Saturday, April 28, 2012

Sendiri #05.


Kewujudan kau suatu pembohongan.
Kata-kata yang kau nyatakan suatu penipuan.
Janji yang yang kau taburkan hanya kecurangan.
Gerakan, bahasa tubuh kau hanya lakonan.

Betapa celakanya bila tahu kau ukir senyuman.
Senyuman tanda kemenangan.
Bahawa setiap yang kau mahukan dalam genggaman.
Tangisan kecewa sebagai satu alunan kegemaran.

Kau datang dan pergi ikut kesukaan.
Bila kau perlu kau layangkan pesanan.
Bila kau rindu kau buat panggilan.
Bila kau rasa tidak perlu, kau tinggalan.

Celakanya jiwa.
Celakanya rasa.

[Sumber gambar]

Bila kau datang, kau cuma bawa kesengsaraan.
Bila kau datang, kau hanya bawa kemurungan.
Sama seperti kau tidak dapat dipastikan kewujudan.
Sialan.

Dan dia sudah hampir mati kerana kau bajingan.

Zara : Sangat menakutkan apabila orang yang menyatakan dia mencintai kita tetapi boleh meninggalkan kita bwgitu sahaja tanpa kesal, tanpa alasan walaupun kita menahan tangisan rapuh di hadapannya. (Shafaza Zara, 28 April 2012)

10 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

erk... tema syair ni ape ek.. ;p

nina said...

Dia tak pernah hargai kita jadi cuba belajar untuk tidak minta dihargai dengan insan yang sebegitu rupa.

nina said...

@NinaaHi

Baru perasan suruh tinggalkan tweethandle sekali, hee

ayoys said...

klu betul benda ni berlaku,cara utk mngelaknya ?

iLitralala said...

People are people and sometime they change their mind.

reenapple said...

aaaa... celaka, sial dan bangang... hahah. Akku pernah alami situasi seperti ini, diucapkan kata2 cinta, kemudian tinggalkan aku tanpa sebab, membiarkan aku yang mengetahui sebabnya. Aku yang mencari puncanya.. .

Damn.. ini buatkan aku teringatkan pada ex aku yang celaka itu.. =D

NAA said...

terasa menusuk dalam hati.

DS said...
This comment has been removed by the author.
DS said...

memang terasa apabila membaca nukilan ini...baru sahaja ditinggalkan dengan keadaan sebegini...sakit untuk ditelan tetapi perlu dihadapi

@deenshamshuri

Nurul Nadia said...

saya nak pinjam sajak yang zara buat..sangat berkenan..nanti saya nak tambah lagi sikit..

sakit hati sangat.
allah akan balas perbuatan jahat manusia kejam!!

tq dear