Friday, February 18, 2011

Menyamar Jadi Teman Lelaki Demi Kegembiraan Dia.


Salam semua.
Terima kasih buat yang sudi menonton Vlog aku sebelum ini. Ya, kali pertama buat video yang sememangnya mendapat kutukan nasional dan juga antarabangsa. Tahap global sudah blog aku rupanya sebab ditonton selain dari mereka yang tinggal di Malaysia (padahal yang di luar negara pun kebanyakannya adalah orang Malaysia).
Senyum.

Tidak menulis dan melihat matahari berlatarkan awan dan langit biru memberikan aku ilham merakam satu lagi video yang ternyata tidak sanggup aku muatnaik disebabkan tangan aku menggigil memegang telefon genggam sewaktu memandu. Ya, sengaja aku letakkan telefon dan cuba berkongsi dengan kamu semua tetapi entahlah, aku cuba buat lain kali, mungkin.

http://farm4.static.flickr.com/3663/3437584330_4bab6e37a0.jpg
[Gambar : Maaflah buat yang menyatakan aku buat Vlog disebabkan aku sunyi]

Panggilan telefon dari seorang rakan lama tadi setelah dia minta nombor telefon aku selepas sudah lama tidak berjumpa (berhubung menggunakan Internet serta hilang nombor aku) membuatkan aku tertanya-tanya. mengenai sesuatu Apakah persahabatan dan cinta itu membuatkan manusia acapkali keliru demi melihat sebelah pihak gembira atau kedua-duanya sekali menikmati bahagia?

Kawan : Eh, terima kasih sebab sudi bagi aku nombor telefon kau.
Aku : Tiada masalah. Apa benda yang kau nak cakap tadi?
Kawan : Ingat tak yang aku cakap aku baru bujang semula?
Aku : (ketawa) Geli dengar istilah bujang semula. 
Kawan : Kau pun sama kan?
Aku : Ceh! Tapi aku tak guna perkataan bujang semula ya?
Kawan : Ye la. Bekas teman wanita aku, sebenarnya kawan baik aku.
Aku : Tahu. Jadi?
Kawan : Dia datang jumpa aku siang tadi.
Aku : Eh, kenapa? Nak ajak rujuk ke?
Kawan : Ceh! Bukan. Cuma dia datang nak berbincang dengan aku pasal aku, dia dan teman lelaki dia yang baru.
Aku : Maksud kau, bekas teman lelaki dia yang dia ambil balik semula kan?
Kawan : Ya. Kau memang tak puas hati dengan dia kan?
Aku : (ketawa) Sebab dia boleh rasakan senang sangat dapat pasangan, padahal ramai orang lagi yang masih mencari.
Kawan : Emosional nampak.
Aku : Kenyataan dan aku tak merujuk pada sesiapa, hatta diri sendiri. Jadi, apa dia nak?
Kawan : Kau pun tahu yang keluarga dia tak suka dengan teman lelaki dia tu kan?
Aku : Kau ada cakap hari tu. Jadi, kenapa?
Kawan : Dia tanya pada aku, boleh tak aku kembali pada dia sebagai teman lelaki pura-pura. Kira menyamar kononnya kami dah kembali bersama untuk mengaburi pandangan keluarga dia.
Aku : Apa gila ke?
Kawan : Dia minta tolong sangat-sangat pada aku.
Aku : Kau gila kalau kau kata setuju.
Kawan : Aku belum bagi keputusan.
Aku : Jadi apa kau nak buat?
Kawan : Aku sayang dia, sayang sangat-sangat. Bahkan aku sebenarnya, cintakan dia lagi. Cuma, aku tak boleh nak halang dia kembali kepada kekasih lama.
Aku : Dan, kau nak kononnya masih bersama hanya nak selamatkan dia dari diketahui sudah kembali kepada kekasih lama yang keluarga dia tak restu?
Kawan : Lebih kurang begitu.
Aku : Kau gila.
Kawan : (ketawa) Mungkinlah walaupun kau lagi gila dari aku.
Aku : Tapi, ini soal hati. Apa kau nak menyamar sampai bila?
Kawan : Mungkin sampai hati dia terbuka semula untuk aku.
Aku : Dalam mata dia, dia tak nampak kau. Dia nampak lelaki itu sahaja.
Kawan : Untuk biarkan dia gembira, aku sanggup, sebab dia kawan aku.
Aku : Kau yang akan sakit sendiri nanti.
Kawan : Dia dah bagitahu pada keluarga dia tentang kami sebelum ini. Jadi, sebelum keluarga dia dapat hidu, lebih baik kami teruskan drama ini.
Aku : Apa yang kau nak sebenarnya dengan tolong dia ni?
Kawan : Kegembiraan dia.
Aku : Alahai. Dia gembira, tapi kau?
Kawan : Aku gembira bila dia gembira juga.

http://farm5.static.flickr.com/4070/4424650502_8bb2128b96.jpg
[Gambar : Adakah kau betul-betul gembira walaupun sebenarnya hati kau penuh duka?]

Aku sebenarnya mahu jeritkan kata marah kepada kawan itu sebelum aku tersedar bahawa setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza. Mungkinkah dengan menolong (boleh panggil menolong ke? Ludah!) bekas teman wanita dia itu, dia merasakan sedikit kegembiraan di dalam hati walaupun ternyata aku melihat kesengsaraan dia dalam cuba melepaskan bayangan cinta itu pergi.

Kali ini boleh bekas teman wanita kembali hanya dengan satu tujuan, mengaburi keluarga dia disebabkan dia kembali kepada bekas kekasih lama yang tidak direstui keluarga. Perempuan, betapa kau patut buka mata. Itu dikira menipu ya?

Bila menipu, dosa.
Mati seksa.
Masuk api neraka.
#ayatklise budak sekolah rendah.
(sambil goyang-goyang punggung dan penyekkan hidung)

http://farm5.static.flickr.com/4015/4518649911_5aa9557a66.jpg
[Gambar : Kau tahu kenapa badut lukiskan senyuman gembira di wajah dia?]

Kawan.
Kau tahu kenapa badut lukis senyuman gembira di wajah dia?
Ini mungkin disebabkan tiada siapa yang mengerti kesedihan dan kesengsaraan mereka.
Mereka membuat orang lain gembira tetapi di lubuk hati mereka, mungkin sedang menangis duka.
Kau mahu jadi boneka?
Permainan ketika suka?
Dilemparkan pergi bila bosan, buang begitu sahaja?
Kau mahu teman tercinta?

Kau jawab sendiri.
Itu sahaja aku mampu coret kini.

Nota Kaki :
1. Tangan cedera ringan akibat mengajar permainan bola tampar tadi.
2. Dalam mesyuarat sekolah, mendapat mandat menjadi kem komandan untuk perkhemahan ibadah (lempar seluar jeans ke tepi dan pakai baju yang labuh hingga ke lutut)
3. Mungkin tidak akan berada di depan komputer selama dua hari. Maafkan diri ini.

Zara : Salahkah aku terus tersenyum dan melangkah ke hadapan demi sebuah kehidupan? Tidak, kau bukan manusia yang pernah nampak aku jatuh, maka kau kurang layak untuk menegur aku sewaktu aku berdiri dengan bersusah payah mengemaskan diri yang bersepah.

24 comments:

qyqa said...

aaaahhhhh baiknya lelaki tu...
ramai lagi perempuan yg baik untuk dia..
tak payah nak tolong ex dia tuh..
atau cikgu pura2 jadi GF kawan cikgu tu untuk jauhkan perempuan tu???
mana tahu, pura2 nanti jadi nyata kan...=)

Mra Mastura said...

sangat tak patut.. :( tapi kerana sayang, memang sesiapa sanggup buat apa saja demi org dy sayang mungkin..

hope that he'll be strong and accept that the girls isn't his..

and hope la that girl xbuat pelik2 la lagi..kesian lelaki tu..

badut menyembunyikan kesedihan.. dengan senyuman.. then, saya nak jadi badut jugak..sebentar :)

Anonymous said...

sayu pulak baca entri ni.



hmmm.

AkuBukanLelaki said...

"Aku gembira bila dia gembira juga."

tragis disitu...

najwa's said...

haish, sedihnya. :( :( cinta setia kawan ko tu. huhu

KUKUMALU said...

Gembira dalam duka.
Sedih.

Pensilbengkok said...

tahniah jadi kem komandan. seronok weh...jalan2 malam2, pastu sergah budak2 yang tak tido lagi. hahaha!

oh ya, cerita saya hampir sama tapi terbalik.

kalau di sini mak bapak tak suka tapi anaknya suka, dalam kes kawan saya ni, anaknya tak suka tapi mak bapak suka!

setiap kali minta putus si lelaki pergi adu pada mak bapaknya, yang kemudian masuk campur suruh 'rujuk balik'.

haih...pelik beno...

takky said...

nak aje saye tunjuk entry akak nie dkat mak pompuan 2...
bia dye taw pragai sebenar anak dye...
ishhhh, geram2....

nk p kem ke????
nty pinjam la phone sape2 yg leh guna utk tulis entry tyme camping...
rase sunyi bile x bce new entry akak....

Orkid Edyliyne said...

ada pula macam tu... kesian dekat lelaki tu...
kenapa perempuan tu macam tu? tak fikir ke perasaan orang lain?
(sedih)

memanglah kita bahagia bila tengok orang yang kita sayang bahagia..
sebenarnya itu ayat mulut... diri tak boleh nak terima benda tu... hati juga menderita nak terima perkataan tu... apatah lagi otak yang lansung tak mampu nak makan ayat tu...
sakit untuk lihat orang yang kita sayang, bahagia dengan orang lain...
(sedih lagi)

semoga dia terbuka hati dan dipertemukan dengan orang yang tahu nak menghargai dia... bukan that girl...

ima said...

tertanya sendiri,

mungkinkah cinta itu boleh membuat manusia betul2 buta?

tahu gelap dan terus menambah kegelapan.

APi said...

kononnya gembira..
hanya untuk mengaburi hati yang sedang luka..
terpalit sejuta kecewa..
bila diri seolah disenda..

ishiko said...

oh...bukan menolong, tp tmbh membinasakan diri...
Hidup mesti diteruskan sis zara.. go! go! go!!!

jejaka senja said...

aku perasan jarang laki komen.

xpe. at least ada pandangan seorang lelaki.

aku tak pernah dengar seorang pompuan mampu buat apa laki buat. faktor jiwa mungkin.

lelaki boleh tolak ansur benda tak pasti tapi bukan pompuan. sbb pompuan hanya inginkan kepastian.

lelaki masih keras mencuba walau pada akhirnya ada potensi utk tewas. tapi pompuan?

pompuan hanya inginkan jawapan yg pasti. dan pompuan susah untuk terima kekalahan dan tewas. ini dari sudut cinta.

itu yg aku nampak dari kaca mata seorang lelaki.

Salimah Alias said...

love this entry..huhu..sedey..
yesh..aku setuju dgn abdul azim..even aku pompuan tapi aku mmg slalu nmpak lelaki yang byk bersabr dgn perkara yang tidak pasti...

qaseh said...

setuju dgn pndgn @abd azim b. mohd. isa

mmg knyataan dan slalunya lumrah stp perempuan hendakkan sesuatu yg pasti... agaknya sudah t'copy dlm DNA ktorg kot... bila sstu perkara lebih2 hal jiwa tak pasti... ktorang ni ssh nak tido tau... sbb tu sbgai lelaki jgnla main2kn perasaan perempuan ni kalau x pasti perasaan sndiri... @ skdar nak "test power macho"... tak baik tau.... utk kwn zara kat atas tu... x tau la mgkn LELAKI bley tahan perasaan dia kot... tp smpai bila???.. nnt sndiri yg sakit.. kan susah...

speckurosaklagi said...

hidup dlam kepuraan tiada erti kebahagiaan...

Miss Shizu said...

salam.

hebat kawan kau.kagum gak sekejap.hati dia kuat nak tempuh semua ni.lelaki kan?tak kisah buat apa saja untuk org yang dia sayang.kalau aku lah,rasanya sori beb.tak sanggup aku.dia happy,aku menangis.sori..hahha

p/s -->2 hari jek kan kem tuh?so,hari ketiga ko kena pastikan entry baru tersedia...=p

Unknown said...

Follower awk yg ke 3696
Salam kenal :)
nice blog :)

Dr. Rodzila Rodi said...

adakah dia gila?mungkin ya!!
bukan hati dan perasaan..
sebagai kawan..tak baik menyamar smpi begitu sekali..
bukankah cinta perlukan pengorbanan?
bukankah lebih baik, lelaki itu berundur, dan melihat wanita itu bersama lelaki yang tidak direstui keluarganya..
cehh...
emosional pulak...
yang wanita tu pun...dah tau, family tak restu..carikla yg org lain..aduhai...dunia..dunia..
hihihi..
kalau yakin ALLAH tu wujud..redha la..dengan setiap ketentuanNya..

dina diana said...

"Salahkah aku terus tersenyum dan melangkah ke hadapan demi sebuah kehidupan? Tidak, kau bukan manusia yang pernah nampak aku jatuh, maka kau kurang layak untuk menegur aku sewaktu aku berdiri dengan bersusah payah mengemaskan diri yang bersepah."


Dear Zara...

I love to read ur writting damn much!!sentiasa akan muncul kat sini tau..janji!!

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

cinta boleh bikin manusia gila..

FatinNad said...

salam kak zara :)

baeknye kawan akak tuh. semoga Allah akan temukan dia dengan jodoh yang terbaik. jadi kem komanden utk kem? syok tuh. hehe. tp kene ready fizikal n mental.

GOod Luck !

Anis Azalea said...

cinta mmg gila. dan tak patut ex gf mempergunakan kawan kau utk kepentingan dirinya. betapa bodoh menolong orang yang macam tu, sikit2 nak menipu. lama2 dah biasa...dah tak rasa berdosa..

mira ellyna said...

caranya adalah SALAH!!!!!!!!!!