Terjaga dengan panggilan adik suruh aku buka pintu bilik yang berkunci, parang panjang di leher, rantai direntap dan aku diseret keluar, tangan diikat dengan dawai pagar hijau, nampak duit aku dan segala harta benda kami dirompak pada jam lebih kurang 3.30 pagi.
Dan itu, kita panggil pengalaman paling mengerikan selepas aku baru menulis tentang musibah pada aku dan Adam. Pengalaman ini buatkan aku jadi prejudis. Ya, hati aku yang selama ini memandang semua manusia adalah sama, tidak semua orang jahat tetapi segalanya berubah pagi ini. Empat orang Indonesia masuk ke dalam rumah, bersenjatakan parang panjang, pisau pemotong daging, pemotong dawai yang besar dan sebatang pemutar skru panjang - aku tak salahkan diri sendiri dan ahli keluarga yang tidak melawan. Nyawa kami lebih penting bukan?
[Sumber gambar] |
Nampak duit yang aku baru keluarkan diambil di depan mata.
Nampak segala harta benda kami diambil tanpa mereka menutup muka dan bercakap-cakap, meminta, mengugut pada kami dengan slanga yang paling dikenali.
Puan Mulia sedang solat tahajud sewaktu kejadian berlaku dan dengan telekung masih di badan, sudah diperlakukan sedemikian rupa. Celakanya badan manusia bajingan sedemikian.
Dan sewaktu aku menahan sakit, melihat satu demi satu perlakuan mereka yang macam dirasuk syaitan mencari segala macam benda berharga, terdengar dari bilik aku, bunyi orang sedang buka penutup botol minuman berkarbonat yang aku baru beli. Ya, si celaka itu minum Pepsi aku dan makan gula-gula aku. Dan selepas itu tahinya dijumpai di luar rumah (memang ilmu mereka, semuanya begini)
Dan sebelum beredar, mereka tutup lampu dan ayat terakhir mereka, sebelum meninggalkan kami semua dan menyuruh diam adalah - "Call driver. Udah siap"
Komputer riba aku dibaling ke atas lantai lepas dikeluarkan dari bilik. Baiklah, walaupun terhempas, Sean masih boleh digunakan. Dengan kerugian yang agak beribu pastinya, dengan kehilangan wang, telefon, dan pelbagai barangan lain, aku cuma berharap semoga aku ada kuasa untuk hantar mereka semua ke neraka.
Buat yang bertanya kenapa aku tak melawan dan sebagainya, aku cuma mahu tanya sesuatu, kalau parang panjang berkilat sudah di tengkuk, apa lagi mahu dipertaruhkan?
Oh ya, aku perlu menulis mengenai ini disebabkan polis ada menyatakan bahawa mereka meminta semua pihak berjaga-jaga memandangkan bulan puasa dan raya semakin dekat. Pencuri ataupun maling bajingan ini semua mahukan duit lebih dan pantas untuk pulang beraya bersama keluarga di seberang sana. Jadi semua, awas ya?
Nota Kaki :
1. Bagaimana aku tidak mahu prejudis lagi selepas peristiwa ini? Selama ini aku boleh ajar diri aku semua manusia baik, tetapi selepas peristiwa pagi tadi, maaf, aku belum mampu.
2. Rumah aku dipasang dengan jeriji besi, sistem penggera, selak dua di setiap pintu dan sentiasa berkunci pun masih dimasuki bajingan itu semua.
2. Rumah aku dipasang dengan jeriji besi, sistem penggera, selak dua di setiap pintu dan sentiasa berkunci pun masih dimasuki bajingan itu semua.
Zara : Satu demi satu ujian dan alhamdulillah, keluarga aku selamat. Itu lebih penting.
51 comments:
harap bersabar ..
nyawa lebih penting cikgu..semoga mereka dapat balasan yang setimpal..semoga cikgu n family tidak trauma
Harap banyak bersabar dgn ujian ini. mungkin ada hikmahnya. yg penting Alhamdulillah nyawa dan badan tidak diapa-apakan. Moga orang yg melakukan kejahatan itu menerima padahnya.
thanks sharing info ini. moga maklumat yg dikongsi ini dpt dimafaatkan.
betul...nasib baik lah akak dan keluarga selamat..
masa ni tiada apa yang lebih penting..cuma nyawa yang tidak boleh ditukar ganti..
biar hilang barang..barang boleh dibeli..tapi bukan nyawa...
memang bajingan..geram
Takziah..
Tabahkan hati. Allah tu Maha Adil. =)
semoga Allah yg memberikan balasan..
and semua manusia tetap sama, tak kira bangsa, agama, dll sebab yg jahat tetap jahat, yg baik tetap baik, tak kira bangsa, agama dll..
Ada hikmah disebalik kejadian itu
syukurlah akak dan keluarga selamat.macam2 sekarang ni.duk kat rumah sendiri pun dah tak selamat. huhu.
Serius.. Berat sungguh dugaan yang anda alami cikgue.. erm.. Diam.. Just 'KUAT'..
ya Allah kak. takziah kak, kite baca ni pon macam nak nangis. akak bawak banyak2 bersabar yea, Allah timpakan ujian/musibah kat akak ni sbb Allah syg akak sgt2. mesti Allah nak naik kan darjat akak kat sisi Dia. takotnya sampai acu parang. TAKZIAH T__T
Takziah Zara. Semoga Zara & family tabah menghadapi dugaan. Risau kalau2 ada yang trauma berpanjangan.
Ini pun peringatan kepada kami yang lain. Jangan terlalu selesa dengan keadaan semasa. Perlu sentiasa berhati-hati apatah lagi nak tiba bulan puasa dan raya.
InsyaAllah kalau ada masa nanti turun ke Muar kita jumpa eh
Gambare Zara!
alhamdulillah kamu dan keluarga selamat..
Allah Maha Adil, pasti mereka tidak terlepas.
alhamdulillah semua ahli keluarga zara selamat..mujur tidak diapa-apakan..huuu..
Alhamdulillah semua selamat zara.. rumah xde alarm ker? lepas nie pasang alarm utk lgkh keselamatan okeh!
mana org Malaysia x marah dgn org indon nie..haadoi~
sabar yer zara... ini saja yg mampu dikongsi... berat mata memeandang berat lagi bahu yg memikul...
p/s:
" kadang kala Allah swt sembunyikan matahari dan didatangkan kita petir serta kilat. Kita menangis dan tertanya2 dimana hilangnya sinaran... rupa-rupanya Allah swt nak hadiahkan kita pelangi indah..."
bagus la tak melawan, nyawa lebih penting. celaka betul la pencuri ni.
betul tu, time2 nak raya ni banyak la kes rompakan, konon2nya perompak pun nak beraya dan beli baju baru jugak. hehe
alhamdulillah, semua selamat
doa orang teraniya akan dimakbulka
lagi-lagi arinih hari jumaat
semoga semua tabah hadapi ujian ini
be strong :)
takziah zara! semoga tabah
ya... nyawa lebih penting... semoga tabah~
Aku jua pernah mengalami peristiwa yang sama 2 thn lps.Ya timbulnya sikap prejudis dlm diri terutamanya maling bajingan yang lakanatullah.Syukur keluarga kau pun selamat.Mesti penat klau polis dah investigate semua..huh
erm,penah jadi kat saya few years ago,dirompak masa subuh baru nak masuk,abah tengah menunggu tahrim dari masjid.
Abah patah tulang rusuk,mak ditusuk dgn benda tumpul,saya diketuk pakai skrew driver kat tulang belakang.Dirompak oleh 6 orang yang berpenutup muka,(4 org masuk,2 org berjaga kat luar)
Bawak parang panjang (sadly,parang panjang kami sendiri,senjata makan tuan)
Alhamdulillah semua xpape,selang 28 hari lepas tu,sume dapat ditangkap.Mungkin berkat sebab abah rajin baca Yassin tiap2 hari.
Dan benda tu dilakukan oleh pekerja sendiri sambil bersekongkol dengan org Indon.
Rasa trauma lepas tu,dan harap benda tu x jadi lagi pada saya dan juga orang lain.InsyaAllah.
Be strong kak
*baru je jadi fan Terfaktab :)
teruknya. isk. tak selamat dah duduk Msia ni dengan adanya orang macam ni. :(
takziah diucapkan apa-apapun.
perghh kalau aku jadi ko sumpah aku cuak oi
Kuatkan semangat ye Zara,seram betul dengan indon keparat mcm diorang tu
yg penting semua ahli keluarga selamat.harta benda boleh dicari.nyawa tu penting.huhu.semoga akak n keluarga tabah utk ujian ini. ;)
memang takleh melwan..redha je diorg amek barang asalkan nyawa kita slmat. ko nk lawan dan boleh menang? tp yg lagi 3 org tu ko leh lawan? mak kau leh lawan? takleh kan..
jadi betul dh tu tindakan ikutkan saje
salam zara..apapun syukur zara dan family tidak diapakan2
perkara mcm ni, prnh terjadi kt kwn kty , dirompak oleh 4 org indonesia jugak..dan dia punyai 4 org adik beradik perempuan..syukur tidak di apa2kan.
Alhamdulillah terselamat.. sabar ye..ada hikmah semua tu..=)
Memang berat bahu yang memikul. Harap Zara sabar dan tabah dengan dugaan ni.
dugaan menjelang ramadhan, sabar ye zara. ptut pancung je semua penyangak ni
zara. ada benda aku nk cakap pasal hal ini. aku akan tolong yg termampu untuk kau dapatkan balik harta barang kau.
harta benda boleh cari
tapi nyawa tak boleh diganti
emas cincin boleh di beli
hidup cuma sekali,jadi berhati hati
terima kasih kerana memesan kepada semua untuk berhati-hati..mudah-mudahan mereka semua tu akan ditangkap dan didakwa
Salam Daripada
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia
Mempunyai pengalaman yang sama.
Saya baru lepas bersalin anak kedua. Baru dikeluarkan tali di perut pada siangnya. Masih tinggal dengan my parents waktu itu. Pisau dihunus di leher ibu. Dan anak-anak dijadikan punca untuk kami tidak melawan.
Suami dengan baru mendapat laptop dari office pada paginya. Semua sekali disapu. Sekali duduk, berpuluh ribu jalan sehala.
Memang begitu Zara. Ambillah saja seperti ada rezeki yang perlu dibersihkan. Yang penting, masih ada nyawa dan keluarga.
Mendoakan kekuatan buat kamu sekeluarga.
takziah. patut la pagi tadi ada sekatan jalanraya area serom 3 dan serom 1.
ada hikmah semuanya. bersabar kak.
salam ziarah...
moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Zara sekeluarga...
*bajingan itu memang tak patut hidup di bumi Malaysia...!
Ya Allah dugaan, Allah nak bagi lebih baik tuh nanti.. Dekat2 nak puasa nak raya pulak tuh.. Sabar yer kak.. Yang penting nyawa dan maruah masih terselamat, alhamdulillah...
Berdoalah semoga mereka semua menyujud semula meminta ampun..
ya Allah sangatlah menakutkan dan seram dan meremang bila baca ni. syukur tak terjadi apa2 yg lebih buruk. mintak dijauhkan dr semua ni
harap Kak Zara n family stay kuat untuk hadapi semua ujian ni. mendoakan dari jauh. harap2 semuanya bakal baik2 saja. *hugsss*
Akak , kuatkan hati :)
be strong dear~
alhamdulillah kamo n family selamat...itu yg paling penting
kuat tau syg...~
besarnya ujian ni. tapi apa pun nyawa paling penting dipertahankan. ada hikmah di sebalik kejadian.
Allahuakbar!
Mudah-mudahan Kak Zara kuat menghadapi segala dugaan.
Sesungguhnya jika seseorang itu ditimpa pelbagai dugaan, itu buktinya Allah sayangkan kita.
Harap Kak Zara dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran. Kembalikan semuanya kepada Allah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
Mungkin mereka boleh ketawa gembira di dunia, tapi di akhirat mereka tidak dapat menyorokkan diri walau seinci.
Mudah-mudahan Kak Zara dan keluarga tabah menghadapi segalanya.
Harap Kak Zara senyum kembali.
Bukan senyum paksa tetapi senyum ikhlas dari hati.
Allah sentiasa ada untuk kita. ;)
takziah zara. apapun yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Allah nak tambah pahala bagi mu .. kuatkan semangat :)
ujian tuhan, tu tanda Dia sayang lebih, tabah k, moga Dia sentiasa melimpahkan rahmat kepada kamu.
akak, saya baru tahu pasal ni. alhamdulillah, akak dan keluarga terselamat.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (al baqarah : 155)
subahanallah. sungguh berat dugaan akak. insyallah sesuatu yang lebih baik menunggu nanti. btw pasal ilmu tinggalkan najis kat luar rumah tu same mcm kes nenek sy kene. and yup mengikut polis tu pukau sebelum masuk supaya org rumah xsedar. harap2 dijauhkan la lepas ni dr segala musibah berat...
Zara tinggal area mana kat skd? heheehe...kalu area rumah kita pun kerap kena pecah rumah baru2 ni...
syukur tidak diapa apakan..nyawa lebih penting.
Semoga bersabar.
Man shabara zafira.
sabar dik, itu jer yang mampu pocket kata.
pocket takleh nak tolong,
tapi kalau la dianugerahkan diri ini dengan kebulehan superman,
mahu pocket keja siang dan malam sambil caj servise tu kat najib..
membanteras jenayah.
ngan harapan pocet buleh kaya,
n adik kecil lagi vulnerrable bagai kamu buleh tidor lena.
dan sean buleh 'sleep' quietly.
sabar yer dik..
sabar.
akak tahu dah byk org yg ckp kat zara suruh bersabar, akak pun tak terkecuali. ini yg membuatkan akak lebih takut utk keluar dan duduk dlm rumah pun takut. even rumah ada alarm, jeriji besi sume.. -.- malang tak berbau kan? hmm
eiii.. menakutkan!
Post a Comment