Wednesday, April 14, 2010

Merindui Percikan Tinta Kalam - Bila Waktu Terhenti


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs447.snc3/25627_10150169329485543_885375542_12016755_6748273_n.jpg

Salam semua.
Aku sudah pulang dari menjalani kursus asas kejurulatihan.
Dan aku bercuti hari ini.
Ilham aku sudah kontang dan semakin kehilangan diri.
Aku ke rumah sakit sebentar tadi.
Ini sahaja garapan aku buat kalian yang aku rindui.

Bila Waktu Terhenti

Diam.
Tenang.
Badan melayang.

Paradigma bergoyang bukan beerti aku kan hilang.
Kau hadir dalam setiap saat yang bergetanyang.
Aku renung nyawa di tangan.
Diam, langsung tiada alunan.

Tebaran wajah keliling dewan.
Aku cuma manusia yang kehilangan.
Kasih sayang kau sentiasa di hati tanpa tulang rawan.
Seka air jernih di tubir mata, aku masih keseorangan.

Lihat alam, manusia berkeliaran.
Yang tua berjalan perlahan.
Yang muda menelusuri kehidupan.
Yang kanak-kanak dipimpin di tangan.

Aku tertanya, mengapa tangan aku masih kesejukkan.
Mengapa jiwa aku kekosongan.
Aku diam tanpa sebarang jawapan.

Bunyi dentingan dan terdengar suatu panggilan.
Aku berjalan perlahan.
Tangan kanan atas tangan kiri, aku unjur genggaman.
Aku tahu semangat kau sentiasa bertaman.
Jujurnya untuk cinta yang kita semaikan.

Lagu cinta iringi aku ke kamar putih.
Puisi jiwa bergema menemani tatkala tirai dilabuhkan.
Ada sesiapa yang sudi menggenggam tangan?


Nota Kaki : 
Aku garap tulisan ini tatkala duduk sendirian menunggu giliran mengambil ubatan. Payahnya hidup, dan aku tidak menulis walau satu perkataan tatkala dilanda kesibukan. Cinta aku sirna dalam kepayahan kalam tidak mampu mencerna.
 
Zara : Ada sesiapa yang mahu mengetahui pengalaman aku berkursus?

4 comments:

Hizami Li said...

cik zara,
akan tiba masanya.
cuma entah bila.
;D

Zasillah Ariffin said...

wah!! indah sungguh luahan hati dik zara nie...kira tengah tunggu ubat pun boleh dapat idea macam kat atas nie...suker :)

HEMY said...

aku baca sajak ko dengan ritma rap...kira cm ahli fikir rap la..ahahaha..best

acap2405 said...

haha..
menulis dengan kak zara memang tak boleh dipisahkan..
saya sungguh berbeza dengan kak zara..
saya benci menulis..
tapi saya suka membaca..
hoho
^_^..

saya nak tau pasal kisah kak zara kat kem..
wooo..