Seorang rakan baik mencadangkan aku mendengarkan lagu "Aku Maafkan Kamu" oleh Malique dan Jamal Abdillah. Dan ya, mendengarkan lagu itu secara jujurnya membuatkan aku terdiam akibat bahasa liriknya yang puitis. Ya, seperti mana aku sukakan Altimet dengan bahasa tinggi, Malique tidak pernah gagal membuatkan aku tenggelam dalam lagunya.
[Sumber gambar] |
Sebelum aku teruskan tulisan, aku kongsikan lirik lagu tersebut, hayati bersama.
"Aku Maafkan Kamu" - Malique Ft Jamal Abdillah
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
*Untuk muat-turun boleh gunakan pautan ini : [pautan]*
[Sumber gambar] |
Kalau kau cemburu dengan aku, aku
sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku
seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang
aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan
bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina
kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.
Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat-ayat konon sarkastik kau?
Maaflah. Itu bukan sarkastik yang menyakitkan, ia melucukan sebab
sarkastik bukan ayat melucah. Kau salah guna dengan orang yang lebih
mengerti hingga membuatkan aku ketawa senak perut sampai ke ulu hati.
Suatu
bentuk pengkhianatan yang langsung tidak boleh dimaafkan. Menjalani
kehidupan dan memerhatikan kehidupan dalam diam serta memanjatkan doa
kesyukuran dapat mendengarkan suatu perkhabaran rupanya adalah balasan
dosa silam. Dosa kerana tidak pernah mahu menunggu dan terbang
meninggalkan. Hanyut terbang bersama salju tebal dan meninggalkan
kepingan putih yang tidak berguguran. Menanti hiba penuh ketidakpastian
dan hanya bersandarkan kepada pengamatan rakan. Ternyata, yang dikejar
tidak kesampaian, yang dilepaskan membunuh kesepian.
Kalau
beberapa bulan sahaja biarkan diri berkalang membodohkan masa, mungkin
apa yang ada hari ini tidak secelaka yang dirasakan tatkala membuka
mata. Nasib baik kepingan elektronik hitam legam itu tiada butang dan
hanya punya lapisan nipis tempat melarikan jemari yang semakin renta.
Jari menari dan butang hijau ditekan. Seperti yang pertama, kali kedua
menghantar juga tiada jawapan diterima. Menunggu dengan tabah walaupun
kesihatan diri yang menjadi taruhan kali ini. Masih tiada. Gempa berlalu
dan ternyata tiada khabar berita. Biarlah.
Kepingan
otak yang berceraian tatkala sakit merampas pundak kuasa dirasakan
semula. Ubat yang mengalir dalam tubuh serta air yang melalui tekak
menggunakan tiub membuatkan mata terjaga. Hidung merah, kepala berdenyut
tanda tidak membenarkan diri bangkit dari ranjang yang penuh duka.
Digagahkan juga diri membaca coretan seorang teman. Di akhir ayat,
tertancap satu perkhabaran yang merobek duka lebih dari kenyataan bahawa
diri kehilangan seorang pengongsi perasaan. Lebih sakit dari fakta
gempa skala 8.9 Ritcher yang memusnahkan.
Itu bukan kayu pengukur berapa banyak
yang telah dikongsikan secara rahsia dalam erti kata, aku kenal kau, kau
kenal aku, kita bersama demi satu persahabatan yang akhirnya kau
khianati juga. Apakah perkongsian ilham dan pencambahan minda itu hanya
satu bentuk pencurian sel neuron yang dibenarkan? Kau mungkin tiada
mesin pengesan yang dapat melihat amigdala (baca : amygdala). Itu satu
bahagian dalam otak yang merembeskan hormon dan memautkan kepada
perasaan. Bahagian ini akan bertindak tanpa sedar sebelum seseorang
dapat mengawalnya - dalam kes ini mungkin seseorang yang disukai. Tidak
perlu melihat fizikal secara teliti, bahkan mengesan kewujudannya sahaja
sudah boleh membuatkan adrenalin berlari.
Aneh?
Cukuplah pengkhianatan demi pengkhianatan dirasai. Pentas lakonan
semakin lama semakin retak. Kekuatan mahu beraksi dengan mencekalkan
hati sudah menjadi goyah. Tangan berpaut pada pasak kuat dengan tabah.
Kalau ranap sebuah jasad, hati dan jiwa tidak mahu ikut musnah. Biar ia
melompat dari satu jasad bernyawa ke satu jasad seterusnya. Tidak rela
membiarkan bahagian paling beerti yang membentuk sifat manusiawi hilang
begitu sahaja setelah terlampau banyak yang dikorbankan untuk terus
bangkit bernyawa.
Ini, hanya satu suara.
Suara aku yang meluahkan satu bentuk pengkhianatan - benda yang buat aku sedar, memendam kesakitan sendirian hanya membunuh aku sendirian. Mungkin kau sendiri tidak mengerti bahawa tindak tanduk kau menghiris kawan marhaen ini. Siapalah aku untuk mengawal segalanya?
Manusia macam aku.
Ini semua tentang manusia beku.
Dia yang kau mungkin tidak kenal dulu.
Beku sehingga tidak dapat merasai detikan waktu.
Celoteh riang dan kecoh sehingga tenggelam dalam timbunan buku.
Dia tidak akan terus duduk menunggu.
Perjalanan panjang masih perlu diteruskan dan bukan duduk berteleku.
Matlamat indah bagaikan rasa keju.
Tidak siapa akan memahami dia, tiada, termasuk kamu.
Diam membisu.
Belajar memaafkan itu lebih penting bukan?
Senyum.
Ya, aku maafkan kamu.
Itu sahaja.
Nota Kaki :
Dengan semua benda baik yang pernah terjadi dalam hidup aku, aku
berusaha jadi manusia yang tahu bersyukur. Dengan semua benda yang
kurang baik, aku berusaha untuk jadi manusia yang lebih kuat. Apakah itu
juga merupakan satu kesalahan?
Zara : Adakah aku perlu melukakan hati orang yang pernah melukai aku supaya dia
tahu betapa sakitnya hati apabila dilukai? Kadangkala perlu, tetapi aku
memilih untuk terus hidup dengan gembira tanpa perlu membiarkan hati
aku menjadi tanah yang subur buat iblis dan syaitan menanam rasa benci
yang tidak bertepi. Hidup baik-baik sahaja semua.
8 comments:
haaish zara..kau memang terbaik r..aku suka
"Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui."
:D
kak zara...
sangat suka dengan semua entry kamu =)
nice one~ like always.
"aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui." --> samalah kita. sekarang dia tgh gembira dgn betina br, dgn blsn, airmata aku. sangat sakit okey?
btw, itu dulu. 9 bln yg lepas. walaupun sakit, sgt sakit, now aku dh mampu maafkn dia. aku dh maafkn keluarga dia. dan hidup aku jauh lebih tenang selepas aku memaafkn.
now, looking forward to moving on. find another love. cause I ain't wasting no more time and love in me for nothing. :)
sangat dalam beb lagu ni...
Saya suka lagu ini.
Tapi masih tercari2 maksud liriknya.
Susah sangat nak faham.
Sehinggalah saya sesat di blog ini.
Salam.
Lgu ini tentang diri nya..
Rngkap pertama tentang isteri nya...mungkin peristiwa ragut dahulu..
Rngkap kedua tentang diri nya masa dahulu..
Kopak bintik hitam silam..
Maybe tatoo...
Dan yang ketiga tentang org yang menyalah tafsir liriknya hingga dia disalah ertikan....
Segombolan hantu bisu menjelma maybe media atau bloqer..
Dalam perhayatan hamba la
Lagu tntang kehidupan nya dahulu dan sekarang..
Rngkap pertama tentng keluarga nya...
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Ialah bermula berdua skarang solo..
Satu susuk ganjil ialah isterinya..
Mungkin pasal kejadian yg menimpa dhulu..
Rangkap kedua tentang dirinya dahulu..
Cermin muka kopak bintik hitam silam
Dia ingin mengupas diri nya dahulu
Menceritakan dirinya di hukum tnpa sesiapa mengatahui hal yg sebenar...
Rangkap ke tiga tentang sesetengah orang yg salah mentafsir lirik2 lagu nya hinggakan diri nya di salah erti kan..
Segombolan hantu bisu menjelma ialah wartawan atau bloqer2 yng tidak bertanya tp menulis atau menceritakan tanpa usul preksa
Post a Comment