Awak.
Itu yang mahukan?
Yang awak harapkan?
Awak pasti itu yang awak gelar impian?
[Sumber gambar] |
Awak buatkan dia beranikan diri dan meluahkan rasa hati.
Awak buatkan dia beranikan diri dan telan malu demi memuaskan hati.
Awak buatkan dia menginjak kemahuan diri sendiri.
Awak buatkan dia terpempan dengan jawapan yang menikam diri.
Awak buatkan dia diam dan berlalu pergi.
Tahniah awak.
Adakah awak tahu betapa dia mengumpul kekuatan hanya untuk beritahu awak yang dia suka? Berapa waktu yang dia gunakan berlatih hanya untuk sedar bahawa dia akan kecewa? Hanya untuk diberitakan sebaris ayat, "kita kan kawan sahaja".
Tahniah awak.
Melukakan hati orang lain memang mudah.
Membuatkan kembali ia seperti sediakala tanpa rasa adalah susah.
Ya, susah awak - kalah pakar bedah.
Betapa hati itu sudah bengkak dan bernanah.
Cara merawatnya penuh dengan payah.
Tahniah awak.
Walaupun dia ketawa berdekah.
Walaupun air mata jatuh bersepah.
Walaupun dia ukir senyum payah.
Walaupun hati dia sedang patah.
Dia tetap sandarkan kepala dan enggan goyah.
Dia kata sakitnya dia sebab dia pilih untuk bersuara.
Dia kata sakitnya dia sebab dia enggan simpan perasaan buta.
Dia kata sakitnya dia sebab dia mahu teruskan hidup lebih ceria.
Dia kata sakitnya dia sebab dia hanya mahu mencuba.
Dia kata sakitnya dia.
Dan awak.
Awak rasa ini bahan lawak?
Awak rasa hidup ini satu bahan untuk diinjak?
Ia satu hak.
Dan walaupun awak tolak dia, saya rasa itu sudah cukup buat dia gembira.
Gembira kerana dia berjaya.
Meluahkan walaupun dia kecewa.
Sebab itu lebih baik dari terus simpan angan berbunga.
Nota Kaki :
Saya sudah penat menyeka air mata orang lain. Air mata saya sendiri pun tiada siapa seka suatu ketika dahulu. Deraian air mata pelbagai jantina ada perlbagai warna dan cerita, tetapi mereka tidak semestinya derita.
Zara : Belajar untuk duduk diam dan terima sesuatu dengan lebih mendalam. Buat yang mengerti, ini jalan hidup yang saya pilih demi kelangsungan diri. Oh, selamat sejahtera wahai pemilik rusuk kiri. Bagaimana hidup kini? :)
33 comments:
zara, pada saya. adalah lebih baik dia tahu awal jawapan "kita hanya kawan" daripada dia tahu selepas hatinya berbunga-bunga dengan langit cinta. tak mengapa untuk kecewa diawal-awalnya daripada terluka tatkala hatinya dipenuhi cinta disebelah pihak, kan..?
terdiam dan menghayati.indahnya nukilan hati akak..
suka.
Cinta itu bukan ketika kita meminta orang lain untuk menerima kita dalam hidup mereka, tetapi cukup dengan menerima dia seadanya dalam hidup kita. Mesti sakit yang akan kita rasa, namun cuba jadikan cinta itu masih tetap sesuatu yang bahagia. Million like for this entry.
kadang2 b'cakap jujur pun udah d'kira salag
perasaan hati yg diluka mahupun terluka menjadi lumrah..sujud bertahajjud pada Ilahi ubat luka dikala resah gelisah.
relaks...bukan salah dia. Dah dia xde perasaan kat kita. memang if it's not meant to be him, it'll never be him. find another.
-the person who mustered up her courage to say "I like you", only to be made fun of, too.
aku terasa gile dgn entry ni. HAHA.
sebulan yg lepas, aku pernah ada dlm situasi ni. sumpah aku rase sakit hati yg teramat. kecewa jgn dikata lah.. tp alhamdulillah harini aku da jumpa seseorang yang buat aku rasa dihargai .
Mungkin ini bakal jadi kesudahan cerita hati aku skrg, damn
@cik katak myra
Er, nukilan hati saya?
Ini saya tulis berdasarkan teman saya. Bukannya saya yang kecewa.
@NaniE
Mungkin.
:)
@Naurah Iman
Thanks.
:)
@farra-eng
bahaya. XD
@NeoBalanoCarpus
Ya.
Saya anjurkan pada teman saya begitu juga
@Anonymous :
do I mentioned any gender here?
Nope.
:)
@Eqa Yazid
Good for u dear :)
@NinaIshak.DO
silakan mencuba. kisah setiap orang tak sama.
ya. pernah terjadi. sakit.
tapi benar. biar sakit dulu. sakit kemudian lagi derita.
lebih baik duka sekarang dari kemudian hari kan.. =)
saya khabar baik jer... awak?
sakit tu taklah parah sangat kalau setakat kecewa.. sakit sebab malu nak berdepan dengan org yang cuma anggap kita teman biasa..cuma kita yang perasan dia suka....
sakit~! da penah rasa... tapi sakit tu da ada obatnya :)
addin pernah alami..pernah luahkan rasa tu kat someone..apa yg kat atas nie,sebijik mcm addin rasa..memang perit...and now, rasa lega bila dh luah everything even jawapan yg diberi tak sperti kita harapkan....
zara: addin nk share kat entry addin leh tak???
sy juge suke hasil taipan Zara ni. suke sgt.
~ hal ni baru berlaku kt sy 2mgu lepas. cume kecewa knp cara die spt ade perasaan jg kt sy, tp lepas luahkan, rupanyer die telah bertunang beberapa hari. perasannyer sy. kejamnya die. tp xpe, sakit kecewa tu xperlu lama sgt, sbb xde ape yg dimulakan. chill ~
pernah menjadi dia,,memg bagus klu dah tahu dr awal,,tp kdgkala walaupun tahu tp masih juga ingin berharap ~
nak sangat org tu baca..ini semua apa yg sya rasakan..
kondisi yang sama :)
memang sakit tp perlu terima kenyataan dr menyimpan angan-angan.
entry berat sebelah. jangan mudah kecewa kalau cinta di tolak. dan jangan sangka yg menolak cinta tu senang? apa kau fikir walaupun dia berjenaka, dalam sudut hati dia siapa tahu rasa bersalah yg mungkn wujud? manusia kan?
perkara yang sedang saya alami sekarang.terima kasih banyak zara.it heal alot dear.kita dah tahu 99% dia tak balas cinta kita tapi 1% tu yang masih kita harapkan.kannn.tapi takpe.biar sakit sekarang kalau sakit nanti lagi teruk utk forbidden love i mean. :) cara terbaik luahkan rasa pada kawan yg kita percaya nescaya sgt melegakan.semoga dia rasa sakit seperti apa yg aku rasa.tuhan tunjuklah. :)
Rasa perasaan macam ni sekarang.
Ok. :)
hebat !
saya tak kuat zara.
hmmm . . . :(
ya..lebih baik meluahkan dari menyimpan.
yang tersimpan akan menjadi suatu harapan. sedangkan harapan itu belum pasti jadi kenyataan.
yang terluah itu kenyataan..walaupun mungkin kenyataan itu kini hanya tinggal harapan..
at least she can move on..
we all have at least one experience like this...i guess..
zara.. u buat i takut now.. i really takot nk luahkan.. sbb aty i da ranap teruk n yet if i luahkan if jadi cmni.. i takut my heart xdpt nk heal lagi...
Post a Comment