Dalam diri setiap manusia, ada tiga perkara yang sering mereka katakan.
Cinta, takdir dan harapan.
Ketiga-tiga benda ini saling berkait rapat antara satu sama lain memandangkan ia melibatkan perasaan manusia. Kita hidup kerana kita percaya ada harapan, ada sesuatu yang kita harapkan akan terjadi, yang sudah tentunya benda baik. Ada orang yang mahukan benda buruk terjadi pada diri mereka?
Mustahil.
[Sumber gambar] |
Dan ternyata, dalam kehidupan sebenar, apa yang kita mahukan adalah tidak semestinya akan kita dapat. Suatu bentuk yang mustahil untuk mendapatkan apa sahaja yang kita impikan. Sebagai contoh, kita mahukan seseorang yang serupa dengan kita agar senang mahu menguruskan perasaan, tetapi malangnya, kita sendiri mungkin tidak pernah kenal dengan diri sendiri. Jadi, apabila kita mendapat seseorang yang bagaikan cerminan diri kita, kita tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang dihajatkan.
Aneh.
Keinginan tidak mampu dilunaskan.
Harapan yang bergantungan bagaikan jatuh satu persatu dan keinginan untuk terus bersama semakin lama semakin hambar walaupun pada awal dan fasa pertengahan rasa suka memuncak dan penuh dengan impian. Tetapi dengan perjalanan masa, satu demi satu rasa gugur ibarat musim luruh yang sudah lama berlalu. Di saat diri berperang dengan konflik, masalah - cerminan diri semakin retak. Bayangan yang cuba digapai semakin lama semakin kabur. Harapan seakan pudar.
K : Semakin lama aku tidak memahami dia.
Z : Kenapa?
K : Aku tengok macam tiada harapan bersama.
Z : Apa maksud tu?
K : Semakin lama hubungan semakin hambar. Apa yang nak diharapkan?
Z : Usaha lagi. Itu kena ada kerjasama dua-dua pihak.
K : Macam mana nak buat? Bila aku buat sesuatu, dia senyap. Macam tidak berminat.
Z : Mungkin dia hanya nak perhatikan dulu.
K : Sampai bila? Sampai aku perlu cari orang lain?
Z : Janganlah begitu. Dah lama kan bersama?
K : Betapa susahnya aku nak yakinkan diri sendiri bahawa ini hubungan terbaik. Aku cukup diuji dalam hidup, dan aku tidak mahu yang ini menjadi sebahagian dari ujian.
Z : Kita tidak boleh menolak kalau itu terjadi.
K : Adakah aku gantung harapan pada orang yang salah?
Z : Sebenarnya, kita sepatutnya menggantungkan harapan hanya pada Allah.
K : Tahu, tapi dalam erti kata perhubungan, aku sandarkan harapan itu pada dia juga. Sedikit.
Z : Faham.
K : Kau nak tahu sesuatu?
Z : Apa dia?
K : Dia tidak pernah memuji aku. Langsung tidak pernah.
Z : Ye ke? Tengok macam mulut manis juga.
K : Tak pernah. Aku berjaya, aku pakai baju baru, aku buat kejutan, satu apa pun dia tidak pernah puji. Paling menyenangkan, dia hanya akan diam. Kalau tidak, dia akan bahan aku semula, macam aku buat salah.
Z : Dia mungkin kurang pandai nak pamerkan perasaan. Kena terima.
K : Dah lama bersama, aku ingat dia akan faham.
Z : Faham apakah?
K : Aku nak juga dengar ayat yang menyenangkan.
Z : Oh, itu.
K : Aku penat, letih, sibuk mungkin. Aku tak perlu percutian mewah. Dapat dengar ayat dia yang menyenangkan, buat aku gembira dah cukup. Aku tidak mengharapkan hadiah atau apa benda berharga, hargai kewujudan aku dah lebih dari segalanya.
Z : Kau kedengaran putus asa.
K : Aku dah putus harapan.
Z : Janganlah.
Dan kita masih sibuk mencari yang terbaik.
Mencari tempat menggantung harapan.
Adakah kita pernah berhenti sekejap dan bertanya kepada diri sama ada seseorang sedang menggantungkan harapan kepada kita dalam diam?
Mungkinkah?
Nota Kaki :
Masih menjaga peperiksaan.
Zara : Mengubati hati sendiri sebenarnya tidak semudah yang dilihat oleh orang. Mencantum kembali kepingan yang pernah pecah, bercalar dan berderai memerlukan lebih daripada sekadar ubat dan gam untuk menguatkan ia kembali.
Mencari tempat menggantung harapan.
Adakah kita pernah berhenti sekejap dan bertanya kepada diri sama ada seseorang sedang menggantungkan harapan kepada kita dalam diam?
Mungkinkah?
Nota Kaki :
Masih menjaga peperiksaan.
Zara : Mengubati hati sendiri sebenarnya tidak semudah yang dilihat oleh orang. Mencantum kembali kepingan yang pernah pecah, bercalar dan berderai memerlukan lebih daripada sekadar ubat dan gam untuk menguatkan ia kembali.
5 comments:
hadui... tusuk ke jantung...
sebijik pe yg t'jd skrg..hmmm...xtau nk wt pe....berharap tau lps kn.....lau lps syg..tp pai bile nk mkn hati...
pahit mcm mana pon, kita kena telan jugak.. xde nye org lain nk tolong telankan..
pahit macam mana pon kena telan jugak.. xde nye org lain nak tolong telankan..
a'a, tak semua yang kita idam, kita akan dapatdan ubat hati sdri sebenanrnya bukan benda yang mudah macam orang lain nampak.
Post a Comment