Friday, April 02, 2010

Legasi Cinta Alisia : Bab Sembilan. 02.04. 2010 Pada Jam 02.04 Petang. - Kenangan Indah Tercipta.


Salam semua.
Ada sesiapa merindui aku?
Tiada?
Bagus, aku kekal sebagai manusia beku.
Entah, blog ini sudah ada penunggu?
Aku sendiri tidak tahu.



"Syahmi please. Get out from this room. Take the towel to clean up your blood dude. Again, if you hurt Alisia, I’ll kill you for sure. Get lost man!”

“We’ll see about that Chia Hau! Ptuih!”


Ludah bercampur darah merah pekat dilantai. Memang dasar lelaki kurang ajar. Sudahlah tidak memohon kemaafan, malahan meniupkan api sengketa yang mungkin berpanjangan.


“Lepaskan saya Chia Hau. Biar saya ajar dia!”


“Sudahlah Alisia, kita ada perlawanan pagi ini. Kawal diri awak”


“Saya sangat marah dengan sikap Syahmi. He’s totally a jerk!”


“Sudahlah. Kalau awak sayang saya, kita pergi salin pakaian dan keluar ke gelanggang macam biasa. Lupakan hal ini boleh?”


“Apa awak cakap Chia Hau?”


Chia Hau terpempan dengan kenyataan separa sedarnya. Rangkulan di tubuh gadis itu entah mengapa semakin kuat. Dia keliru, perlukah hakikat ini dilaungkan pada gadis yang cedera parah di hatinya?


“Alisia”


“Ya”


“Mari saya bisikkan sesuatu buat awak”


Aku kini hanya menghabiskan waktu sendirian di ranjang merah.
Menulis sesuatu dan menyimpannya sebagai karya sejarah.
Luka di hati semakin bernanah.
Cedera masih parah.
Aku hanya diamkan diri, tidak mahu hati dikuasai amarah.
Diam walaupun sudah keluar tanduk merah.
Senyap sahaja Zahrah.
Tidak, jangan panggil aku Fatimah.

Zara : Hari ini demi keluarga kecil yang aku sayangi, aku akan korbankan sesuatu asalkan aku dapat menikmati hari yang gembira dengan mereka. Doakan aku berjaya.

2 comments:

azieazah said...

Tiada manusia dapat lepas dari melakukan pengorbanan..

redha sahaja dan segalanya akan memberikan kepuasan...

Hizami Li said...

berkorban apa saja.
;D