Manisan Merah Jambu Buat Nakama
Manisan putih beralur coklat memenuhi rongga.
Ada wajah yang menari dibayangan mata.
Walaupun cuma seketika.
Tapi kamu, kamu, kamu adalah insan yang aku tidak pernah lupa.
Senyuman terukir di wajah yang semakin hitam.
Pandangan belum pernah kelam.
Sujud syukur di permulaan malam.
Tiada gurauan pitam.
Tiada gurauan pitam.
Kehadiran insan yang menyukai manisan merah jambu.
Aku ketawa pilu.
Masih ada jejaka yang mahu berkawan dengan manusia beku.
Senyuman terukir di bibir yang sudah sedingin salju.
Kawan yang boleh berkongsi cerita, dari blog ke mukabuku.
Manisan merah jambu sebagai suatu janji.
Tiada si putih bersadur sirap coklat, maka ia sebagai pengganti.
Tidak, lebih kepada jejaka itu mendambakan ia dalam hati.
Bukan aku, tapi manisan itu wahai mata yang memerhati.
Dan, aku sudah cukup cermat menelusuri.
Agar tiada hati dan rasa yang mati.
Dalam persahabatan suci.
Lagu indah berdendang ceria walaupun hakikatnya saduran duka.
Irama yang mesra.
Melodi yang cukup dekat dengan telinga.
Manis bagai betik yang dijadikan halwa.
Ertinya membawa cerita lara.
Mengapa aku jatuh cinta kepada kamu wahai si dara?
Terima kasih jejaka.
Mengenalkan aku pada dendangan pelbagai bahasa.
Lantas aku abadikan buat semua pencinta.
Dunia Sebelah Zara.
Manisan merah jambu buat kamu nakama.
Agar persahabatan ini akan terus bermakna.
Moga-moga.
Aku hanya dapat berdoa.
Moga ia terpelihara.
Shafaza Zara Syed
Kamar peribadi ranjang merah.
9.37 malam - 18 April 2010
[Gambar di sini]
Salam semua.
Aku dalam proses akhir mengemaskini Bab 13 Legasi Cinta Alisia.
Ada warna tiga lelaki dalamnya.
Danish Aryan dan stetoskop yang tergantung di leher dia.
Chia Hau yang terbaring lemah ditemani saudara.
Lelaki berbau Tommy Hilfiger yang kalian mahu menebak nama.
Doakan aku mampu menulis ke peringkat seterusnya.
Ada mata yang melihat dengan cermat penuh bahaya.
Ada mulut dan jari yang pantas menunggu untuk mencerca.
Tapi aku seperti biasa.
Akan hanya melampias tawa.
Nota kaki :
1. Cuaca sangat panas membahang.
2. Kurang pandainya aku mengenakan baju hitam tatkala ini - ah, bikin hati meradang.
3. Ada seseorang buat aku ketawa riang.
4. Ada juga teman yang minta aku panggil dia abang.
Zara : Hati aku mendendangkan lagu tanpa irama sambil menari di atas lantai kosong sendirian. Betapa hinanya perasaan itu dan aku hanya mampu untuk mamah - memujuk diri itu bukan tanda kasihan tetapi sebuah kekuatan.
Legasi Cinta Alisia - Eksklusif di Aksara Keraian.
8 comments:
siapakah lelaki itu?
hohO~
hahaha..
saya semakin jarang melawat ke sini malah ke mana mana blog..
hurm..
apa pertanda ini..?
oh..
tapi askara keraian saya tetap singgah..
sebab bahan bacaan ada disana..
tak sabar tunggu novel ros merah besar dekat askara..
^_^
ku suka puisi ini.Kmu mmg bbakat.Buat ku tersenyum sendiri.
jd "mengapa mesti aku jatuh cinta padamu?"
Ros Merah...novel baru kah??
Menari lain kali ajak ku sekali ya.. Ssungguhnya ku juga seringkali menari atas lantai kosong sendirian.. Weeeeeeeeeee.. :)
dah masuk bab 13 belas dah~
ku terbaca perkataan ranjang
ranjang merah
heheheee
jom join contest. 20 april ni je
;)
aku suka lagu kat tepi tuuu!!! lama tak dgr berita dbsk.. agak2 da tenggelam kot
Post a Comment