Tuesday, April 27, 2010

Opocot, Mak Kau! Bila Buku Mula Terbang Di Dalam Kelas, Itu Petanda Kasut Mungkin Menyusul Nanti.


Salam semua.
Selamat hari Selasa.
Senyum mesra.

Kelas pagi menguji kesabaran sedikit.
Walaupun hakikatnya kesejukkan itu sudah mengatasi rasa sakit.
Musnah sahaja harapan berbukit.

Kelas Sains Tingkatan Empat yang membahagiakan.
Dipenuhi lelaki dan hanya seorang perempuan.
Toleh ke kanan, di kiri bermain.
Toleh ke kiri, yang kanan bergurau senda.
Yang tengah macam-macam acara.
Senyum sahaja.
Simpan rasa marah.


[Gambar asal di sini]

Aku sedang menerangkan proses yang berkaitan dengan jirim sambil menunjukkan model. Boleh pula ada yang duduk termenung menghadap padang melihat pelajar perempuan Tingkatan Dua sedang bermain bola jaring. Berbual-bual dan langsung tidak memberikan perhatian. Aku pandang sambil angkat kening tanda amaran, yang nampak, terus ambil tindakan, pandang semula ke hadapan. Yang sedang asyik, aku tahankan dulu perasaan. Aku teruskan penerangan sambil contoh diberikan. Masih yang hujung hadapan merenung luar sambil tersengih-sengih kegatalan.

"Opocot, mak kau!"

Buku nota peribadi Sains aku sudah mendarat tepat di badan dia. Dari depan dan terus menuju ke arah dia. Aku pandang muka pelajar yang sedang tersengih bila rakan sekelas mentertawakan dia. Berjalan menuju ke arah dia sambil tarik wajah geram dan marah.

Aku : Awak pandang siapa di luar?
Pelajar S : Tiada sesiapa cikgu.
Pelajar H : Makwe dia kat luar.
Aku : Kalau awak nak sangat duduk luar, saya boleh hantarkan.
Pelajar S : Tak nak cikgu.
Aku : Kalau tak nak kena buat apa?
Pelajar S : Tengok cikgu.

Memang setiap kali pulang dari sekolah selepas mengajar kelas ini, aku akan memeriksa tekanan darah. Jangan tanya aku apa keputusannya. Tetapi jujurnya, aku sukakan kelas ini. Walaupun nakal, masih ada yang mahu mendengar kata. Masih menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Malah, boleh aku katakan yang bangga mengajar kelas ini. Cuma acapkali, ada sahaja perbuatan mereka yang boleh menimbulkan rengsa dalam jiwa. Aduhai.

Nota kaki :
1. Esok ada perlawanan boling antara guru selepas waktu persekolahan.
2. Surat untuk menghadiri kursus selama tiga hari di Mersing minggu depan sudah diterima.
3. Temuduga pengesahan jawatan minggu hadapan dan aku sedang bergelut membaca nota-nota berkaitan.
4. Teman Moscow mengajukan satu soalan nakal malam tadi, dan aku berpura-pura naif tidak tahu apa yang ditanya. Ya, sila berikan saya peluang untuk pura-pura naif ya?

Zara : Masih dibelenggu kecederaan tetapi hati tidak lagi rawan atau walang. Menjalani kehidupan yang membahagiakan saat ini kerana hati telah belajar cara-cara untuk mengikhlaskan diri walaupun ianya sesuatu yang kelihatan agak mustahil pada harfiah diri. Cubaan pertama berjaya semalam, dan aku mahu terus menguatkan diri.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian. [Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13] [Bab 14] [Bab 15]

23 comments:

HEMY said...

hehehe..memang mencabar menjadi pendidik..tp jangan pernah mengeluh..itulah yg bakal membantu mu di akhirat kelak

Azrul Hisham said...

teringat pula zaman belajar dulu... kalau tak kapur yang terbang, pemadam papan hitam pasti akan terbang bila pelajar tak bagi tumpuan kat guru yang sedang mengajar..hehe

et said...

ahahahaa..dulu2 siap tido dgn penuh semangatnye dlm kelas..ape la agaknye cikgu tu rase ek..huhuhu..

Ayako A. said...

nasib baik buku yang terbang.
kalau pemadam..
sah2 ada yang lebam.

Anonymous said...

lenkali bwk painball nye senapang tuh..kasik lebam cam akak nye lengan..hehe

Ummi Aini said...

jg guru yg baik iye..:-)

MAIZATUL said...

MACAM MANA STUDENT NAK FOKUS, CIKGU PUN XDAPAT TARIK PERHATIAN STUDENT,NGAJAR NTAH HAPE2..JANGAN INGAT STUDENT AKAN HORMAT CIKGU KALAU PERANGAI CIKGU PUN MACAM SAUDARI..SUKA2 JE NAK BALING BUKU..NANTI BILA KETA CALAR MARAH PULAK..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

MAIZATUL :

Awak buat saya ketawa.
Awak patut baca penulisan sebelum ini. Saya bawa model dan terangkan secara eksperimen dalam kelas. =)

Dan, yang begitu hanya 2 orang. Mereka budak yang baik, cuma mungkin attraction mereka itu melayang. Dan awak patut tahu, saya benci dengan orang yang menulis huruf besar semuanya, macam butang Caps Lock sudah rosak.

=)

azieazah said...

Wahh diari seorang guru yang sentiasa penuh tapi ceria. Mengajar saja pun letih juga. Sekali sekala main boling, pasti ilang rasa letih berdiri.

*Huruf besar (semua text) bagi saya = orang itu sedang marah.

Jom sengihhh....

azieazah said...

Sorang kawan saya yg mengajar Tingkatan 5, pernah baling kasut dia sendiri pada student.

Tak pernah kena dakwa pun. Parent budak tu tak datang komplen pun... Bukan saja-saja.

Bila dia citer balik, kami gelak guling-guling.

Hasrol Nizam said...

Baling buku kena badan takpe, jgn baling batu sembunyi tangan macam si penulis ber CAPSLOCK tu. :)

tapi budak2 sekarng ni pun melatah 'opocot mak kau' igtkan zaman berubah, latah pun berubah...hehe

Anonymous said...

KARAM SINGH WALIA

APA LA KO SAUDARI, IGT BEST SGT KE??
OKAY2 AKU SAJE JE NAK JUGA BUAT2 BUSUK HATI HAHAHAHAHAH

SUSAH TOL NAK BUSUK HATI NIE!
NASIB BAIK KO BENCI TULIS CAPLOK SO DPT LA AKU SAKIT KAN HATI KO DGN KOMEN CAPLOCK YG SLH EJA TATABAHSA TUNGANGLANGGANG DAN LAIN2!

AKU NAK CERITA LA DULU2 MASA SEKOLAH AKU SATU KERJA SEKOLAH POWN XPERNAH BUAT

PASTYU SETIAP KALI CIKGU MASUK MESTI BUKU AKU KENA BUANG KELUAR TINGKAP HAHAHAHAH

YG BEST LAGI BUKU AKU SATU JE!!
SO AKU KENA KUTIP BALIK..
SEBAB LEPAS MATH, CLASS SAINS NANTI CIKGU SAINS NAK BUANG APA HAHAHAHAHAH

TIMBANG RASA X AKU MASA SEKOLAH DULU!!!

BTS

hehehe... walaupown ko kena gangu still ko xdisable anonymous comment that show something la

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

BTS (Boneka Tak Sakit)

Kau kenapa ni Bro?
Ko offense semula ke apa?
Aku tak faham~

Lagi satu, aku malas disable bukan apa, sebab ada kawan2 yang takde account tapi still nak komen, Itu sahaja. =)

Puteri Aina said...

Tak faham dengan Maizatul tu Kak Zara. Apa yang dia dengki dengan Kak Zara? ENtah2 dia ANON ari tue kan kak?

Lantakkan dia kak~
Suruh dia pergi mati pun takpe~

*emo*

qila~ said...

gile2 lame tak singgah blog nie..d'sbbkn study n exm yang menggila,heh..so nxt pper ahd,sbuk2 la blogwlking arini..sronok bce cite si Ali tue,abes 15 chpter td..kalo la study pon cmni kn,haha.. ;p
keep it up cgu~

ika said...

sabar ye cikgu. biasalah budak muda. hehehe

Hizami Li said...

maizatul: sakit jiwa ek? kesian kesian.

zara: dun care about her. she's no one.

;)

hana devushka said...

hehe..org ckp..student nakal la yg akan appreciate guru bile die dah dewasa 6t..(^_^)

Katak Ijau said...

elo cikgu zara..
singgah lagi...
mcm2 kan perangai student..
takpe besar pahala jadi pendidik nih..., janji ikhlas :)

Anonymous said...

sebelum saya comment apa2, sy nak tau cikgu mengajar di sekolah apa yer, maksud sy, cikgu mengajar di sekolah elite(berasarama penuh) atau pun di sekolah harian biasa yer?

opinion personal dr sy, kalo semua cikgu kat sekolah sy dulu mcm cikgu di atas yg baling buku setiap kali student tak pay attention, alamatnya budak2 tak belajar la cikgu...

patut la budak2 sekarang kalo berdendam dgn cikgu, huii, alamat nya jadi headline la kat surat kaba metro.

sekapur said...

blanje makan dulu, student2 tu..kasik diorangjatuh hati..baru leh ngajor ngan tenang 6t..kih3

zahidah dihaz said...

masa tingkatan 3, suka merenung makmal =P

Anonymous said...

Assalamualaikum...
sabar la zara..sy mmg kagom ngan cikgu or bakal cikgu..korang kena jadi org yg sabar..
ikhlaskan diri dan buat segalanya kerana Allah..
sy penah mengajar dlu,,sebagai guru gantian...sy tahu ianya susah dan perlu kesabaran yang tinggi..
moga Allah kurniakan kesabaran buat awk dan guru2 yg lain..supaya generasi depan akan menjadi generasi yng lebih baik..
sila abaikan comment maizatul dan anonymmous tu..u r better than that!!
from : gg =)