Sehelai kain putih menutupi muka Chia Hau. Alisia meneguk air liur yang terasa kelat. Betapa masa amat mencemburui pertemuan mereka sebelum ini. Kalau mereka tidak bertembung di petang yang meremang, apakah kenangan lapan tahun lepas akan melingkari hatinya semula?
“Por que você me deixa tão cedo? Eu ainda não tenho nenhuma chance de passar tempo com você. (Kenapa awak tinggalkan saya terlalu awal? Saya belum punya peluang untuk menghabiskan masa dengan awak.)”
“Ser professor de paciência. (Bawa bersabar cikgu)”
“Ser professor de paciência. (Bawa bersabar cikgu)”
Di bawah kain putih terdapat pula sehelai kain lain. Sehelai sapu tangan yang sungguh dikenali. Ah, kenangan mengusik lagi. Air mata semakin laju menuruni pipi. Sapu tangan merah jambu yang menutup wajah Chia Hau ditarik perlahan. Menatap wajah itu buatkan dia terduduk di atas lantai sambil meraung.
Cuitan dari belakang buat gadis itu menoleh. Sengihan lebar Doktor Danish Aryan membuatkan gadis itu tersenyum juga. Ah, geli hati tengok muka kacak yang kelihatan seperti badut nakal dengan bola merah terlekat di hidung mancung.
“Awak kenapa Danish?”
“Sengaja. Saya bosan, lagipun waktu kerja saya sudah tamat. Sudah mahu pulang Alisia?”
“Ya, tinggal dulu ya?”
“Saya hantar awak pulang ke kereta ya?”
“Baiklah.”
Danish Aryan tersenyum melihat gadis itu mahu jalan beriringan dengan dia. Ah, wajah kesayangan yang sentiasa menjadi pujaan hati ketika di zaman sekolah. Melihatkan gadis itu menyarungkan warna magnolia di tubuhnya, terasa mahu makan manisan berwarna merah jambu pula.
Sedang jalan beriringan dengan gadis itu, ada satu buku nota terjatuh ke bawah. Pantas Danish Aryan mengangkatnya. Sehelai kertas terjatuh dan matanya tertancap pada satu puisi yang dikarang oleh gadis muda itu yang bertajuk Manisan Merah Jambu Buat Nakama.
“Alisia, untuk siapa puisi ini?”
“Pang!”
*******
Selamat membaca semua.
Legasi Cinta Alisia Bab 14 sekarang ke udara.
Nota Kaki :
1. Siapa yang suka dengan dua nota kaki dalam penulisan sebelum ini?
Zara : Sudah menemui pewaris yang dikehendaki. Sudah merancang perjalanan yang semakin indah bersama teman yang memhami rentak hidup aku sebagai manusia.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian. [Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13] [Bab 14]
1 comment:
huargh!!!
macam sudah sangat2 jauh ketinggalan LCA =(
Post a Comment