Saturday, April 17, 2010

Cinta Tiada Senyuman Bahagia - Dedikasi Buat Teman Agar Dia Berhenti Berdrama Dan Lihat Dunia


Cinta Tiada Senyuman Bahagia.

Tegar mengulum senyum duka.
Wajah dihiasi pawana merah menyala.
Hati sembunyi ke tepi, sorokkan kesan cedera.
Oleh dia yang kau laungkan penuh rasa cinta.

Bahagia.
Kau belum pernah temui erti suka.
Tidak, kau pernah jumpa tapi sudah terlepas dari genggaman, sirna.
Muka lebih dipalit warna duka.

Kau mendesah, penat.
Kau menjerit, hidup ini palat.
Kau kata cinta penuh muslihat.
Sayangnya, kau sudah terikat.
Tangan kau tersimpul cermat.
Langkah kau tersekat.
Sebab kau terlalu lambat.

Dia yang kau kata cinta, ketawa berdekah.
Dia tahu dia berkuasa atas tubuh yang sedia untuk diratah.
Dipalit satu hinaan, tidak akan menitiskan darah merah.
Apalah beza satu molekul dengan satu zarah?
Nasihat berkuping, telinganya langsung tidak mahu menjamah.
Kausnya hati, hilang tunas rasa lidah.

Dia itu manusia beku.
Kalah aku yang beku tapi masih mampu menghitung waktu.
Saat dia kata mahu istirehat, dia bermain dengan insan lain, mengira bulu.
Ketika dia menitip pesan mahu lena, dia bertukar-tukar kata dengan manusia negara penuh salju.
Kau lihat sendiri, tapi kau pujuk hati, tutup tetingkap Mukabuku.
Telefon genggam kau capai dan hubungi aku.
Melepaskan perasaan dan teresak sendu.
Tangisan itu mengundang rasa pilu.
Dalam hati aku yang berjalur biru.

Itu yang kau kata cinta.
Yang memukul serta menghina.
Sejak aku kenal, kau asyik berdrama.
Kau kata, kami bahagia.
Kau kata, hidup kami ceria.
Tapi bila terbongkar, mengapa kau mahu sembunyi muka?
Biar aku temani, agar kau mampu senyum semula.

Bangun teman.
Jaga dan lihat dunia, luaskan pandangan.
Hilangnya dia bukan bermakna tirai akan kau labuhkan.
Puing rasa yang membunuh itu patut kau tinggalkan.
Darah merah yang pernah memercik itu, biarkan tinggal kesan.
Agar kau mengingati, berpaling ke sana kau menemui syaitan.
Azalinya manusia tapi nafsu menopengkan ceritera yang sangat kasihan.

Hitungan waktu semakin kelam.
Bayangan mata semakin jauh ke dalam.
Siang tidak pernah jemu menanti malam.
Apa kau mahu tunggu sehingga nyawa kau padam?
Diam.

Ayuh, aku hanya dambakan seulas senyuman.
Tentu itu mampu kau tunaikan.
Kerana kau seorang insan.

Shafaza Zara Syed
Kasur ranjang merah.
3.55 petang - 17 April 2010

http://i445.photobucket.com/albums/qq179/Ahboochak/Pon-and-ZI-4.jpg

Salam semua.
Puisi ini aku garap sebentar tadi melihatkan kisah seorang teman.
Maaf kalau ada yang terasa tetapi ini cara aku meluahkan.
Aku manusia beku, tetapi aku masih punya sekelumit perasaan.
Walau apa pun jantina, tidak kira lelaki atau perempuan.
Selagi kamu bergelar teman.
Aku akan setia menemani hingga hujung perjalanan.

Nota kaki :
1. Ada yang bertanya tentang tanda nama aku - S.F. Zahrah dalam penulisan sebelum ini.
2. Siapa yang aku hendak pinang? -Eh, itukan sekadar soalan.
3. Sisi gelap aku sudah muncul saat ini.
4. Air mata mengalir perlahan, aku perlukan bahu untuk menumpang sendu.
5. Dikhianati oleh seseorang yang bergelar kakak yang mencemuh cinta dahulunya. 

Zara : Tidak pulang ke kampung bersama keluarga, aku mengharapkan aku mampu menulis Bab 13 Legasi Cinta Alisia. Lelaki berbau Tommy Hilfiger mahu didedahkan pada dunia.

Legasi Cinta Alisia - Eksklusif di Aksara Keraian.

5 comments:

hans said...

berjiwa melankolik plak nampaknya

yusuf mujahidin ™ said...

sukeee.....

Adziim said...

Manusia ketika bercinta selalu sahaja hilang pertimbangan akal. Mudah mengatakan bahagia, tapi itu hanya di awal waktu. Onak duri dalam hubungan cinta manusia ini banyak tak terkira, sentiasa bersedia untuk dilukai dan dan cabut duri itu, teruskan perjalanan.

Munsyi said...

oh fatimah, gadis ayu..hehe..trimas kerna menemaniku ke hujung perjalanan..

firdaaus said...

syarifah,bahu abang besar dan teguh. mai sini....cian......