburu untuk bersama. Dia tahu tidak perlu ada mata nakal yang memandang - tapi dia terfikir, mungkin dia akan gembira bila manusia memuji. Ah, persetankan kejian sebab dia sudah lama menghadam caci maki dan keji. Sudah terlampau lama dan dia harap sebaris pujian - dari manusia istimewa mampu membasuh semua kata nista dan maki.

[Sumber gambar]

Tapi itu perempuan lain.
Itu perempuan lain yang dia tidak mampu untuk jadi.
Itu perempuan lain yang kebanyakannya serupa dan dia tidak mampu menipu diri.
Dia tidak boleh jadi macam mereka, lagi.
Sebab dia istimewa dan tersendiri.
Itu sekurangnya dapat mengubat hati.
Dia yang senyap dan sepi.

Dia sayang diri sendiri.
Dia mahu berhenti.
Dari terus dihimpit rasa mati.
Sebab dia sedar diri.

Zara : Jangan terlampau memilih sesuatu yang cantik di dalam dunia kita. Bahkan kita patut mencari sesuatu yang mencantikkan dunia kita. Itu lebih bermakna. (Shafaza Zara, 7 April 2012)

4 comments:

Gieyana said...

Lama ✗ dtg + singgah sini..hope zara sihat...

Mencari sesuatu yg cantik tue ✗ akan kekal lama. Perempuan cantik psti akan kedut bila tua. Bj cantik pasti akan lusuh bila lama. Namun yg plg penting..hati kita. Biarlah ia senantiasa cantik dijiwa..:)

Jai Montana said...

cantik gambaq ni...cun

takky said...

u r to strong kak z...
im envy with u....

mas saari said...

setiap perempuan memang impikan nak cantik, menarik dan menjadi perhatian orang lain... tapi kecantikan luaran saja tak menjamin jika kecantikan dalaman tu tiada!