Wednesday, February 16, 2011

Bila Jatuh Cinta Dengan Orang Yang Tidak Mengerti.


Diam mati.
Ini bukan masa untuk teruskan apa yang dikejar selama ini.
Tamat sebuah cerita tanpa seni.
Mustahil untuk benang takdir bercantum lagi.
Tiada alasan untuk berpatah balik kembali.
Senyum sendiri.


[Gambar : Apa yang kau renung dan dengar hanya sayu teriakan sebuah jiwa]

Pahit.
Sakit.
Kuat menjerit.
Apabila kita sebenarnya jatuh cinta dan menyimpan perasaan pada orang yang langsung tidak mengerti bahawa kita sejujurnya sangat menyintai dia tetapi terpaksa memendam perasaan akibat takut kehilangan manusia yang hadir dalam diri. Ada kalanya terpaksa mencari cinta lain sebagai satu alasan melarikan diri dari terus memikirkan manusia tersebut.
Sadis eh?
Entah.

Masih ingat tentang Moon dan lelaki kulit cantik?

Perkongsian dengan beberapa orang teman yang mulai risau akibat masih tidak mempunyai ikatan walaupun umur sudah semakin meningkat (baru dua puluh empat tahun pun dah risau ke? - Baiklah, itu pendapat masing-masing kan?) membuatkan aku terfikir betapa suatu ketika dahulu, aku sudah cukup bersedia untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa ada teman di sisi sebelum menukar fikiran sebentar, walaupun sudah kembali kepada pemikiran, tanpa teman di sisi sekalipun, hidup perlu diteruskan.
Senyum lagi.

Kawan : Aku ada suka seorang ni.
Aku : Dia suka kau ke tak?
Kawan : Entah.
Aku : Cuba jaya kalau kau nak.
Kawan : Malu.
Aku : Kalau malu, kau tidak akan dapat jawapan.
Kawan : Habis tu macam mana?
Aku : Terpulang. Mana tahu kalau dia suka kau.
Kawan : Kalau tak?
Aku : Kau redha sahaja.
Kawan : Aku rasa aku dah tua sangat nak sebut perkataan cinta.
Aku : Baru nak masuk dua puluh lima kot?
Kawan : Macam budak-budak benda ni kan?
Aku : Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni?
Kawan : Cinta ni untuk budak-budak sahaja kan?
Aku : Cinta monyet, ke cinta anak anjing ke apa ke mungkinlah kot? Tapi yang dewasa tetap perlukan cinta kan? Kalau tak, mana mungkin terjadi perkahwinan tanpa cinta, kasih sayang?
Kawan : Aku takut.
Aku : Kau takut dengan jalan yang kau nak pilih?
Kawan : Bagaimana kalau pengakhiran dia tak sama macam yang aku nak?
Aku : Kau dah nampak ke?
Kawan : Tak.
Aku : Dah tu kenapa nak jadikan diri kau pesimis?
Kawan : Bujang lagi senang kan?
Aku : (ketawa) Nah! Kau mula menyimpang.
Kawan : Betulkan? Kalau tak, kenapa kau masih belum berteman?
Aku : (ketawa) Aku muda lagi mungkin, dan aku masih banyak perlu aku kejar. Soal teman hidup dan sebagainya ini biarlah datang seiring dengan perjalanan aku nanti.
Kawan : Macam mana ni Zara? Nak cakap tak pada dia tu?
Aku : Terpulang. Aku cadangkan kau tetapkan hati kau dulu, doa banyak-banyak, buat solat hajat, istikharah dan sebagainya. Kalau kau betul-betul pasti dengan ini semua, insyaALLAH, semuanya akan berjalan lancar.
Kawan : Tolong aku.
Aku : Eh, tolong macam mana?
Kawan : Tolong cakapkan.
Aku : Kau gila? 
Kawan : Kau seorang sahaja yang aku percaya.
Aku : Boleh tu boleh, cuma aku nak kau betul-betul yakin. Kalau kau yakin, aku akan cuba untuk kau.
Kawan : Betul ya?
Aku : InsyaALLAH.

[Gambar : Sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain]

#Banyakkan doa, solat hajat dan sebagainya.
Itu benda termudah yang kau boleh lakukan. Siapa lagi yang Maha Menolong dan Mengetahui? Tentulah Yang Maha Pencipta. Pada Dia kita kena memohon bukan? Maka, banyakkan doa dan semoga, jalan yang kamu mahukan akan terbentang luas serta dipermudahkan.

#Usaha.
Ya, tiada benda yang akan datang bergolek begitu sahaja. Perlu ada usaha dari diri sendiri. Selain doa, solat dan sebagainya, persiapkan diri sendiri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perkara sebegini. Ada orang yang lebih suka memendam perasaan dan membiarkan perasaan itu berkubur begitu sahaja sehinggakan rasa menyesal menghantui diri sepanjang hidup. Apa kau nak hidup dalam keadaan begitu sahaja?
Sanggup?

[Gambar : Ada sesiapa yang berangan mahu jadi seperti Snow White ke? Tunggu putera raja datang cium dan membangunkan diri dari lena yang panjang akibat sumpahan ibu tiri yang kejam? Boleh kalau nak simpan impian, silakan]

Kau : Nak tunggu ada orang datang melamar.
Aku : Nak tunggu sampai bila?
Kau : Tunggu sahajalah. Kalau ada, ada. Kalau tiada, bukan rezeki.
Aku : Tahukah kau menunggu sahaja tanpa usaha seperti menunggu teksi atau bas datang?

******

"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."
[Dari sini dan sini dan sini]

http://farm5.static.flickr.com/4151/5064648324_73cd1aabe4.jpg
[Gambar : Siapa tahu suatu hari nanti kesabaran akan berbayar?]

Kawan : Hari tu aku jatuh cinta dengan dia, tapi bila ada lain yang melamar, aku terpaksa berusaha lupakan dia.
Aku : Tapi sekarang yang lain itu dah tiada kan?
Kawan : Ya, tapi dia tahu hari tu aku dah bersama orang lain walaupun hakikatnya hati aku tetap pada dia.
Aku : Jadi?
Kawan : Macam mana aku nak beritahu pada dia yang aku pernah sukakan dia dan masih sukakan dia?
Aku : Dia pernah tahu kau suka dia?
Kawan : Entahlah, cuma ada kawan dia yang mengusik kami berdua.
Aku : Reaksi dia?
Kawan : Entah, khabarnya dia hanya tersenyum sahaja.
Aku : Petanda baikkah?
Kawan : Entah. Pening aku.
Aku : Cubalah kalau kau rasa kau boleh.
Kawan : Tapi sejak kebelakangan ini, dia seperti sudah punya orang.
Aku : Ah, benar? Dari siapa?
Kawan : Dari percakapan dia hari itu, dia seperti sudah ada orang yang dia suka.
Aku : Kalau begitu, dapatkan kepastian.
Kawan : Kecewa aku. Sungguh.
Aku : Belum pasti lagi kan?
Kawan : Betul, tapi hati aku rasa terguris sendiri.
Aku : Alahai.

Moga segalanya dipermudahkan.
Semoga segalanya berjalan baik.
Itu sahaja doa aku.
Buat kamu teman.

Nota Kaki :
1. Sejak kebelakangan ini banyak terjumpa orang dengan ayat klise.
2. Menunggu kedatangan budak yang nampaknya ponteng lagi.
3. Memulakan sistem merit sendiri dengan memotong markah murid yang tidak menyiapkan kerja.
4. Sudah pandai menggunakan sistem disiplin. Habislah siapa yang tidak buat kerja selepas ini. Surat amaran pasti akan keluar berterbangan dari mesin pencetak.

Zara : Buat yang mahu menaburkan benih benci dalam hati aku, maaflah. Kamu sedang memilih tanah yang tidak subur untuk meluaskan kawasan adu domba. Carilah kawasan lain yang boleh dibajai dengan najis iblis dan syaitan.

16 comments:

Anonymous said...

GUMIHO!

cinta itu indah, kalau makan sorang-sorang pun tak apa lah, kalau orang yang kita cinta itu tak makan sama.

tapi...
katakan lah, ramai yang ajak makan sama, walhal, diri sudah konfius, semua menunjukkan minat nak makan sama.ditolak, susah, diterima, lain pula jadinya.


p/s: gua heran sapa lah suka sangat nak tanam benih benci ni. macam dia ciptaan yang sempurna walhal sama macam kita, berasal dari tanah yang kotor.

Mra Mastura said...

akak, apa yang akak tulis macam ada kene mengena lagi dgn mra. mra suke kat someone. and yes he knows bout it. tapi nak kate usaha mndekati tu, mra da stop..sbb dy mmg xmrh, cume mra takut kalau dy akan jauh pulak nanti. annoyed mungkin. tapi mmg cinta tu perlu dinanti, dan ianya mmg mnguji kesabaran..

=) akak br 24,, its okay.akan ad yang dtg mengetuk pintu hati tu XD

mama maman aka yana said...

hidup perlukan pengorbanan... just pastikan pengorbanan berbaloi... kalu tidak sekalipun... terima kenyataan... bukan dia diciptakan utkmu.... jodoh ditangan Ilahi...

Wedelia Ryo said...

adus..cam kena kat diri sendiri plak.. suka tp tak berani nk bersuara sbb kita ni girl..hmm.. tahla.. susah sgt rasa gini..

MamaFarhan said...

zara..

cinta ni pelik tapi unik.... buat kita jadi mcm org gila... kadang2 suka...kadang2 menangis.. moga ia akan buat kita bahagia selamanya...


p/s: manusia mcm tu la... mana boleh tgk org senang... tabah la wahai zara..

takky said...

cinta umpama taman puzzle.....
ianya memang memeningkan....
kerana tidak tahu yg mana satu jalan yg patut kita tuju....

jejaka senja said...

ramai orang takut bercinta. dan tak ramai orang sanggup kecewa sebab cinta.

nurayunni said...

cinta..walaupun xde spe2 yg bls...

APi said...

terlalu banyak untuk diungkap tentang cinta..
masing masing punya pandangan sendiri..
tapi yang pasti, cinta itu harus dicari..
walau ia akan datang nanti..
namun naluri manusia mencintai..

Hami Asraff said...

Sangat setuju dengan ungkapan "Sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain". Kekadang kita ingin mencuba tetapi tidak berjaya. Hanya disebabkan ungkapan sedemikian.

Nur Iswari Masree said...

salam kak zara.. nangis pula bca entri kkak nie.. haha..:) ada kaitan dgn sya.. Sya sua luahkn dgn da.. tp da hnya kta OK.. dan skrg kmi trptus hbungan... ssah nak dktakn skrg mcm mna.. lbih pdih lg bila tau da dh ada gf.. hati ini pedih tp x tau nak buat apa.. apa bleh buat mgkin i2 takdi buat sya...

Schubert Serenade said...

Falling for someone ain't a crime!!
but falling for wrong person is a big crime thou...^_*

hoya hadis said...

salamkenal..
tulisan yang menarik..kreatif.tak merapu pun.teringin jugak nak jadi
penulis macamni..tapi otak terase cam membeku.takde idea langsung..
ha..ha..

doublepurple said...

mengalami bnda yg same.sgt fhm situasi anda.kadang2 terasa rindu yg amat sangat.sakit tanggung sorang2 sedang kan pihak lagi satu diam membatu tak tahu menahu.kadang2 jugak terpaksa turun kn ego sendri contact dia dulu.sebb nk tgu dia start memang susah lah.bila dapat respon yang suam2 kuku.better amik langkah reverse kan diri dari sume benda yg menyakit kan ni.kalau betul dia rasa ape yg kita rasa, dia akn cari kita jugak satu ari nanti n rasa kehilangn tanpa kita dalam hidup dia.=)

doublepurple said...

mengalami bnda yg same.sgt fhm situasi anda.kadang2 terasa rindu yg amat sangat.sakit tanggung sorang2 sedang kan pihak lagi satu diam membatu tak tahu menahu.kadang2 jugak terpaksa turun kn ego sendri contact dia dulu.sebb nk tgu dia start memang susah lah.bila dapat respon yang suam2 kuku.better amik langkah reverse kan diri dari sume benda yg menyakit kan ni.kalau betul dia rasa ape yg kita rasa, dia akn cari kita jugak satu ari nanti n rasa kehilangn tanpa kita dalam hidup dia.=)

Anonymous said...

kisah ini mengingatkan aku tentang kawan baik aku, dia sukakan lelaki A ni, aku katakan luah saja, dia pun luahkan, tapi lelaki A terus terang kata dia ada org lain, memang dia sedih tapi at least dia mencuba kan? pastu dia suka lagi lelaki B kali ni dia tak mau luahkan even aku da pujuk dia, pastu dia jumpa lelaki C, dan mereka bercinta dan seterusnya bertunang even masih ada rasa cinta juga ckit2 kat lelaki B. kawan aku tu bgtau kat lelaki B dia bertunang da, nak tau apa, lelaki B terkejut sgt, sebab dia ingat kawan aku tau perasaan dia kat kawan aku, ok ni salah dua2lah tak berterus-terangkan

dan cite ini mengingatkan aku pada cinta pertama aku.. ya, kami berkenalan hanya melalui sms, tak sampai sebulan dia da lamar aku jd kekasih dia.. terkejut memangla, tak sangka, bila ditanya.. jawapan dia, hati da berkenan, tunggu lama, nanti aku dikebas org, dan kalau aku tak terima xpa at least dia da berusaha awal2..dan da jodoh aku terima dia..

bg aku kalau suka luahkan saja, memang malu kalau kena reject, tp at least tau apa yang org tu rasa..