Aku percaya yang kebanyakan perempuan ataupun wanita di luar sana yang sukakan kecantikan. Tipulah kalau perempuan tak suka benda yang cantik dan menarik kan? Kita tengok sahaja lambakan benda-benda comel yang jadi kegilaan gadis-gadis dan wanita. Bersepah dan uniknya tentang perempuan (yang menjadi sasaran nafsu tidak menahan benda cantik) adalah mereka kalau boleh tidak mahukan barang milik mereka sama dengan kaum perempuan yang lain.
Siapa setuju sila angkat tangan.
Dan perempuan (kebanyakan) tidak boleh dipisahkan dnegan kehadiran beg tangan yang cantik dan bergaya. Kalaupun bukan beg tangan, beg galas, beg yang kecil, dompet atau sekadar beg yang dibuat untuk mengisi buku dan telekung pun mahukan yang cantik dan comel. Harga bukan ukuran, kadangkala dengan harga yang murah, kita boleh dapatkan barang yang berkualiti dan tahan lama. Yang mahal, selain jenama, ada juga yang memburu kuantiti juga. Dan tidak lupa, haruslah pelbagai mengikut acara dan keperluan. Takkan mahu ke majlis makan malam, bawa beg galas yang diisi botol susu dan lampin anak bukan?
Perempuan, wanita memang gilakan beg tangan, kasut dan alat solek. Kebanyakan perempuan selalunya begitu. Kalaupun mereka tidak gilakan ketiga-tiganya, salah satu pasti terselit. Tidak perlu dinafikan. Tengok sahaja deretan kasut di dalam kereta, di tempat duduk belakang, di tempat simpanan barang - beratur kasut mengikut keperluan. Warna, gayanya pasti sahaja berbeza dan menarik mata. Macam almari bergerak katanya. Dan tidak dinafikan, perempuan yang banyak menonton rancangan tivi sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan bintang drama atau filem yang mereka tonton.
Sebut sahaja deretan jenama - Coach, Gucci, Chanel, LV dan sebagainya - pastinya menarik perhatian wanita. Kadangkala disebabkan tidak tahan mahu mendapatkan barangan tersebut dan tidak mampu dengan harga, sanggup mendapatkan yang palsu semata-mata mahu dilihat mengenakan atau membawa barangan berjenama.
Tetapi, kini tidak lagi dengan wujudnya "ILuvBag Incorporation" - semuanya boleh didapati dengan harga yang mampu dibeli. Dan kalaupun ada yang kalian mahu dan minati, boleh tempah terlebih dahulu dengan mereka. Pastinya layanan yang diberikan bakal memuaskan hati. Apa kata jemput ke laman sesawang mereka - "ILuvBag Incorporation" dan lihat sendiri (menjamu mata) melihat deretan tas tangan, kasut, dan juga alat solek yang memukau mata.
[Dari laman sesawang mereka] |
Dan sebagai syarat penyertaan :
Itu sahaja.
Boleh hubungi mereka kalau mahu dapatkan barangan terbaik dalam nilai yang rendah serta asli.
Ini amat mengiurkan jujurnya.
No comments:
Post a Comment