Awak.
Adakah seronok melihat drama berjalan begini?
Anehnya ada yang sedang terbaring menunggu mati.
Anehnya ada yang ketawa terbahak geli hati.
Anehnya ada yang senyum sinis sampai nampak gigi.
Anehnya ada yang tahan bahu tunjukkan simpati.
Awak.
Apa yang mahu dikenangkan dalam hidup sementara?
Adakah kegilaan menukar pasangan satu catatan gembira?
Adakah kegembiraan menghiris perasaan itu satu kejayaan berganda?
Adakah kebahagiaan melihat orang lain menderita?
Adakah membina hidup atas laungan sakit manusia?
Adakah itu yang di cari di atas dunia?
[Sumber gambar] |
Awak.
Tidak bolehkah hidup itu hanya mengejar bahagia?
Tidak bolehkah hidup itu mahukan gembira?
Tidak bolehkah kasih sayang itu menyapu rasa luka?
Tidak bolehkah rindu itu mengubat derita?
Tidak bolehkah tolak ansur itu dijadikan satu senjata?
Tidak bolehkah senyuman itu terukir buat selamanya?
Awak.
Apa yang awak mahukan dalam dunia ini?
Adakah sama dengan apa yang dia mahukan ketika ini?
Adakah kalian masih boleh saling mencintai?
Adakah hati itu mampu diubati?
Adakah kasih sayang itu hanya mimpi?
Adakah cinta mampu disemai kembali?
Awak.
Dan dia layak.
Layak untuk bersama dan teruskan hidup bersama.
Tapi, adakah itu boleh dilakukan tanpa usaha?
Bukan setakat doa.
Usaha yang mengiringi itu penting juga.
Awak.
Bagaimana kalau perasaan dia sudah mati?
Mampukah awak kembalikan dia seperti azali?
Nota Kaki :
Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu
perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau
kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa
kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha
itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi
jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?
Zara : Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian
kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh
kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi
tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita
perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan
dalam hidup ini?
4 comments:
belum bersedia utk mati..tp sedang bersiap dlm skala kecil
Awak,
Andai perasaan itu telah mati,
Tolong biarkan sahaja ia pergi,
Kerana jika cuba kembali seperti azali,
Adakah ianya akan sama lagi?
Awak,
Dalam hidup ini ada kontranya,
Ada derita juga bahagia,
Ada tangis juga ketawa,
Ada senyuman juga muramnya.
Tapi itu adalah hidup bagi saya.
Awak,
Sila gembira dan senyum.
haisshh..berjalan terus tanpa perlu toleh ke belakang sayang..pandang belakang tp jangan kenang..:)
mengingatkan tentang perasaan ini yang pernah mati...
Post a Comment