[Sumber gambar] |
Dalam kesibukan yang melanda, dia sempat pinjamkan telinga dan masa mendengar luahan hati seorang kenalan yang meracau sedangkan otak dia sendiri entah kacau bilau dan hidup sudah serupa palat. Tapi dia tahu, celaka bagaimana sekalipun, dia masih ada seseorang yang dia boleh kongsi segalanya. Ya, seorang sahabat-baik-pijak-kepala.
Jadi, bila kenalan itu menghubunginya dan mula bercerita, dia pinjamkan sahaja telinga padahal dia sendiri perlukan bahu untuk menghamparkan masalah diri. Tidak mengapa, dia kemam sendiri, sebab dia sedang meniti takah demi takah yang dia racik demi kelangsungan diri. Apa yang diperbualkan dengan kenalan itu dia dengar sambil angguk kepala. Sementara tangan saling bertingkah menekan hon kenderaan di atas jalan raya.
Kenalan : Kau sibuk?
Dia : Tak juga, kenapa?
Kenalan : Aku tertekan.
Dia : Aku pun lebih kurang. Kau kenapa?
Kenalan : Bekas kekasih aku muncul semula.
Dia : Sudahnya kenapa?
Kenalan : Menyampah aku.
Dia : Kenapa?
Kenalan : Nampak sangat cinta kami putus dulu sebab aku tak akan dapat sediakan segala benda mewah buat dia.
Dia : Kenapa cakap macam tu?
Kenalan : Aku dengar berita dia dapat macam-macam lagi barang dari kekasih dia tu.
Dia : Biarkanlah.
Kenalan : Tapi, aku tahu dia beri tubuh dia untuk benda itu semua.
Dia : Biarlah. Dia dah besar.
Kenalan : Aku tahu, tapi hubungan apa itu? Cinta ke?
Dia : Cinta pelik dan itu mungkin salah satu daripadanya.
Kenalan : Ini gila.
Dia : (ketawa) Jadi, apa masalah kau?
Kenalan : Sebab aku sayang dia, maka aku tak nak dia pergi terlampau jauh.
Dia : Kau bukan milik dia lagi, dia pun sebenarnya tak pernah jadi milik kau. Cinta kalian dulu tu pun entah betul atau tidak kan dari pihak dia?
Kenalan : Tapi, aku sayang dia. Aku lindungi kesalahan dia dari keluarga dia, aku cuba berikan yang terbaik pada dia, tapi dia tetap dengan manusia kaya yang hanya mahu memenuhi keinginan nafsu gila.
Dia : (ketawa) Itu hubungan simbiosis mereka, biarlah.
Kenalan : Kenapa dengan kau ini?
Dia : Kenapa?
Kenalan : Kau macam tak berapa memahami situasi.
Dia : Sangat faham sebenarnya, cuma kita tak mampu buat apa-apa. Itu sahaja.
Dia diam.
Sebenarnya dia mahu ketawa.
Ketawa kuat seperti biasa - lampiaskan sisa kromosom lelaki yang dimilikinya.
Cuma, itulah.
Dia malas.
Nota Kaki :
Sibuk dengan kerjaya.
Zara : Walaupun bukan untuk aku, tapi aku tahu aku sentiasa doakan yang terbaik untuk teman yang pernah buat aku senyum, gembira, ketawa bersama dan menangis kerana dia.
6 comments:
Zara ttp tabah selalu, walaupun hatinya ada yang pilu...Zara, jia you!
aku suka last part..kita faham tapi tak dapat nak buat apa-apa. Nak ubah manusia yang kita syang memang susah. Mungkin kita terima dia seadanya tapi belum tentu dia terima kita.
@hanjila
Terima kasih :)
Kesakitan hari ini untuk kegunaan masa akan datang. hehe
@Adziim
Betul tu Adziim.
Kita hanya mampu mengubah diri sendiri. Biar la mereka berubah demi mereka sendiri mahu berubah. Sebab tu sayang kepada manusia tidak kekal.
Nak buat camana kan cikgu. cinta itu aneh. ada yang stay kerana duit, ada yang stay kerana simpati, ada yang stay kerana malas mencari lain dan takut keseorangan. entahlah, kak, let nature runs its course kata orang. lama-lama kawan tu, dan awek tu sekali, akan sedar.
Post a Comment