Tuesday, April 20, 2010

Makan Malam Pertama - Adakah Mampu Melunaskan Impian Yang Sekian Lama Tercipta


Hari ini 20 April 2010.
Ada memori yang terselit indah.
Kenangan bersama guru Kimia zaman sekolah yang aku panggil Papa.
Sudah berapa tahun tidak berjumpa.
Moga nanti dapat bertemu kalau panjang usia.
Atau mungkin dalam suasana hari raya.
Tapi hari ini bukan tentang dia.
Bukan tentang guru kimia.
Tapi seorang jurutera.
Menyalin usia, menukar angka.
Dia yang dianggap seorang adinda.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiDrRaVynJL0nAVzZjN_3G7j6W1XtRadvOWvbKx2QhOsD9-V3x7llNlVuCW_A_zRCbkvB5KivFsOzxTUh7S5IkaBgB-LXKzSWYe3nO6VqmBlocWKFiaix3SS3d9IlOBFyIYabSCivmy-c/s400/CandleLightDinner.jpg

Makan Malam Pertama

Sapaan halus dan wajah terukir senyuman mesra.
Pelawaan berbual, duduk di atas kerusi merah saga.
Enggan berteman pada mulanya.
Bercadang kononnya hanya untuk berdua.
Bukan hubungan terlarang bagaimana.
Ah, fitnah bakal timbul, terpalit dosa.
Walaupun cuma antara kekanda dan adinda.
Itu impian yang dibina.
Eh, tadi itu khayalan semata.
Tapi benar, ini yang aku damba.

Hari berganti, bulan bersalin, tahun berubah sekelip mata.
Kelakar bila mengingati kali pertama mengenali di alam maya.
Perjalanan melompat ke dunia sentiasa dihiasi khayalan ceritera.
Betapa kagum dengan kreativiti minda.
Yang sentiasa mampu menarik pembaca.
Untuk kekal setia.

Dua puluh dua tahun dahulu, pernah kedengaran tangisan pertama.
Yang melegakan hati ayahanda.
Yang mendamaikan jiwa bonda.
Yang mengundang tawa.
Seluruh keluarga.

Laungan azan bergema.
Lafaz iqamat dibisikkan ke telinga.
Nyanyian zikir dan tasbih di segenap alam buana.
Selawat ke atas Nabi junjungan tercinta.
Hari lahir kamu sama seperti lahirnya baginda.
 Membawa damai seluruh maya.

Tarikh itu kini berulang tiba.
Kamu yang menginjak usia.
Jarak yang jauh memisahkan kita.
Aku hanya mampu menitipkan doa.
Selamat menginjak dewasa.
Moga sentiasa diluaskan rezeki oleh Yang Maha Esa.
Harapan agar kamu mendapat apa yang dihajatkan sentiasa.
Yang paling penting, kamu berjumpa jodoh dan bernikah segera.
Senyum mesra.

Aku layangkan doa moga ada pertemuan di antara kita.
Moga ada kesempatan bertentang mata.
Duduk bersama, bertukar bicara.
Cepat pulang ke Malaysia.
Tinggalkan negara empat musim itu, pulang nikmati cahaya.
Pulang ke negeri serambi Mekah, bertemu bonda.

Selamat ulang tahun adinda.
Ucapan selamat dari seorang guru muda.
Khas buat seorang bakal jurutera.
Coretan dari kekanda untuk adinda.

Shafaza Zara Syed
20.04.2010 - 04.45 petang, masih belum senja
Ranjang merah peribadi yang ceria.
Hujan lebat dan menyejukkan suasana.

*******

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6qlbWoh6NZTO17pxssnja2UC18VseYLgpnic6n3VgTxx6cQa8IY8iLg2I0lswCXtAtNfzm4SzL8ywoh_TF1WtB2IaTg4CeVC3ZLHMPPvv8mQPNT55ZX7vHqRjipcmXcyX9-dy9GWECZc/s400/contest.png

Walaupun hakikatnya hari ini ulang tahun seorang sahabat maya, aku menulis bukan kerana nama atau pertandingan yang dianjurkannya. Lebih kepada luahan hati bagi meraikan seorang sahabat maya yang baik dan sering berkongsi cerita kehidupan dan pelbagai maklumat menarik. Paling menarik, ada satu program yang aku minta nasihat dia. Selamat ulang tahun ke dua puluh dua Joe!

Nota kaki :
1. Hujan lebat kini.
2. Sudah mengajar hati untuk menjadi kental kembali.
3. Usai membaca berita bahawa Anne Ngasri sudah berpisah dengan suami.

Zara : Sedang menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 14 sambil menikmati hujan yang lebat dan ceria.

9 comments:

Hizami Li said...

hey hey.
nice one~
;D

Amir said...

Nice entri zara. Hope u will win. :-)

Jard The Great said...

hehe.. makan dalam...

Hasrol Nizam said...

best..dah tak tau nak komen apa lagi

Adziim said...

power....bestnya orng pandai berbahasa ni.

joegrimjow said...

kadang2 xcaye jugak yg cg kimia boleh berkarya camni
huhu

besttt!

ramai xtau yg ku ni jiwa seni
minat karya2 camni
;)


thx ya LORD ZARA
huuuuu
make me smile when reading this
:)

lavidalabelle said...

bravo. sungguh teliti (nganga mulut) xD

zahidah dihaz said...

bilakah akan merasa candle light dinner? =P

faza said...

top...........