Semalam Sabtu.
Hari ini Ahad.
Sepatutnya kalau mengikut pandangan tipikal masyarakat, ini waktu rehat, senang lenang di rumah dengan anggapan kerja hanya Isnin hingga Jumaat.
Tetapi ini masih waktu kerja aku.
Sabtu dengan kelas di sekolah.
Ahad dengan kelas di sekolah (juga).
Jadi, mana waktu cuti kau wahai manusia beku?
Mana ruang cuti yang diperbesarkan oleh mereka yang tidak pernah mengerti?
Entah, aku sendiri tidak mengerti. Yang aku tahu, walaupun tidak mendapat satu sen sekalipun daripada tugasan yang aku suka, aku sendiri sudah cukup puas hati memandang mata-mata serta wajah-wajah yang tekun mendengarkan setiap butir bicara manusia yang entah apa pada pandangan mereka.
Dan, itu tetap aku.
Manusia yang gembira dan ukir senyuman disebabkan aku rasa aku perlu.
[Sumber gambar] |
Dan menulis sesuatu di celah-celah ruang kesibukan sebenarnya membolehkan otak aku bernafas.
Bernafas sementara sebelum kembali tepu dengan kerja.
Itu sahaja.
Sambung kerja.
Nota Kaki :
Kesabaran aku sudah tiba di kemuncaknya.
Zara : Betapa sakitnya manusia yang tidak mahu membuka mata jiwa dan mata hati demi sebuah kebenaran yang sudah terhidang di hadapan mata. Tahukah kamu lagu mana yang sesuai untuk kamu? - Sila dengar "Balang Hati"
4 comments:
zara, awak buat exam papers ke..
kerja kerja juga ye,makan jangan lupa..
cekgu zara yang kuat bkerja.chaiyo2. ;p
mengambil sedikit kesempatan dari 'sedikitnya kesempatan' sangat memuaskan hati.
banyak kerja buat orang gila.
jgn stress sgt bile buat kerja 2....
happy working kak z...^O^
Post a Comment