#Dua kosong satu kosong
Kempen hari kekasih di mana semua wanita digalakkan tidak memakai seluar dalam (bagi yang mempunyai pasangan). Gila celaka punya kempen dan dianjurkan di kolej-kolej pula. Apa nak ramai orang berbondong-bondong buang bayi pada bulan Oktober, November?
Ludah.
#Dua kosong satu satu
Tahun ini hari kekasih itu jatuh sehari sebelum Maulidur Rasul. Ya, kelahiran kekasih kita semua (bagi yang beragama Islam), junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tetap ada yang pergi menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari, memanglah sumpah keji manusia sebegini. Yang 15 Februari, agak-agaknya kau pergi?
“ Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”
[sumber dengan penambahbaikan dari sini]
[Gambar : Cuba sentuh eh? Sentuh dan pergi (baca : Touch and Go)]
Aku bukan nak cakap dari segi hukum ke, apa yang dipesan oleh mufti ke, tapi dari satu aspek yang sungguh nampak secara berleluasa. Sambutan Hari Kekasih ataupun Valentine ini terlampau secara besar-besaran sehinggakan berlakunya pembaziran serta banyak benda mengarut lagi.
#Biskut dan coklat cinta
Masa inilah ramai yang jual biskut sempena hari memperingati kekasih ataupun pasangan masing-masing. Apa hari lain tak boleh? Masa ini juga semua gadis-gadis berlumba-lumba mahu menempah biskut atau coklat dari mana-mana pembuatnya. Sanggup berhabis duit semata-mata mahu pasangan masing-masing gembira walaupun mereka mungkin tidak menyedari pasangan masing-masing ada kebarangkalian mendapat kecing manis (baca : diabetes) akibat daripada pemakanan benda-benda manis begitu.
[Gambar : Saya cinta awak, awak cinta saya? Saya beri awak makan benda manis supaya hubungan kita sentiasa manis. Kalau awak kena kencing manis, saya boleh melawat awak di hospital setiap hari]
Jejaka : Pandai awak buat biskut.
Dara : Saya belajar ni tahu, semata-mata untuk awak.
Jejaka : Alahai, terharunya saya.
Dara : Segan saya.
Jejaka : Rasa macam makan biskut kedai.
Dara : Eh, mana ada?
Jejaka : Ni tanda harga apa?
Dara : Eh?
Kalau tak pandai buat dan beli, jangan kantoikan diri.
Terima kasih.
#Bunga cinta
Kalau nak tengok harga bunga mahal selain daripada waktu konvokesyen, masa hari kekasih adalah jawapannya. Pembelian bunga boleh mencetuskan pelbagai isu dikalangan pasangan bercinta. Ada yang sanggup tak makan hanya sekadar untuk memberikan si dia bunga (bodoh yang amat sebenarnya)
Jurujual : Awak tak nak beli bunga?
Aku : Kenapa?
Jurujual : Esok hari kekasih.
Aku : Hari kekasih kena beri bunga eh?
Jurujual : Kena bagi, tanda romantik.
Aku : Tak bagi bunga tak kira romantik?
Jurujual : Bunga tanda bagi hubungan bahagia.
Aku : Semua bunga pun boleh ke?
Jurujual : Boleh punya. Awak nak bunga apa?
Aku : Bunga tayar, ada?
Jurujual : Ni bukan kedai tayar!
Aku : Oh, kekasih saya suka bunga tayar.
Jurujual : Gilakah kekasih awak?
Aku : Kekasih saya sebuah basikal. Jadi dia tak perlu bunga ros ke apa ni semua.
Jurujual : Gila.
Aku : Bunga tak boleh kasi perut kenyang.
Jurujual : Bunga boleh buat orang gembira.
Aku : Manusia cuma gembira bila perut dia tidak dipenuhi udara.
[Gambar : Aku dulu konvokesyen pun junior siap tanya, nak bunga ke nak hadiah patung beruang dan coklat. Jangan harap aku jawab bunga. Ketawa]
#Seluar dalam cinta
Nanti kalau lelaki pakai kutang, mungkin akan ada kutang khas untuk lelaki pula.
Agaknyalah.
Yang aku tengok rancak dijual dalam seminggu dua ini adalah seluar dalam pasangan. Macam-macam jenis, warna dan jenama. Suka tengok walaupun nak membeli adalah sangat tidak kena (eh, aku boleh pakai dua-dua kalau nak kan? Ketawa)
[Gambar : LV pun keluarkan seluar dalam pasangan tahu? Kau mampu nak beli?]
Kecuali dah kahwin, bolehlah nak beli benda yang sepasang begini. Kalau belum kahwin, atau lebih tepat lagi nikah, perlu ke nak beli benda sebegini? Sekadar suka-suka? Bolehlah kalau dah nak sangat.
Teruna : Awak, kita nak keluar ni, awak pakai seluar dalam yang itu ya?
Dara : Seluar dalam yang mana?
Teruna : Ala, yang kita beli sepasang tu.
Dara : (ketawa mengikih) Boleh-boleh. Baju pun nak sama?
Teruna : Ya. Sekali dengan seluar jeans kita tu ya?
Dara : Ya lah.
Teruna : Mesti seronok pakai semua sama ni kan?
Dara : Mesti. Nanti kawan-kawan saya mesti cemburu tau.
Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Takpe, nanti saya bawa RXZ, mesti boleh nampak punya.
Dara : (ketawa) Nakal awak ni.
Teruna : (ketawa) Ala, awak.
Gila gedik rasa bila tulis sebegini.
#muntah hijau dalam baldi biru sebelah katil besi.
Kan lebih kalau kau cakap begini sahaja kan?
Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Manalah tahu kan?
Dara : Takkan nak suruh saya tunjuk pula?
Teruna : Kalau awak sudi.
Dara : Ish awak ni (gelak-gelak)
Pang!
Sedas penampar laju.
#Makan malam cahaya lilin (baca : candle-light dinner)
Buatnya masa makan, lilin jatuh dan menyambar kau, tak ke saja je jadi bahan berita?
[Gambar : Ini pun ada ke?]
Sudahlah.
Membuang masa sahaja menulis tentang ini.
Pucuk pangkalnya adalah hati dan iman masing-masing.
Kalau dah kemaruk sangat nak menyambutnya, pegawai agama di tepi pun kau masih sanggup terkinja-kinja. Cuma satu, baliklah pada agama.
Benda yang kurang baik begini, tidak perlu diraikan. Baik 15 Februari nanti, kau bangun pagi, mandi dan ikut serta perarakan sempena majlis Maulidur Rasul. Sarung baju Melayu, pakai baju kurung dan tudung ke masjid berhampiran, dengar ceramah. Untung boleh dapat pahala, ceramah dan hiburan percuma. Siap ada makan dan minum ditaja. Nak mengharapkan makan malam cahaya lilin (baca : candle light dinner), belum tahu kau mampu nak dapatkan penaja.
Itu sahaja.
Apa pun, 14 Februari adalah tarikh di mana berlakunya pertempuran di Bukit Candu.
Nota Kaki :
1. Budak sekolah lagi ingat Hari Kekasih dari Maulidur Rasul. Bila kata hari Selasa cuti, entah apa yang diingatnya.
2. Kegembiraan seorang kembar itu adalah lebih baik dari kemurungan seorang yang tidak dikenali langsung secara zahirnya.
3. Ya, blog ini boleh dilayari menggunakan telefon genggam.
Zara : Banyak belajar tentang manusia bila berseorangan membaca semula. Hidup yang pernah ditinggalkan sewaktu zaman belajar dahulu, kini menjadi bahan kajian semula.
32 comments:
terbaiklah pasal seluar dalam tu hahaha
=.= macam kapitalis ja kaya ni.
yeay! kondom laku! yeay!
terbaik zara :)
like this article..thumbs up!!
lucu pulak baca dialog2 yang ade..hehe..
hot2!!..musim begini lah jurual dapat untung lebeh..
mungkin basuh, xpon koyak, ahaha
seluar dalam sama.ludah
hekkk spender
Terkini : Kanak-kanak Ada 26 jari
wah..best entry ni..
xtau la kalu ada yg xsedar n sambur g...
dh la esok meulidur rasul..
org islam, jgn cemarkn agama sendri...
love this kak zara! :p
suka gambar yang last tu...
apa yang kak Zara tulis buat OE tersenyum...
ada2 je kan 14/2 nie...
apalah nak jadi...
dan hari ni birthday adik OE...
itulah yang keluarga OE sambung hari ni (mungkin)
(n_n)
Haa...
Zara..ko mmg patut tulis rntri cmni..
aku dah makin semak dgn hal valentine ni..
adoi..
haha..best2..
senyum² akak baca tulisan kau..kau sungguh keratif dalam penulisan..isu sama..valentine tp cara kau mengolah ayat buat akak x lepas peluang bila kau buat entri baru..senyum lagi (tulis ikut cara kau..boleh ke?)
menakutkanlah pulak baca dialog RXZ tuh... tp sy percaya,mmg ade gurauan seakan2 itu..
sukaa entri ni ^^.
best~~~
like artikle nihh..
hope semua owg akan berubah jd yg lebih baik dari ari ini..
salam maulidurrasul..
Teringat aktiviti Kelab Islamic Propagation Society International (IPSI)yang bagi coklat dan bunga serta risalah tentang RAsulullah saw time maulidur rasul tahun lepas. Bagi kat non-muslim. Sambutan nye pun memberangsangkan. Tahun ni buat lagi. Ni salah satu cara nak perkenalkan Rasulullah kepada non-muslim.
Bukan kat kekasih je nak bagi coklat dan bunga.
v(^_^)v *peace n smile*
haha.. smart laa!!
lawak pon ada dialog seluar dalam!!
terbaekk!!nice entry
entry ini sangat terbaekkk :)
sy bminat langn suar dlm tu..
tp single la plak..
hehehehe
yg masih nak smbut Valentine day. daku ucapkan
HAQ tuih!
sekian.
TERBAIK..... dr zara...
(^___^)
yeah..
part RXZ tuh plg x bole blah..hahaha
btw saya pmbaca baru...
salam perkenalan
santai dan tajam..menarik..
...... tak terpikir pun leh berduet suar dalam...kih kih kih...
btul2. pokok pangkalnya, iman masing2. salam maulidur rasul. solawat2.
mmg terbaik :)
best baca penulisan cikgu zara..time baca senyum terus saya senyum..gelak pun saya gelak..haish..hehe..folo anda..keep it up!
wowwwww i like this artikel more more n more...chaiyok!!! :)
Salam Maulidur Rasul Kak Zara:)
Post a Comment