Aku tak boleh.
Tak kisahlah emak sesiapa.
Emak aku.
Emak kau.
Atau emak mereka.
Kalau Puan Mulia menangis sebab aku, memang aku rasa nak bunuh diri masa itu juga.
Betul.
Walaupun bunuh diri itu dosa.
Aku tahu.
[Gambar : Aku hairan bagaimana kau boleh cukup santai tatkala hati sang ibu sedang dirundung duka nestapa akan perbuatan kau, anak yang dia sanjung, kasihi dan sentiasa dilindungi?]
Kau tahu?
Aku pernah menonton video seorang ibu melahirkan anak sekali sahaja.
Itupun aku curi-curi masuk ke kuliah budak Sains Hayat disebabkan aku budak Sains Fizikal yang asyik tengok pergerakan kereta dan entah apa-apa lagi tentang fizik, walaupun ternyata berguna. Sekali sahaja aku tonton video itu sambil menekup muka.
Sejak itu, perempuan mengandung dan melahirkan adalah manusia yang aku tabik sepenuh jiwa.
Perempuan yang sarat membawa perut didalamnya ada manusia mendapat senyuman dan usapan aku.
Sebab apa?
Sebab aku mengerti sakitnya seorang ibu walaupun hanya menonton video itu.
Takutnya aku kalau tiba saat aku (mustahil buat masa ini).
Adakah aku akan kuat seperti Mak melahirkan aku dan adik-adik, satu persatu?
Entah.
Tapi kau.
Kau buat Mak kau menangis.
Kau buat dia sedih, luluh hatinya, sayu.
Aku menjadi pendengar hati seorang ibu.
Kau tahu?
Empangan air mata yang aku tahan, hampir tumpah.
Aku biarkan sang ibu melunaskan bicara.
Biarlah dia hapuskan derita.
Sebab aku sentiasa mahu seorang ibu bahagia.
Seorang emak gembira.
Walaupun dia mungkin bonda sesiapa.
Itu bukan satu masalah nyata.
Sebab seorang ibu, banyak jasanya.
Tidak.
Aku memang tak boleh lihat seorang mak, ibu menangis.
Mendengar tangisan itu sudah cukup pilu.
Apatah lagi melihatkan air jernih itu jatuh ke pipi.
Celaka badan kau tahu?
Aku.
Mungkin tidak akan menjadi seorang emak.
Kedengaran mustahil menjadi seorang ibu.
Tapi, aku masih seorang perempuan.
Seorang wanita.
Sekurang-kurangnya aku masih punya naluri itu.
Mungkin.
[Gambar : Mendengar suara dan perkenalan yang sungguh aku keliru tapi nyaman dengan suara seorang ibu]
Aku mungkin bukan anak baik.
Aku ternyata bukan puteri yang teguh dalam pagar besi milik istana.
Tetapi aku masih mahu menjadi seorang anak yang berguna.
Sekurang-kurangnya tiada titisan air mata.
Dari seorang bonda.
Kalau air mata mak sebab kejayaan kita, tidak mengapa.
Kalau air mata ibu sebab gembira biarkanlah.
Tapi kalau sebab duka?
Sebab hatinya lara?
Ampun!
Kita akan jadi derhaka.
Kau.
Aku mohon.
Pulanglah.
Sementara masih punya masa.
Punya nyawa.
Nota Kaki :
1. Sedang melawan emosi yang kurang stabil apabila terjahan keras penuh ketawa duka menyalut senja.
2. Kejayaan yang aku harap sebelum akhir masa, tidak muncul juga.
Zara : Ternyata, kekuatan yang aku hirup daripada manusia yang memegang status seorang ibu adalah sungguh istimewa. Mereka ada kelainan yang entah bila akan dapat aku miliki. Diam. Mustahil Zara, sebab kau masih seekor gumiho yang belum mampu bertukar.
24 comments:
aku plak tak kira mak budak ke, bapak budak ke, nenek budak ke...klu depa nangis,aku pun nangis..huhuhuh
ya, huuuurrrmm, *sedang mentafsir sesuatu*
my parents expecially mak sy pon tgh risau..sy rase mak sy mmg nk menangis sebab adek sy yg kat mesir tu belum balik lagi..mesir kan bergolak..cian sy tgk mereka xselera mkn teringat kat adek di mesir....=(
aku pernah buat emak menangis. darah muda belum matang satu ketika dulu. alhamdulillah belajar dari kesilapan.
bila dah ada anak ni, sendiri menangis bila ingat emak lahirkan kita dulu. sayang emak.
ibu adalah segala2nya...
entry yang bagus...melahirkan memang menyakitkan dear..tapi bila kita lihat anak yang kita lahirkan di atas badan,masa tu kesakitan terus hilang tanpa di pinta...lebih2 lagi bila mendengar alunana azan dar si suami.itulah alunan azan paling indah bagi saya...
btul susah nk tgk mereka nangis kecuali hari raya..
tuh yg kekdg kte,anak,cepat sgt lupe susah pyh ibu..
sedih~sayunya~
mungkin boleh jenguk ke sini http://miemen3.blogspot.com/2011/02/bapa-mertua-mengasuh-anak-menantu.html
tq~
omg!
good entri.
sungguh menusuk kalbu pabila membaca entri ini.
aku pernah membuatkan mak aku menangis..
aku anak derhaka?
aku pernah buat emak aku menangis. ya, aku pernah buat mak aku kecewa dengan aku. (budak2 buat salah rasanya dimaafkan masyarakat)
tapi aku tebus bila aku mula kenal dunia. aku akan cuba habiskan masa sebanyak mungkin bila aku pulang.
sebab kau betul. aku dari rabat, morocco@maghribi. setahun skali baru tengok muka tenang mak aku.
kalau mak nangis.. mesti saya pun automatik nangis sama..
gumiho pun nangis apa..hehehe
pernah tengok mak nangis. sekali. bukan sebab aku. sebab orang lain.
rasa macam nak terjun dari bangunan. sakit. tapi xboleh nak luah.
pantang klu tgk cite pasal mak ayah. tobat nanges smpi muka bengkak cm tenuk.
anak derhaka = jangan mimpi bau syurga
pulangkan.....
mak aku pernah nangis gara2 hub aku dgn c dia.
mak dia pn pernah nangis gara2 suruh c dia putus aku.
hujung2, dua2 pasrah putus sebab x tahan tgk mak2 kami nangis, x memberi restu. :(
Aku pun tak boleh lah tgk mak nangis.. tak kirelah mak kucing ker mak kambing ker... tapi, apepun alasannya, harap2 hati ibu sentiasa redha dengan kita yg dilahirkannya amin
Kekalkan hubungan???
sampai mcm tu.?
derhaka betul.
tak sanggup tgk kaum ibu
menangis.sebab tahi betapa derita
nya melahirkan anak.
mak tak pernah menangis depan aku.
mak jiwa keras,tegas..mcm aku.
cuma bezanya aku kuat menangis.
mak kata jgn jadi bodoh menangis sbb lelaki.
mak kata jgn jadi lemah menangis sbb salah pilih jln hidup.
mak kata jgn membazir air mata sbb mungkin air mata tu lebih bermakna utk hal yg lain.
aku rasa mak akan menangis bila aku kahwin nanti. ^_^
Zara sygg, anem dah jumpa sorg,kawan yg sgup tgal cinta, demi xnak mak menangis, nmpk hard for her nk tgalkn cinta tu, tapi mak nak tgok dia berjaya, xnak cinta2, dia bkrban. sgt2 kagum dgn beliau :)
ibu ibu..engkaulah ratu hati ku...tumpang nyanyi sini
sungguh indah mainan kata2 dalam blog nih.i loike it!!!!bukan like org yg wat ibu menangis r tp..
mak menangis, dengan mra mra skali menangis. :(
Post a Comment