Bersenggama pun nanti ikut orang lain juga ke?
Ludah.
Nanti kalau orang lain berpisah, kena ikut juga?
Bercerai-berai sampai naik mahkamah pun sama?
Gila.
Manusia adalah ciptaan yang unik dan bahkan pelik bila difikirkan. Benda mudah dijadikan sesuatu yang sukar sehingga menyebabkan segala dirancang boleh musnah sekelip mata. Hebat dan aneh bukan manusia?
[Gambar : Keanehan manusia kadangkala boleh membawa kebaikan. Mungkin]
Kawan : Kau takde rasa nak kahwin ke?
Aku : Hari tu ada, ni dah takde semula.
Kawan : Eh, kenapa?
Aku : Ada benda lain yang aku kena fokus, hidup aku sendiri.
Kawan : Macam tu pula.
Aku : Ya, macam itulah.
Kawan : Kau takde rasa nak bercinta, berkahwin macam orang lain?
Aku : Perlukah?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Perlukah aku teringin sebab orang lain buat benda tu semua?
Kawan : Benda tu kan naluri manusia? Kawan-kawan kau mesti dah ramai yang kahwin kan?
Aku : Memang dah ramai, tapi aku rasa tak perlulah aku nak ikut orang.
Kawan : Kadang-kadang kita kena ikut.
Aku : Benda yang berkait rapat dengan kehidupan, kau tak boleh main suka ikut.
Kawan : Tapi, nanti kesunyian. Aku tak dapat bayangkan hidup aku keseorangan.
Aku : (ketawa) Seorang tak bermakna sunyi.
[Gambar : Kalau kau kata kau kesal dengan hidup ini, jangan jadikan pilihan utama adalah bunuh diri]
Senyum.
Sakit bila tengok orang yang terlampau mengikut orang lain dalam semua perkara. Bila menyongsang arus, dikatakan gila pula. Padahal, menyongsang arus dengan nilai yang lebih baik itu perlu sebenarnya, cuma manusia yang jumud pemikirannya lebih senang mengata manusia lain yang ternyata mencari kebaikan dalam diri mereka.
Aneh bukan?
Bercinta.
Ada beberapa kategori sebenarnya kalau kau perhatikan betul-betul dengan siapa kau memulakan hubungan dan menjalinkan hubungan istimewa. Kita panggil bercinta, tidak kira sebelum, semasa atau selepas memulakan hubungan (kalau dah berkahwin dan bercerai pun masih ada juga cinta tahu?)
#Bercinta dengan orang yang pertama kali bercinta.
Oh, lebih menarik kalau sama-sama merupakan cinta pertama. Semua benda perlu belajar bersama-sama, dan jadikan pengalaman orang lain sebagai satu bentuk rujukan. Biasanya orang yang pertama kali melalui benda baru, mereka akan lebih gemar membuat ujikaji. Macam-macam jenis ujikaji.
#Bercinta dengan orang yang baru putus cinta.
Sama ada kau jadi tempat dia mengadu ataupun mencari kegembiraan baru, kau kena berusaha untuk pastikan sebelum segalanya menjadi lebih parah bila dia kembali kepada yang lama. Tapi, ada kemungkinan dia cuba mengisi ataupun melupakan kesengsaraan lama, maka dia akan lebih menghargai apa di depan mata. Jadi, terpulang kepada yang duduk di dalam kasut bersama.
#Bercinta dengan orang yang punya cinta gila.
Ini seronok. Sebab kau akan makan dalam sampai ke medula oblongata. Sakitnya sebab orang yang kau suka ada kekasih ataupun pasangan lain yang boleh bikin otak kau gila. Orang yang suka mengambil risiko bahaya dipersilakan mencuba kalau rasa ketahanan diri boleh dicabar sehingga tahap maksima.
#Bercinta sebagai syarat sebab orang lain bercinta, jadi nak merasa.
Yang jenis begini memang agak celaka.
Bukan ada cinta atau perasaan betul dalam hati, cuma sekadar suka-suka mahu menghabiskan masa. Nanti bosanlah kalau hujung minggu kawan-kawan keluar melepak dengan pasangan masing-masing, dia duduk tengok Conan depan televisyen. Orang begini biasanya dia akan mengikut arus sahaja. Mangsanya adalah manusia yang jadi pasangan sebab mengharap di tempat yang tidak seharusnya.
#Bercinta sebagai alasan untuk tutup kelemahan naluri.
Ada sesetengah manusia yang punya nafsu songsang menjadikan bercinta sebagai satu cara nak tutup orientasi seksual masing-masing. Sengaja bercinta dengan pasangan normal sebagai satu jalan melarikan diri daripada kelihatan kurang sihat di mata masyarakat, padahal di belakang masing-masing buat benda yang tidak sepatutnya.
Ada macam-macam lagi sebenarnya. Malas mahu tulis semua.
Ketawa.
[Gambar : Tinggal sendirian bagaikan payung dilemparkan ke dalam hutan. Jauh mana ditinggalkan, pasti akan diambil kembali dengan penuh rasa kesal dalam diri. Agaknyalah.]
Cuaca cerah.
Langit indah.
Apa yang membuatkan kau marah?
Mengikut nafsu serakah?
Ah, pecah!
Nota Kaki :
1. Membaca satu demi satu nota yang dibuat untuk sesi pengajaran minggu ini.
2. Gambar-gambar banjir boleh dilihat di halaman sekolah.
3. Abang-abang jurugambar kesayangan sudah ramai yang menimang cahaya mata. Gembira untuk kamu semua sebab boleh tengok kamu letak gambar anak setiap hari di Flickr.
Zara : Sengaja nak tulis bahasa Inggeris hari ini disebabkan Oppa kesayangan ada menghubungi aku malam tadi. Oppa dah nak kahwin, sedihnya. - I've felt pain before. I've been uninspired, unmotivated, ashamed, desperate. But now, on top of it all, I feel exhausted, stuck but happy. Good day & have great weekend everyone. *virtual hugs*
15 comments:
untuk nota di bawah.
Dia dah plan yang lagi bagus.
kita je masih dihijabkan pada yang akan datang.
selemah-lemah kita rasa, ada hadiah disebaliknya.
(turut berpesan pada diri sendiri)
GUMIHO!
aku bercinta dgn org yg baru putus cinta. lebih tepat lagi, putus tunang. aku gagal
Kawan rapat saya tak ada yang kahwin lagi.
so saya tiada perasaan untuk berkahwin.
#aneh.
sedihkan fikir soal cintakan..
aku dlam kategori "bercinta dengan orang yang punya cinta gila"
gila kan aku suka dengan org mcm tuh kan...sob..sob..sob..;(
can't say anything...
bcoz i don't have experience in love...
however i hope u can find true love...
ohh.. kenapa sedih oppa nk kawen?
love is complicated?emm~
Bak kata orang Kahwin itu bila2. Tapi Nikah itu sunnah nabi.
masih meneruskan hidup selepas gagal dalam percintaan.. mencari erti kehidupan dan kekuatan sendiri sehinggakan kini rasa ingin bercinta tu kurang sedeikit demi sedikit..
aku kekadang ikut orang jugak..
tapi bukan terlampau,
bukan bab2 bercinta
di sini
.he he
aku meninggalkan cinta bila rasa diabaikan. dan ternyata dia sudah ada yg lain.(yg mana aku lgsg tak tahu!) dlm sibuk menyulam kasih semula, aku dikejutkan dgn berita pertunangannya. esok adalah ulang tahun kali terakhir aku menemuinya.hahaha..aneh menyintai lelaki yang mengabaikan.dan walaupun tahu masih mengharapkan.
yg pasti org sekarang lebih menghargai dan aku dah bgtahu awal2 sekiranya aku diabaikan. kejam?
CINTA takboleh di paksa. nanti ia akan datang sendiri. okbai
eh zara. jom dating. hehehe.
super lol for bunga tayar!
Baca penulisan ni, rasa mcm ia salah 1 perkara yang selalu 'kepala' dan 'hati' saya fikirkan/cetuskan.. cuma saya tak pandai nak zahirkan dalam bentuk2 kata2 yang tersusun indah macam zara. thanks. your writing make me feel stronger =
Post a Comment