Friday, February 25, 2011

Kita Kawan Dulu - Tapi Kalau Dah 8 Tahun?


Itu sendiri mahu fikirlah.
Aku tak boleh fikir untuk kau.
Otak aku sedang serabut dengan tugasan aku.
Kepala kena fokus, otak berbulu.

[Gambar : Mangkuk cinta. Tapi kalau kau buat perangai macam apa, maka kau layak digelar mangkuk]

Kawan : Kau jadi pergi Skudai hujung minggu ni?
Aku : Belum tahu. Macam ada kerja yang muncul tiba-tiba.
Kawan : Orang lain dah kahwin tak berhenti-henti, kita ni bila?
Aku : Kau tu yang dulu, aku lepak lagi.
Kawan : Untung betul muda ni kan?
Aku : (ketawa) Muda tak sangat, dah 23, cuma ya, aku memang muda dari kau.
Kawan : Aku ni dah bercinta lebih lapan tahun, masih tak ada apa-apa lagi.
Aku : Lapan tahun dah lama sangat dah kot?
Kawan : Ada orang lagi lama.
Aku : Satu soalan, adakah masih rasa bahagia?
Kawan : Bergantung juga. Hidup kan tak selalu cerah.
Aku : Lama sangat pun susah kan?
Kawan : Itulah. Bila ditanya, asyik kata kita kenal hati budi masing-masing dulu, kita kawan dulu, tapi dah lapan tahun.
Aku : Nak kenal apa lagi? 
Kawan : Entahlah. Penat menunggu tapi hati sayang lagi.
Aku : Kalau sayang, sila tabah ya?
Kawan : Kita ni perempuan, ada waktu yang sesuai untuk mulakan keluarga, melahirkan. Kalau dah lambat sangat, pergi mati dengan pandangan masyarakat, yang penting kesihatan diri bagi bayi.
Aku : Baiklah, itu aku tak boleh menidakkan.
Kawan : Kau muda lagi, takpe.
Aku : (ketawa)

[Gambar : Bila kita nak kahwin ni?]

Apa pendapat kamu semua?
Ada sesiapa yang dah bercinta bertahun begini juga?
Aku belum mahu mengulas panjang lagi.
Siapa mahu kahwin, jemputlah aku sekali.

Nota Kaki :
Sedang sibuk menanda kertas jawapan.

Zara : Aku masih seorang (seekor?) gumiho.

28 comments:

Anonymous said...

lama sekalipun,



tapi manusia ini dinamik.


naik turun naik turun macam graf gelombang sin. kadanga-kadang overdamped.


maka cinta ini untuk orang yang sanggup ambil risiko.

yang macam kita-kita ini.



keh3.

Amir Said said...

kahwin la cepat sebelum terlambat...

takky said...

untung la org di sana masih dpt bercinta....
saya, cinta pun tak tahu mcm mana rupanya...
huhuuhuhhuh

oshinz said...

cinta memerlukan masa untuk kite belajar. macam konsep lifelong learning. better late than never. tapi kalau lelaki macam ta nak kawen tu maybe die blom ready. cube berbincang secara serius dengan lelaki tu.

Hanys Najib said...

lelaki yg sebegitu nampak penakut. maybe takut utk jalankan tanggungjawab bila dah kahwin nanti, plus, kalau dah 8 tahun berkawan, 8 tahun ok! and he gave that kinda reason, sorry to say, baik lupakan aje dia.. tp, tu lah, susah, sebab ni hal hati dan perasaan, kan?
;)

APi said...

23 muda lagi kot aku rasa..
aku rasa la..
tapi kalau dah sampai seru cepat cepatkanlah..
benda baik tak elok dibiar lama lama..

Anonymous said...

gumiho!



*brrrr. <---kelaparan.

cik ciput said...

4 years, and now it's over..

tapi sy xde la menangis meraung2 bila perkara ni terjadi..

pelik bila rasa bahagia yang datang selepas semua ni berlaku..

jadi sy buat kesimpulan, itu tandanya tiada cinta lagi dlm hubungan kami..

semoga dia berbahagia dengan tindakannya.. =)

LaDy DeLLaZ said...

8 tahun, kena tgk dia bermula dr bila.. kalo start cintan cintun dr form 1, mmg la patut kalo smpai 8 tahun.. dok kira2, baru 21 tahun kalo brcinta dr 13 tahun..

tapi, kalo bercinta dr umur 20 tahun, skng da jadi 28 tahun, tak patut sungguh itu jantan! lebih2 lagi, kalo dia da lama kerja, da ada simpanan utk kawen, mmg wajib bg kata putus.. mau teruskan atau tidak!? sedangkan yg lum kerja tetap, yg msh tak cukup simpanan, dah ada yg tunang/kawen..

kpd kawan trsebut : sila minta jawapan pasti segera.. perempuan makin lama, makin berisiko utk bersalin.. kalo kita je dok sayang dia, tp dia kata sayang tp tak berani nk bg jawapan (at least bertunang dahulu, kn da 8 tahun kenal, dpt nikah terus pn bagus), better cari someone else la.. yg lebih bertanggungjawab dan serius dlm perhubungan yg dihalalkan agama.. :)

FARHANA said...

klu dh 8thn laki tu still kata kawan dl..xtau la..ni laki spesis penakot ni

Fasihah Supian said...

haih...xbosan ke lame2.....kawin la cepat...huhu

Nadyahoney said...

Terpulang pada individu sama ada tuk meneruskan perhubungan atau tidak..cuma sblm itu pastikan dia serius dgn kita. bukan ape, takut kita tggu lame tuk bersama dgn dia, tp akhirnya dia nikah dgn org lain.alasannya, sbb dah lama, dah bosan n xde keserasian..baru skg xde keserasian setelah lama bersama?ha..saper nak jawab tu??

shasha said...

2001-2011
10 years and counting...masih mengharap...entah bila impian akan terlaksana..

misz aisya said...

kak zara muda lagi lah..tak payah stress sgt psl kahwin kan...yg ptng doa dri skrg agar dikurniakan jofoh yg baik..amin~~

nuraarin-life said...

Saya subject yang telah bercinta selama 10 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan..

Apa yang saya tahu:
Selama 5 tahun perkenalan, mmg rasa nak kahwin tapi masa itu saya muda lagi, parents tak setuju..
After 8 years, ada masalah family pihak lelaki jadi di tangguhkan lagi.. sehingga lah sekarang dan insya allah bulan depan akan disatukan..

Kesimpulan: Lama atau tidak perkenalan tapi kalau sampai 8 tahun pun tak ada perancangan, tidak perlu ditunggu lagi perhubungan ini

TheBentPencil said...

Kawan baik saya kebanyakannya long term empat, lima, malah tahun.
Ada kawan sy yang berkahwin selepas tahun ketujuh. ok je.


ada sebabnya. mungkin ekonomi tak baik lagi. masing2 kenal time matrikulasi, sekarang baru nak stabil dalam syarikat etc.

tapi ramai kawan yang kerja kerajaan, kahwin cepat sungguh. stabil katanya. hahaha.

noorafzan said...

sayapun lama gak tap itak selama si dia tu la.
dah nak masuk 6 tahun.
tapi, Alhamdulillah, bulan Jun ni kami kahwin. So, jemput le ye zara datang.
address please.

Mrs Poyo said...

yang baru berkawan 2 tahun pun dh mula ssah hati..
inikan plak yang dah 8 tahun..lagi la..

LynnAiza said...

agree with this statement..

Kesimpulan: Lama atau tidak perkenalan tapi kalau sampai 8 tahun pun tak ada perancangan, tidak perlu ditunggu lagi perhubungan ini

MamaFarhan said...

ku adalah manusia yg berkasih dan bercinta selama 11thn 9bln 5hr.. termasuk berkahwin 2 thn 8bln 2 mgg 5hr... alhamdulillah sudah punya chaya mata berusia 1th 3 bln.

berapa lama cinta itu bertahan, terpulang pada diri masing2. kenapa tempuh yg sgt lama.. kena tgk dr pelbagai sudut cth kewangan, family juga perasaan. berkahwin ini bukan mcm bercinta hri ni putus esok boleh cari lain... pikir betul2, dlm2 bersedia atau tidak sebelum memulakan langkah seterusnya.


zara: masa akak seusia zara, akak masih terlompat2 atas padang, wakil poli utk ptandingan bola jaring... :)

Unknown said...

kite same 23 :)

nur said...

wah gambar sangat tak boleh bla..hahha...

wah..saya pon dah lapan tahun kenal..tapi macam tuhla..on off..on off..tapi sayang tuh tak penah luntur..muahaha....tapi perjalnan masih jauh banyak benda yang mungkin akan jadi pada masa akan datang..if im 23 or 24 saya akan fikir..but now enjoy first..hahah

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

Dinamik eh?
Ha ha ha.

:)

Anonymous said...

Salam. 1st time leave comment kat sini. :)

template baru ni sgt comel lah... mcm kak zara.. wee~~

ttg post kak zara ni, x tahu nk ckp apa sbb x de pengalaman lg. tp drpd senior2 (mak, makcik, nenek, etc) selalu ckp, proses mengenali pasangan masing2 yg sebnar2nya adalah bila dh jadi suami isteri. diorg selalu ckp, waktu ni la dh x de nak selindung2 apa. entahlah. x melalui lg. :)

Mra Mastura said...

ada jugaklah. kwn2 skola dlu. skang ade jugak da 6-9 thn bersama..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

bercinta lama² rasanya memang tak mahu ada komitmenlah tu..

ima said...

kak zara,
kawan sy penah kata, kalo laki tue betul2 suka, xder tunggu bertahun2.

mameramni said...

kalau ak kawen tp xd kenduri(mksdnya jmput close relative only)ko kcik ati jgk?