Entah sejak bila aku sudah mula ada garis panduan yang lebih jelas dalam menulis. Kalau boleh, sehari hanya sekali sahaja menulis di blog walaupun aku mungkin terdedah untuk menulis lebih banyak. Kepuasan aku menulis sebenarnya boleh dikatakan sama dengan menjilat aiskrim sewaktu hujan lebat. Nikmat membawa ke otak. Tapi itulah, dasar manusia. Kadangkala aku tidak menulis berhari-hari, aku biarkan kanvas kosong dan aku bergetanyang tenggelam dalam buku yang membuatkan aku lupa segala. Er, lebih kepada lupa makan dan minum sebenarnya.
[Sumber gambar] |
Bila menulis sendirian, ada sahaja benda yang mahu dijeritkan.
Perlahan.
Dalam diam sebenarnya.
Membunuh segala saraf demi meluahkan bukanlah mudah.
*******
Awak.
Tengok apa yang berlaku.
Dia sakit sendirian awak.
Ada awak peduli?
Tidak.
Dia menunggu awak.
Dia menunggu sampai dia lelah sendirian.
Tapi awak ada terbit rasa kasihan?
Tiada mungkin.
Tiada bukan?
Awak.
Dia belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
Dia belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
Dia belajar untuk lebih faham bahawa dia tidak boleh bermanja.
Dia belajar untuk mengerti jarak itu hanya satu unit ilmu kira-kira.
Awak.
Kegembiraan awak dengan manusia itu sebenarnya buatkan dia terluka.
Tapi sejak dia belajar bahawa benda mustahil kalau dia sentiasa gembira.
Dia mula tahu bahawa dunia semakin gila.
Tapi, dia belum mahu berhenti dari buat kerja bikin hati bahagia.
Belum dan pastinya dia tidak akan putus asa.
[Sumber gambar] |
Awak.
Kata-kata santai awak pada dia sebenarnya ayat yang bawa derita.
Ketawa yang awak dengar dari mulut dia adalah ketawa menutup luka.
Senyuman yang awak lihat terukir dari bibir dia hanya kilasan gigit jiwa lara.
Dan segala penafian dia, hanya mahukan awak tidak sedar apa-apa.
Awak.
Dia bukan mahukan perhatian.
Dia bukan mahukan kasihan.
Dia hanya mahukan satu pengertian.
Bahawa dia manusia yang berpegang kepada persahabatan.
Walaupun, dia tidak menolak percintaan.
Awak.
Dia hanya mahukan senyuman.
Mampukah awak berikan?
*******
Ada benda yang ditunggu.
Moga ada berita baik.
Amin.
Nota Kaki :
Dalam perhubungan sebenarnya, ibarat kerja sepenuh masa. Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.
Zara : Jangan pernah sembunyikan perasaan kamu. Jika kamu mencintai seseorang, tunjukkan pada dia. Jika kamu mahu memiliki seseorang, rebutlah peluang tersebut. Hidup terlalu singkat untuk dikesali.
8 comments:
setuju.
perhubungan adalah kerja sepenuh masa.
kak jie suka nota kaki - dalam hubungan yang matang, jangan mengungkit dan rasa lebih memberi kerana kita yang membina, kita juga yang perlu menyusun atur bagaimana utk melaluinya.
so true zara.. im actually missing someone like crazy only to know that he doesnt even give a crap about me.. if he cares, he would have called kan????
perhubungan perlukan komitmen .
kak zara cakap : Jangan pernah sembunyikan perasaan. kalau cintakan seseorang tunjukkan pd dia.
Takut nak tunjukkan.
"Bila menulis sendirian, ada sahaja benda yang mahu dijeritkan."
aku suka kata ni
cinta merumitkan,,,kdg2 kita perlu berhenti berharap apabila si dia sudh tdk pedulikan kita,,life must go on,,,
totally agreed. kalau tak mampu jangan bersulam dengan cinta
jika terang2 dy dah punya seseorg??mampukah tuk meluahkan.takot kata2 balasannya adalah drita.atau mugkin bahgia dgnnya atas air mata insan yg drita kerna kita.
Post a Comment