Monday, February 21, 2011

Teman Wanita Aku Baca Blog Kau Sebab Cemburu


Sungguh aku ketawa riang.
Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini?
Senyum nampak gigi.
Kau mula rasa sakit hati?
Gigit bibir sampai nampak gusi.

Gadis, ah tidak, kau seorang wanita.
Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan?
Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya.
Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)

Apa yang kau takut sebenarnya?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila?
Sekejap, kau buat begitu kenapa ya?
Aneh tahu?
Ketawa.

Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya?
Aku : (ketawa) Aneh dengan soalan kau. Kenapa?
Kawan : Aku tahu bukan senang cari pengganti.
Aku : Tiba-tiba aku rasa ayat itu macam celaka, kenapa ya?
Kawan : (ketawa) Jangan salah anggap. Maksud aku, kau buka diri kau pada cinta secara serius selepas cinta pertama yang gagal - itu pun selepas empat tahun. Pasti tak mudah lupakan bukan?
Aku : Melupakan cinta sungguh bukan aku.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau berusaha melupakan, bermaksud aku letakkan orang yang pernah aku cinta dalam kepala. Aku tak mahu, biarkan sahaja berlalu.
Kawan : Jadi kawan sahaja?
Aku : Terpulang kepada keadaan.
Kawan : Kazuya?
Aku : (ketawa) Kau ingat lagi nama dia.
Kawan : Ingat sebab itu kali pertama aku lihat kau dekat dengan lelaki.
Aku : (ketawa) Benda begini aku tak mahu ingatkan kembali. Tersimpan dalam kalendar yang aku sudah lupuskan, kita tak selak kalendar ke belakang.
Kawan : (ketawa) Betul kata kau. Ni, teman wanita aku baca blog kau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Dia tahu kita rapat, dia takut kalau kau suka pada aku.
Aku : (ketawa) Kau rasa aku suka kau?
Kawan : Manalah aku tahu.
Aku : Ya, aku suka kau.
Kawan : Jangan main-main!
Aku : (ketawa) Kau kawan aku, mestilah aku suka kau. Ada orang kawan dengan manusia yang dia benci?
Kawan : Betul juga kan?
Aku : (ketawa) Jangan sampai aku kata belajar bertingkat-tingkat, bangangnya bertingkat-tingkat juga.
Kawan : Sumpah keji. Tapi teman wanita aku tetap risau.
Aku : Dia nak risau apanya? Kau cakap sahaja pada dia yang aku ada teman lelaki baru, habis cerita.
Kawan : Makcik.
Aku : Apa panggil aku makcik?
Kawan : Sebab kau cepat lupa. Kan aku kata dia baca blog kau, mestilah dia tahu kau belum ada teman lelaki baru.
Aku : Kau cakaplah pada dia yang aku ada teman lelaki baru, tapi aku sengaja tak tulis di blog.
Kawan : Boleh ke cakap macam tu?
Aku : Boleh, cakap sahaja.
Kawan : Kenapa perempuan benda kecil sebegini pun nak rasa tak selamat?
Aku : Itu sifat perempuan aku rasa. Sekali dia dapat sesuatu, dia akan jaga dengan sepenuh jiwa, tidak akan dilepaskan dengan mudah, lebih-lebih lagi pada perempuan lain.
Kawan : Jadi kau bukan perempuan.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Sebab kau lepaskan hak kau pada orang lain tanpa rasa kecewa walaupun sebesar kuman.
Aku : (ketawa) Kau tak tahu apa yang berlaku, maka kau tak berhak letakkan sebarang hukuman.
Kawan : (ketawa) Kau masih berselindung tentang cerita sebenar kan?
Aku : Tak perlu tahu benda peribadi sebegitu.

[Gambar : Maaflah kalau kamu tanya tapi aku tak pernah jawab dengan kata-kata]

Ketawa.
Sekejap, kenapa aku tulis ini semua?
Ya gadis, aku tahu kamu akan baca. Bukankah kamu sedang melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah? Tolonglah dahagakan darah sahaja, bukan dara, boleh?
Ketawa kuat sambil meludah.
Tepat ke tanah.
Merah.
Sarkastik sedikit pula Cik Zahrah.

Aku : Sekejap, teman wanita kau cuma baca blog aku?
Kawan : FB, Twitter semua pun dia baca.
Aku : (ketawa) Sebenarnya dia bukan patut risau akan persahabatan kita berdua.
Kawan : Aku dah banyak kali beritahu dia.
Aku : Dia patut risaukan diri dia sendiri. Kenapa dalam banyak-banyak kawan kau, dia tembak aku?
Kawan : Sebab dia kata kau popular.
Aku : (ketawa) Sekejap, sambung berbual nanti, aku nak berak.

Sepanjang pagi dari jam lima pagi aku cirit birit. Benci betul kena guna Twitter dalam tandas tahu?
Ketawa.
Kalau kau baca Twitter aku dan jumpa #chamberofsecret - kau boleh teka aku di mana.
Eh?
Ha ha ha.
(Muka merah)

http://farm4.static.flickr.com/3495/3317405332_4e198ca069.jpg
[Gambar : Cuba tengah seronok guna Twitter, makhluk ini terjengul? Ampun, tak nak!]

Aku : Dah siap, sambung-sambung. Siapa kata aku popular? Aku bukan popular pun.
Kawan : Dia kata begitu.
Aku : Sebenarnya aku yang risau ni.
Kawan : Risau kenapa?
Aku : Sebab dia asyik baca semua benda tentang aku, aku takut dia jatuh cinta dengan aku pula.
Kawan : (ketawa) Gila puaka ayat.
Aku : (ketawa) Dah dia setiap hari dah jadikan benda pada diri aku sebagai benda wajib baca, bahaya tau?
Kawan : (ketawa) Gila kau.
Aku : Cakap dengan dia, tak perlu risau. Aku kenal siapa diri aku, aku kenal kau.
Kawan : Nanti aku cakap lagi.
Aku : Bagus. Kirim salam dia dengan ucapan, janganlah sampai jatuh hati dengan aku.
Kawan : Gila.
Aku : (ketawa) Dan lagi, beritahu jangan cemburu dengan aku.
Kawan : Baiklah.
Aku : Berbulu aku kalau perempuan cemburu dengan aku.
Kawan : Bukan semua orang berbulu ke? (ketawa)
Aku : Oit!

[Gambar : Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita, pakailah. Tapi aku tidak akan pakai sebarangan, begitu juga dengan kau kan?]

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Isnin (21 bulan 2), adalah hari yang sangat sibuk.
2. Selasa (22 bulan 2) adalah ulang tahun lelaki yang paling aku sayang di dunia.
3. Minggu ujian bulanan bermula hari Rabu hingga minggu depan.

Zara : Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat-ayat konon sarkastik kau? Maaflah. Itu bukan sarkastik yang menyakitkan, ia melucukan sebab sarkastik bukan ayat melucah. Kau salah guna dengan orang yang lebih mengerti hingga membuatkan aku ketawa senak perut sampai ke ulu hati.

31 comments:

Unknown said...

like this post....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ Miss Ran :

Thanks dear~
XD

takky said...

"Ketawa kuat sambil meludah.
Tepat ke tanah.
Merah.
Sarkastik sedikit pula Cik Zahrah"...
wow, mendalam sgt2 mksud nie...
risau plak...
jge diri bek2 taw akak...
^^

M. Faiz Syahmi said...

masalah sosial yang takkan pernah habis.

haih.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky :

No worries dik.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

M. Faiz syahmi :

Apahal kau tak guna nama comel FB kau kat sini?

Mencik tau~

XD

miemen said...

suka sangat...
cuba jd kuat mcm lord zara...
tapi, dihantui oleh manusia yg masih x faham bahasa...
dah buang, kita move ke depan...tapi dia nak kutip balik, sapa yang nak..
huh!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@miemen :

kena kuat kalau sayang diri sendiri.
:)

ashiqin said...

like this post........... =)
smoga tabah menghadapi hari2 seterusnya...

LALABIELA said...

like entry nihh..

Mrs Poyo said...

dlu marka kwn lelaki aku call aku..lepas tu dia marah2 aku..maki2 aku sebab dia kata aku suka pakwe dia..nak rampas pakwe dia..
Aku gelak ja...hahahahha..sampai dia kata aku gila..tapi aku gelak bkn apa..aku rasa dia prempuan bodoh main serbu tak pakai helmet..padahal aku bkn ckp ngn bf dia sgt pun dlm kelass..hahahahah...lg satu..dia ckp bila dia tgk nma aku dalam contact hanset bf dia..dia dah tau aku jenis suka rampas hak orang..gila??apala salah nama aku ni..hahahhahahaha..

jejaka senja said...

perempuan. makhluk berkromosom xx. aku tak tau kenapa kaum hawa begitu ganas dalam soal ini.

sekasar-kasar lelaki, kami tidak begitu ganas dalam cinta.

selembut-lembut perempuan, mereka mampu berubah menjadi chin peng (eh?).

"ah, pompuan bukan untuk difahami. sampai bila2 takkan faham. pompuan utk dijaga dan disayangi sahaja."
- pujangga melayu-

misz aisya said...

hye kak zara!! like this post yah!

hurmm perempuan mmg cmtu kan..suka cemburu..and sanggup gaduh sbb lelaki. LOL~~

Lalala said...

macam2.. biasalah tu.. lagi pun kita sendiri pernah lalui.. jadi kita faham

ieda Qema said...

tapi ak selak juga kalendar lepas... x kiralah kat dinding or kat henpon! haaaaaaaa!..

Wawa Amran said...

I love this post.. I just like reading all ur posts.. Ur a good writer indeed~ =)

suffer8zine said...

pernah lalui ni

Terkini : Ular Albino Berkepala Dua

± said...

kadang lelaki lebih suka dgn perempuan yg selamba macam kau,senang nak berkongsi cerita...mungkin jugak ciri2 maskulin dalam diri kau agak kuat...passionate on football might be one of it?

cik ciput said...

mesti seronok berkawan dengan awak cik zahrah.. ;)

amier azrul alias said...

hoho..
hangat entry nih! ;p

Cikgu Tie said...

suka entry ni.

Schubert Serenade said...

problem perempuan yang takkan ade penghujung!!
biasala, perempuan...EMO!!
haha^_*

Tieah Madian said...

Kwang3..
Best!


Entry Terbaru 1 : Calon Pilihanraya UM, Mastura Abu Bakar Hilang dan Telah Dijumpai
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

Tieah Madian said...

Naya kan..
Takut plak teman wanita 'kawan' tu jatuh cinta kat ang..


Entry Terbaru 1 : Calon Pilihanraya UM, Mastura Abu Bakar Hilang dan Telah Dijumpai
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

Jey said...

no comment..
just love this entry :)
u're so cool beb

tomato said...

weee~sukak2 :D

Siti Nurhayati Dollah said...

entry yang cool. ;)Saya suka

=MiMiE= said...

lmbtmcm snail ouh bru tbaca entry nie... jgn mrh eh.. =)

sy ada gak mjumpa manusia spesis gni yg mcm takot sgt bf/gf kne bwk larik oleh bestfren sndiri.. rimas kot.. ape2pon, chill je.. for me, kalau kita xlayan org mcm tu, lama2 dia akan diam sendiri dan termalu sendiri sbb dah salah judge org.. =)

p/s: budak baru nk matured bg opinion. jgn marah. :)

Unknown said...

wahai zara ku sayang, aku suka cara engkau.aku cinta karya engkau.:)


minta izin share.untuk bg temanku rasa girang dan senang.:)

Cik Jaja said...

agk trlmbt bce entry nih..
em,nway.. da beshla post ni..
sbb sume ni btol2 brlaku kn..
susa nk atsi lw org cmni..

Anonymous said...

baru terbaca blog zara....layout cute giiiiiiiler!!!...n entry pon gempak..serius terpikat..baca sambil senyum2...